Thursday, March 31, 2011

~g.i.l.a~

Hari ni sepatutnya subjek studio j tapi memandangkan semua lecturer tak ada,boleh diibaratkan macam tak ada kelas la.Tapi sebagai student yang sayangkan facultynya,kami mai jugak ke studio.

Masa tengah lepak-lepak kat foyer sambil sarapan pagi,tiba-tiba adalah salah seorang dari kami yang terpikir idea yang cambez.Nak tukar gambar profile budak kelas kami sempena besdei die.

Sebenarnya besdei boi tu lebih kurang minggu lepas tapi die selalu je balik rumah time-time besdei die.So untuk kenakan die,kami decide nak tukar gambar profile menggunakan gambar dia dan masing-masing akan send request untuk buat in relationship dengan dia.

Untuk mengelakkan terjadinya salah paham,kami guna gambar yang sama je.+ kami tukar sama-sama.Memang kelakar.Untuk send request kapel tu,tak sangka pulak yang hanya seorang je yang boleh send request tu untuk individu yang sama dalam satu-satu masa.So hanya kawan ak yang paling awal tu je la yangboleh send request untuk die.Bagi menjayakannya lagi,kami juz buat in relationship sama-sama.Baru nampak cambez sikit.Pastu kami buat status konon-konon kami admire die.

Bila masuk studio pulak,kami suggest rakan-rakan yang lain buat mende yang sama.Nasib baik mostly budak kelas ak memang sporting.Cuma biasa lah tu bile ada yang langsung tak sporting tu.Tak kisah sangat.Tak effect pon.Ops..juz gurl je yang terlibat ni.

Bila buka je facebook sekarang ni,nampak warna merah je (warna baju dia).Memandangkan semua guna gambar yang sama,memang pening la nak tengok siapa yang komen.Tapi still fun..Thanks a lot pada yang bagi cadangan gila ni dan pada yang terlibat untuk menjayakannya..

Friday, March 25, 2011

~g.e.r.a.m~

Walaupun ak tau yang blog ni bukanlah tempat yang sesuai untuk meluahkan kemarahan,tapi ak still nak share dengan korang semua apa yang buat aktak puas hati ni.

Semalam ak ad topup celcom rm10.Tapi tak sampai sejam,kredit ak dah out.Giler betul.Padahal ak tak wat panggilan pon.Sekadar hantar meseg sekeping dua j.Mana lesapnya kredit ak tu?

Tak pasal-pasal ak kena turun ke kafe sekali lagi untuk reload.Membazir masa dan wang j la..

Bukan nak marah sangat tapi since tengah pokai ni.Semua nampak bernilai..huhuhuhu

Monday, March 21, 2011

~d.e.m.a.m~

Setelah beberapa hari berjemur panas untuk menyiapkan 'edible garden' & bermandi hujan,akhirnya ak demam..Dah lama tak demam.Bak kata orang alim-alim,sakit-sakit macam ni penghapus dosa kecil.Alhamdulillah sebab sakit.

Tapi as a normal human,demam ni agak mengganggu konsentrasi ak.Malam-malam ak agak susah nak stay up untuk gerakkan projek 'lembah bujang' tu.Bukan tu je.Kepala jadi sakit bile banyak berfikir..Konsep design pon ak tak sempat nak fikir lagi.Sempat ke nak siapkan kerja dalam masa yang ditetapkan?Tinggal 3 minggu je lagi.

Ditambah dengan beberapa personal problems,hidup ak agak horrible this week.Ak prefer untuk jadi pendiam daripada bercakap banyak.Kepala tak bape nak tenang,so macam mana nak bergumbira.Lagipun,kan lebih baik jadi pendiam..kurang la probability untuk sakitkan hati orang.

Ingin ditekankan di sini bahawa bila kita diam,langsung tak terniat yang kita sedang moody.Buat apa nak berpura-pura tengah gembira umpama sedang jatuh cinta kalau memang bukan itu yang sedang dirasai.Buat apa nak berpura-pura banyak cakap kalau memang dah xde modal nak borak pasal pe.Sangat letih la hidup dalam kepura-puraan ni.So,just be shut up.

Teruk sangat ke orang yang pendiam?Hina sangat ke kalau memang dah dilahirkan tak banyak cakap?Penting ke untuk melatih diri sendiri menjadi insan yang paling talkative dalam sesuatu group?

Tak salah untuk bercakap banyak tapi kadang-kadang mulut ni perlu senyap seketika untuk memikirkan sumthing yang lebih penting.

Thursday, March 17, 2011

~b.a.l.i.k~

Tiba-tiba je terasa rindu nak balik kampung.All in sudden..

Kalau dihitung balik,da hampir 3 bulan tak balik.Tahun ni langsung tak jenguk kampung.Sadis kan...

Kena tunggu cuti bulan 5 ni la baru boleh balik.

Sebelum ni tak ada lah rase sayu sangat kalau tak balik pon.Maklum la,boleh kata 2/3 kali seminggu ak akan kol mak ak.

Tapi tak tahu lah kenapa malam ni tiba-tiba teringat kampung halaman pula.

Dah sampai seru kot..

Friday, March 11, 2011

~s.i.b.u.k~

Tanda-tanda projek studio sudah bermula:

1. Student dah tak ingat jalan balik bilik.Kalau dulu,tak habis lagi subjek studio tapi dah menghilang.Dah balik bilik.Sekarang,bilik pon dah tak ingat.24 jam hanyalah di studio.Rumet pon dah tak kenal siapa.Kadang-kadang sampai seminggu tak jumpa rumet.Maklumlah,time ambil barang kat bilik,rumet pergi kelas.Memang tak ada peluang la untuk beramah mesra dengan rumet tersayang.Studio only.Kalau keluar pon hanya untuk beli makanan dan ambil barang kat kolej.Suasana studio sangat meriah.

2. Studio aktif pada waktu malam.Time-time biasa,memang haram la nak stay kat studio.Tapi since kerja bertimbun and kejar dateline,studio lah jadi rumah pertama.Kaulah rumahku....kaulah syurgaku.Siap ada yang bawa toto (tilam).Semua jenis sumber makanan pon dibawa.Bekalan hidup.

3. Semua muka tensen.Pada masa inilah mood masing-masing dah tak terkawal.Kalau diorang senyum pon,nampak sangat senyum plastik.Dari jauh dah dapat rasa aura panas dan ketensenan.Tunggu masa nak meledak je.So jangan pandai-pandai nak jolok sarang tebuan.Teruk padahnya.

4. Gila.Time-time macam ni,pelbagai aksi pelik yang dapat dilihat.Masing-masing akan jadi gila-gila.Memang banyak la aksi-aksi baru yang korang dapat lihat.Bez.Dan yang common sangat pon adalah menyanyi,menari,main lari-lari,kacau orang dan lagak cam budak-budak.Memang semua akan jadi macam tu.Berubah karakter.Memang masing-masing dah tak sedar umur la.

5.Tak kenal orang luar.Kalau selalunya,dari jauh tegur member-member.Sekarang,member selisih tepi bahu pon dah tak perasan.Pada masa ni,memang dah tak ada istilah buddy.Semua masuk je.Memang bez sebab masa ni lah kita boleh kenal siapa-siapa yang sebelum ni tak berpeluang pon kenal rapat.Betul-betul merapatkan silaturahim.


*ni dulu kot serba sedikit perubahan yang sangat normal berlaku bila kerja studio berjalan.Nanti kalau ada sebarang tambahan,ak akan ceritakan lagi.

Monday, March 7, 2011

~w.a.r.g.a.a.s.i.n.g~

Baru-baru ini ak ke rumah abang ak.Dan untuk balik ke kolej semula,ak kena naik bas lebih kurang sejam setengah dan komuter lebih kurang sejam.
Pada hari yang cerah tu,ak ditakdirkan duduk di sebelah mamat bangla a.k.a warga asing.Ya Allah..ak tak kisah sangat duduk sebelah sesiapa pon tapi ak sangat cerewet bab-bab bau ni.Korang paham-paham sendiri la bau badan mamat bangla ni.Sejujurnya,ak memang tak nak tunjuk sangat ketidaksenangan dalam situasi tu tapi ak sangat-sangat tak boleh tahan dengan situasi tu.Ak memang fail bab-bab kawal riak muka ni.Kena belajar lagi la.
Tahan je la.Sejam dalam bas tu umpama berjam-jam.Sangat menyeksakan.Time-time macam ni buat ak terfikir.Kalau pergi mana-mana pon kat area KL ni,konpem-konpem merata muka warga asing yang boleh ditemui.Tak kira la dari India,Siam,Thailand mahupun dari mana sahaja.Sangat ramai.Rata-rata muka non-malaysia.Macam duk oversea.Tak payah duk luar negara.
Kebanyakan mereka diimport untuk memenuhi ruang pekerjaan seperti buruh dan yang sama waktu dengannya.Yang peliknya,mereka tak pandai berbahasa Melayu dan kurang memahami bahasa kita.So,macam mana mereka boleh bekerja di sini?Macam mana mereka berkomunikasi dengan ketua masing-masing?
persoalan yang paling penting di sini,kenapa begitu ramai warga asing kat Malaysia ni? Kenapa begitu longgar kemasukan mereka ke tempat kita?betul ke atas tuntutan kerja semata-mata?
Kerajaan perlu amik tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.Bukan apa,nanti banyak pula masalah lain yang bakal timbul.Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari pula.

Wednesday, March 2, 2011

~a.i.r.m.a.t.a~

Minggu ni rasa macam ada awan mendung yang sentiasa ikut ak.Kestabilan emosi agak tergugat.
Beberapa hari yang lepas,kitorang kena present inventori dan analisis untuk site Lembah Bujang.Memandangkan ini adalah kerja berkumpulan,setiap orang ada bahagian masing-masing.
Disebabkan sebelum ni kitorang pernah menyiapkan satu projek secara berkumpulan,so kitorang ikut bahagian2 yang sama untuk projek Lembah Bujang ni.
Tak tahu mana silapnya,ak terpaksa pegang dua board.Tak sangka pula site kali ini besar dan banyak perkara yang perlu dikaji.
Disebabkan dua board yang ak pegang dan masing-masing adalah A0 paper,ak tak boleh fokus semuanya.Ak cume dapat fokus pada satu board sahaja.Satu board lagi disiapkan dalam keadaan kelam kabut.Mane sempat nak siapkan dua board sekaligus dalam mase beberapa hari je.
Pada mase presentation,kawan ak tolong presentkan board pertama (yang ak berjaya siapkan dengan jayanya-kawan ak tu pon ad la jugak tolong sikit-sikit).Dan ak present board kedua (yang ak buat dalam keadaan kelam kabut tu).
Tengok je board kedua tu,lecturer ak terus mengamuk.
"sebagai student tahun dua sem 4,memang grafik awak ni tidak boleh diterima..unacceptable!!"
"kalau awak nak fail,awak fail sorang-sorang.Jangan babitkan ahli group awak yang lain!!"
Memang sangat-sangat pedas bagi ak.Lepas panjang lebar dia marah-marah,barulah ak dapat bersuara yang ak siapkan dua board.(padahal ad je kawan ak yang buat dua orang untuk satu board).
Ayat-ayat tu menyebabkan ak rasa ak ni sangat-sangat menyusahkan orang lain. dan depan semua studiomate ak tu,air mata ak mengalir.Ak memang tak pandai nak tahan.
but i really thanks my lec coz make me realise sumthink..i need to change..i need to work hard..