Sunday, February 27, 2011

~e.s.e.m.e.n~

Boleh dikatakan semua kawan-kawan tegur kenapa budak-budak kos ak nampak relaks je.Macam tak banyak kerja nak kena setelkan.

Betul jugak tu.Biler masuk je studio,kepala terus pening fikir betapa banyaknya esemen yang nak setel dan macam mane nak bahagikan masa untuk semua-semua tu.

Yang peliknya,time keluar je dari studio,terus hilang semua perencanaan tu.Macam tak ada kerja nak kena buat.Siap boleh layan movie lagi.Mane semua esemen-esemen yang duk sibuk memoningkan kepala tu?

Biler masuk studio balik,mula la gabra kerja tak jalan lagi.Masa ni la duk menyesal tahap cipan sebab tak buat awal-awal.

Jangan cakap anda semua tak pernah alami masalah ni.At least mesti pernah sekali merasa pengalaman macam ni kan?

Kenapa otak kita seolah-olah dah diprgramkan macam ni?Lebih-lebih lagi student..Kena update balik ni..


Sunday, February 20, 2011

~k.e.b.e.t.u.l.a.n~

salam...
                                              

Ingat lagi tak gambar ni??

Semalam ak melawat booth-booth yang ada kat kolej ak sempena Fonesta 14. Nak taw apa ak jumpa?
jeng..jeng..jeng..


Bahagian rambut macam lebih kurang sama je kan?hehehehe
Bila ak nampak je beg ni,terus je teringat kat gambar tu.So tangan ak pon laju je beli beg ni..



Thursday, February 17, 2011

~s.e.n.g.a.l~

Bila ak buka je blog and menaip beberapa patah perkataan,laju je tangan ak ni delete sumenye.Then off.Tak tahu kenapa seminggu dua ni cam xde mood sikit untuk melontarkan idea-idea kat ruangan ni.Rasanya memang idea mencurah-curah bagai ke ladang gandum tapi...entahlah...Ak sendiri pon poning memikirkannye..p

Wednesday, February 16, 2011

~s.u.k.a.s.u.k.i~

ni ak curi somewhere..so bace j la..
selalu yg terjadi....

CINTA :

(sebelum kahwin)

C
= cubit kiri, kanan rasa.

I  
= impian indah ibarat syurga.

N
= nikah impian utama.

T
= taat setia membawa bahagia.

A
= awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C
= cuka yang dituang pada luka.

I
= iblis yang merosak minda.

N
= nafsu semata-mata.

T
= tuba yang dibalas semula.

A
= api dalam neraka.


KASIH :

(sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.


SAYANG :

(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat

macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama

I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)

N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan

T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang

A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat

A-Akad dilafaz cinta berbunga

S-Suami disanjung-tinggi

I-Isteri disayangi

H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami

A-Ada masalah, dibincangkan bersama

Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

A-Amalkan hidup bertoleransi

N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama

G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga

A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh

T-Tanggung-jawab dipikul bersama

I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Monday, February 7, 2011

~s.t.u.d.i.o~

Sebagai budak design, dunia kami mostly in studio.Ni lah tempat kami curahkan semua idea-idea dan siapkan projek.Ni nak share serba sedikit suasana studio ak..





~s.t.u.d.i.o~

Hari ni just bincang a.k.a siapkan master plan.Since ni kerja berkumpulan, banyak la percanggahan pendapat.Sambil-sambil bincang,sempat la jugak ak siapkan lukisan kat bawah ni:

Cun tak?hehehe..Jangan salah paham.Semua kawan-kawan sekolah ak panggil ak Chubby and saje je letak partner ak sebagai Skinny.Baru matching sikit.Hehehehe..

Sunday, February 6, 2011

~j.e.j.a.k k.a.s.i.h~

hari yang indah..

hari ni ak ad date nge kakak ak.Ni bukan kakak ak yang belajar kat SEGi kolej tu tapi yang sorang lagi.Ak ad 2 kakak yang belum kahwin.Yang ni baru datang sini sebulan and kerja kat area Gombak.

Dalam pukul 11 kitorang jumpa kat KL Sentral.Sampai-sampai terus isi perut.
licin kitorang sapu..hehehe

Then,kitorang gerak ke The Curve.Dalam sejam jugak la naik bas metro 88.
Kenapa pergi The Curve?Kakak ak yang study kat SEGi kolej kerja part time kat sana.Memandangkan kami dah lame tak kumpul sama2,so ak decide nak bawak Ecah(kakak ak yang baru datang ni) lawat Eniey(student SEgi) kat tempat kerja die.Eniey tak taw pon kami datang.
Ni gelagat kami sementara tunggu Eniey.









Dalam 10 min jugak la kami duk kat situ,baru Eniey perasan kami ada kat situ.Biasa la,tengah kerja kan.Lagipon ramai pelanggang..






Dalam pukul 2.oo ptg,Eniey breaks and kami teman dia makan pula.







Pukul 3.00 ptg,Eniey masuk balik kat tempat kerja dia and ak nge Ecah plak pergi layan wayang.The Green Hornet.Bez jugak.Abis wayang,terus balik.Mintak-mintak ada peluang untuk keluar sama-sama.Kena tunggu sume-sume betul-betul free la..=]