Monday, October 31, 2011

~esemen~

Awal pagi lagi ak da bangun memandangkan banyak sangat esemen atas meja ni.Skecthing...design...proposal....report...hurm~~~

Projek studio pon tak start lagi.Apa yang akan jadi pada aku dalam masa beberapa minggu lagi?Zombi??? Tak nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 30, 2011

~demam~

Memang tak dinafikan sekarang ni adalah musim demam tapi yang ak tak berapa boleh terima ialah ; takkan dengan si kecik Huda pon boleh transfer virus demam dengan cepatnye?

Mase dia sampai pagi-pagi tu ak sihat je dan dia pula selsema.Tapi petang lain pula jadinya.Dia sihat sejahtera dan ak yang selsema.hurm..













Tuesday, October 18, 2011

~derma darah~

Hari jumaat lepas ada kempen derma darah sempena minggu konvokesyen..Ak memang suka sangat bab-bab derma darah ni tapi selalu je ada halangan.Tak cukup berat la..tarikh tak sesuai la..pendek kata,memang tak ada jodoh la dengan derma darah ni.

Tapi awal tahun ni,ak berjaya menderma darah buat julung-julung kalinya.Heaven giler rasanya.Memang gembira sangat-sangat.Selalunya orang yang derma darah ni akan berasa pening dan loya lepas derma darah tapi ak still ok j.Mungkin sebab rasa bahagia terlampau tu yang menyebabkan ak masih boleh kuar jalan-jalan selepas menderma.

Berbalik kepada Jumaat lepas...Memang tarikh 14 Okt 2011 ditunggu-tunggu.Siap buat remainder lagi.Memandangkan pagi tu ak ada 1 kelas,ak siap bawak buku catatan derma darah (buku kecil warna merah) lagi ke kelas dengan niat nanti boleh terus ke dewan serumpun (tempat untuk derma darah).

Lepas je kelas,ak terus ke dewan walaupun masa tu perut ak tengah lapar.Memang muka gembira + konfiden sangat untuk menyumbang darah yang tak seberapa ni.Bila timbang berat je,air muka ak terus berubah.44 kg jer??

Dengan muka innocent,ak panggil 2 orang nurse yang ada kat area tu.
"kak,berapa berat minimum nak derma darah?"
"45kg dik"
"kalau macam ni,tak boleh ke?"
Sambil tersenyum,akak tu jawab,"adik balik makan banyak-banyak ye"..
Dush..kena sebijik..1kg je kot...

siapa sudi derma lemak sekilo??

Monday, October 10, 2011

~selamat sampai~

Alhamdulillah..Setelah seminggu di bumi asing,kami selamat sampai ke Malaysia.Sangat bersyukur kerana segala urusan di sana dipermudahkan dan berjalan lancar.

Ak sangat kagum dengan Seoul.Walaupun sudah maju kedepan,namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisinya yang tersendiri dan unik.Speechless..

Sunday, October 2, 2011

~debaran~

Esok kami akan berangkat ke bumi Seoul.Doakan moga perjalanan seminggu di sana selamat semuanya.=]