Wednesday, February 27, 2013

~FYP~

salam kawan-kawan..=]
semoga sihat seadanya.keep smile..maintain cun deh..=]

Sem ni sem last.Rasanya most of us tahu kan ma maknanya FYP? FYP adalah singkatan daripada perkataan Final Year Project yang mana harus dilakukan oleh semua pelajar tahun akhir. Masa ni la kita akan apply semua yang telah dipelajari selama bertahun-tahun kat IPTA atau IPTS atau mana-mana tempat belajar yang sama waktu dengannya.

Fuh..Untuk mengelakkan kita stress dan ternsion tak memasal disebabkan FYP, disyorkan agar kita pilih tajuk projek berkaitan dengan perkara-perkara yang kita minat.Sebagai contoh, Landscape Architect perlu design space.Means outdoor space. So kami perlu mencari isu-isu semasa yang berkaitan dan cari jalan penyelesaian. Macam-macam tajuk kawan-kawan aku pilih. Pasal urban farming...pasal historical area...pasal sensitif area...pasal global warming..dan macam-macam lagi la..Aku??

Aku sangat minat kanak-kanak. Sangat comel kot insan-insan yang tak banyak dosa ni.. 
terupload oversea punya kanak-kanak pula.hee
So kali ini aku buat tajuk yang ada kaitan dengan kanak-kanak. At least aku boleh buat kerja dengan tenang (harapannya lah). Dan yang pasti aku dapat kurangkan stress mengadap kerja-kerja ni.
Site? Mostly kawan-kawan merangkap studiomate pilih hometown masing-masing. Memandangkan aku perlu meminimunkan kos dan masa untuk buat site inventori, aku pilih kawasan KL je. Dekat dan ada saudara yang tinggal kat area yang aku pilih. Jadi, aku boleh melawat mereka dalam masa buat site inventori. Bak kata orang, Menyelam sambil minum air.hehehe

Memandangkan aku mudah terpengaruh dengan emosi sendiri untuk buat kerja, aku perlu cari kondisi yang sangat selesa supaya aku bersemangat untuk buat kerja.So aku dah set up tempat sendiri dengan baik punya. Plus dah kemas. Ops.. aku beli pc (menggunakan duit pt) sebab laptop dah uzur plus budak design kena guna banyak software yang berat-berat. Then tadi beli tudung yang senang nak pakai. Beli kat downtown je. Nak tunjuk tapi xley nak upload ga,bar.Next time la ye.=p

Ops..lupa nak bagitahu.Proposal FYP dah diterima.Sekarang proceed utk buat site analysis dan inventory. Esok aku nak ke DBKL untuk mintak base map dan terus ke site kalau sempat.

Hope jumpa lagi next time.Ceria Sokmo deh.Salam.=]

Thursday, February 21, 2013

~final sem~

Assalamualaikum dan selamat pagi..=]

Maaf sebab agak lama tak menulis (konon-kononnya).=p
Minggu ni sibuk sikit sebab minggu ni merupakan minggu pertama aku sebagai final year undergraduate student of landscape architecture.

Excited terlebih. Hehehehe..
Sem terakhir. Killer Sem. Fuh.... Mood untuk final sem ni macam berkobar-kobar disebabkan dah lebih kurang 8 bulan tak masuk studio sebab sem lepas aku praktikal selama 24 minggu (6 bulan). Maknanya 8 bulan tu jugak aku tak berjumpa kawan-kawan yang tercinta.Cewah..

Hari pertama (Isnin lepas) memang agak awkward sikit sebab dah lama tak jumpa. Masing-masing dah nampak mature. Nampak lah perubahan dari segi percakapan dan yang paling ketara pemakaian for sure.

Macam biasa, hari pertama pasal studio. Penyelaras studio untuk sem ni adalah En. Nazri. Tak pernah lagi bekerjasama dengan beliau. Beliau memang akan pegang final year students je. ops.Beberapa hari lepas dia dapat baby baru (anak keempat). Baby girl. Tahniah En Nazri..=]

Ok. Berbalik pada topik asal. Hari pertama bincang pasal FYP for sure. Then pasal trip dan sedikit nasihat berguna. Lastly pemilihan ketua kelas. Comel kan.hehehe
Nak tahu siapa tunjang kelas kami sem ni??
jeng....jeng...jeng....

ni dia ketua dan penolong kelas.Yup. That's me.
Selepas tadah telinga mendengar beberapa wasiat dari ketua kelas, kami setelkan setting studio. Keistimewaan final year student adalah masing-masing mempunyai space sendiri yang selesa dalam studio. Siap ada partition.

Jom kemas studio.
Ni base plan untuk layout studio. Cukup untuk 34 orang.


Studio di cat baru by lecturers and staffs.  Bak kata  ketua jabatan. "dengan penuh kasih sayang"..Love them..<3 <3 <3


Ni daripada pandangan depan.

Partition untuk setiap student. Macam kat ofis je.

'My studio, my heaven'. Penuh semangat nak jadikan studio macam rumah sendiri.

Ni tempat aku.Ops...bersepah sikit. Dah ada tempat tidur.hehehe
Harap momentum untuk sem baru ni tak merudum. Good luck kawan-kawan..Chaiyok-chaiyok!!

Doakan moga taun ni kami semua dapat bergraduate bersama-sama.=]

Saturday, February 9, 2013

~sunyi~

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan-kawan semua? Hope maintain cute and cun.hehehehe

Sorry aku tak pandai sangat nak mukadimah panjang-panjang.So baik aku terus ke tajuk aku hari ni. SUNYI. But it doesn't mean aku tengah forever alone or what so ever.

Sepanjang cuti sem ni aku tak balik kampung sebab ada job sikit kat fakulti. Aku tak kisah sangat kawan-kawan balik kampung tapi aku kat sini sebab still ada budak kolej under UPM yang study kat kampus induk UPM. Diorang punya silibus lain sedikit. Kat floor aku ada beberapa orang dari golongan ni.Even rumet aku sendiri dari kolej Shahputra. So tak ada la aku rasa boring atau sunyi sangat.

Tapi minggu ni ramai yang balik kampung sebab cuti raya cina lama sangat.Sampai hari Isnin. Even pejabat kat fakulti pom cuti sampai hari selasa.Memang cuti sakan la.
Memang la rumet aku tak balik kampung tapi aku rasa macam tak ada sesiapa pun kat floor aku ni.Apatah lagi floor lain.Haish..

Memang best sebab internet laju je time-time macam ni. Tak payah berebut line tapi kebosanan terlampau. Rumet aku busy dengan study dan class. Nak makan tengahari pun aku terpaksa bungkus dan makan depan laptop.Sambil tengok cerita. Selalunya hari minggu aku akan makan dengan ex-rumet aku yang dah kerja tapi tinggal kat area ni tapi pagi tadi aku baru hantar dia ke LRT Sungai Besi.Dia pun dengan gembiranya balik kampung. Kalau tak pun, aku akan paksa 'teman tapi mesra' makan. Dia tak balik kampung juga sepanjang cuti sem ni sebab nak setelkan proposal fyp, cuma minggu ni dia bercuti dengan family. So bertambah-tambah perasaan kesunyian tu.Rasa kosong sangat-sangat.sobs2...

Kenapa aku tak ikut balik kampung? Memang aku tak suka balik kampung time-time ramai orang balik.Kesesakan yang nyata. Plus kalau aku balik kampung, for sure aku tak dapat siapkan job aku ni.
 
Memang banyak kelebihan kalau tak ada orang. Contohnya tak payah berebut-rebut nak guna toilet or shower room, internet super duper laju, jalan tak jem, tak ramai orang kat kedai makan, dan banyak lagi la.TETAPI sangat la bosan di kolej ni. Please jangan cuti lama-lama sangat.haish... Nak makan tak ada kawan (malam tadi rumet yang temankan makan,) , nak round-round or lepak-lepak tapi tak ada geng, dan banyak lagi la.The end aku kat bilik je mengadap kerja sambil online..

Tak sabar nak tunggu kawan-kawan datang dua minggu lagi.Cepat lah saing-saing weh~~
Kesian member mung yang kesunyian ni.hahahaha

Friday, February 8, 2013

~lullaby~

Sebelum tido, mak akan nyanyikan lagu-lagu rakyat sebelum tido. Lagu yang menjadi siulan kita di zaman kecil dulu.Mesti kamu semua sudah biasa mendengar lagu-lagu di bawah ni kan??

Lagu tiga kupang,
saku penuh padi,
enam ekor burung,
masuk dalam kuali,

bila sudah masak, 
burung nyanyi saja,
tentu sedap makan,
beri pada raja,

raja dalam rumah,
buat kira-kira,
suri dalam dapur,
buat roti gula,

dayang tepi rumah,
mahu jemur tepung,
datang gagak hitam,
patuk batang hidung...


atau mungkin lagu ni..

saya ada burung pipit,
suatu hari jatuh sakit,
saya fikir nyamuk gigit,
gigit mata burun pipit,

di sebuah kampung,
penduduknya bahagia,
termasuklah tukang kebun,
Aminah namanya,

oh aminah 2X
kawanku..
baju batik kain songket,
oh aminah...i love you..


pernah main nenek-nenek?

nenek-nenek si bongkok tiga,
siang mengantuk malam berjaga,
mencari cucu di mana saja,

cucu-cucu tak dapat lari, 
nenek tua banyak sakti,
siapa yang kena dia yang jadi,


mungkin di sesetengah tempat lagu nenek-nenek lain versinya, yang paling common adalah seperti di bawah:

tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
tepuk biar pandai,
malam karang ibu upah susu,

susu lemak manis,
santan kelapa muda,
adik jangan nangis,
ibu nak buat kerja,

apa lagi ye lagu zaman kanak-kanak yang kamu semua masih ingat??

Thursday, February 7, 2013

~photoshop~

Salam sejahtera kawan-kawan semua.

Sekarang jam menunjukkan 7:01  malam. Base on jam kat laptop ni la. Aku masih lagi kat studio. Cuba untuk menyiapkan tugasan yang diberi, padahal lebih banyak online daripada buat kerja.haish.. Mesti kamu semua pelik tugasan apa la yang aku buat ni padahal orang lain tengah berbahagia di kampung halaman sebab masih mood cuti sem kan? Hehehehe.. Aku cuma tolong lecturer buat sedikit research. Bukan aku seorang je. Ada dua lagi kawan aku yang join.

Dalam pada kepala pening tengok mende yang sama, aku pom ushar la photoshop. Cuba praktis balik apa yang patut. Sebagai persediaan untuk sem depan.Sem depan? err... Lagi seminggu kot sem baru nak buka.

Tiba-tiba teringat pula kawan aku ada hantar gambar dia dan tunangnya.Ok..Aku memang suka mende-mende yang sweet ni. Timbul pula idea nak edit gambar diorang. Just tampal-tampal je. hehehehe..Nak tengok hasilnya?

Jeng..jeng..jeng!!
ni gambar yang dia bagi..



ni gambar yang aku edit. Tampal-tampal je apa yang patut.. Janji nampak sweet..<3 <3 <3
Kalau ada yang nak aku editkan gambar, jangan segan-segan paskan gambar korang kat fb aku deh. Boleh aku improve kemahiran photoshop..=]

Friday, February 1, 2013

~nurseri~




Salam kawan-kawan semua..=]

Beberapa minggu lepas aku melawat nurseri kanak-kanak (tempat kerja aku sebelum ni) sebab tiba-tiba rindu dengan budak-budak tu.Rasanya belum sampai setahun aku tak melawat mereka tapi semuanya dah berubah.Kanak-kanak cepat membesar kan..Ni ada beberapa gambar preview masa mula-mula aku kerja dan gambar yang aku sempat rakam semasa melawat mereka baru-baru ni.

Syafiah Huda Adlina (pertengahan 2012)

ni Syafiah Huda Adlina masa aku mula-mula kerja (bulan 4 tahun lepas)
kalau macam ni, means dia tengah merajuk.comel kan?
ni huda dengan teman tapi mesranya (amin fitri). Huda lebih tua beberapa  bulan dari Amin
ni huda dengan abang dia (Amir Haiqal Fitri). Sekarang Haiqal dah bersekolah.



















huda hari ini...

rambut still sama.muka still cute~~
dulu bukan main lagi takut dengan orang lain, sekarang selamba je duk atas riba kawan aku..=p

amin fitri dulu..


comel je.muka innocent

antara baby yang sangat cepat membesar.=p

amin hari ni..


tak banyak bezanya dengan masa kecik.tapi dah banyak cakap.

atiqah dulu-dulu..

mata tiqah bulat..comel..tapi dia sangat anti dengan aku time ni.

atiqah hari ni..=]
sekarang tiqah dah tak anti aku.siap banyak membebel je..hehehe

airish dulukala..

baby yang sangat senang dijaga..minum susu dan tidur memanjang..

airish hari ni..
comel kan dia sekarang.=]

mostly yang lain-lain dah tak stay kat sini.semua dah bersekolah.mesti syok kalau boleh rakam diorang berpakaian sekolah.alala...comelnya~~

kelebihan bila jaga budak-budak ni, kita tak akan terputus hubungan dengan mereka.still akan attach as long as kita masih hidup..=]

~cute kot~

salam semua..di waktu-kwaktu magrib ni, hope kamu semua still boleh keep smiling and maintain cute~~=]

ada sesuatu yang aku nak tunjuk kat kawan-kawan semua. aku jumpa page yang sangat cute.cuba kawan-kawan semua ushar page ni..

http://dribbble.com

bagi yang meminati art or what so ever, page ni sangat sesuai untuk kamu.banyak art yang cute-cute. aku hampir pengsan duk tengok mende alah ni..enjoy ye~~