Sunday, December 8, 2013

Keep Smile.=]

Saat hati terluka..Saat jiwa merana..Air mata sudah tidak dapat dibendung. Tangisan menjadi peneman diri. Menangisi nasib diri yang selalu dirundung kesedihan.

 Mengapa perlu dikesali perjalanan hidup yang telah ditetapkan?

Teruskan senyum. Anda sangat manis bila tersenyum. Senyuman menyebabkan anda lupa hari semalam yang menyedihkan. Senyumlah. Senyum sebagai tanda kesyukuran terhadap perjalanan hidup yang telah ditetapkan. Jatuh bangun, tawa tangis menjadikan kita semakin kuat. Semakin banyak luka dan air mata yang keluar menjadikan kita semakin kuat. Semakin teguh berdiri dan berseida menghadapi hari mendatang yang semakin mencabar.

Sedih? Yup. Kisah itu memang menyedihkan. Tapi sampai bila anda mahu berada dalam zon kesedihan itu? Ia tidak membawa apa-apa makna, bahkan menghapus kebahagiaan hari ini dan hari-hari yang mendatang.

Senyum. Kerana senyuman itu mampu menjatuhkan mereka. Seyum itu juga mampu menawan mereka. Teruskan senyum.Teruskan kehidupan.=]

Hanya orang-orang yang comel je yang selalu senyum.=]

Thursday, November 28, 2013

I am,...

I am strong
Because I know my weakness

I am beautiful
Because I am aware of my flaws

I am fearless
Because I learnt to recognize illusion from real

I am wise
Because I learnt from my mistake

I am a lover 
Because I have felt hate

I can laugh
Because I have known sadness

Wednesday, November 6, 2013

demam smartphone

Semalam roomate aku dengan gembiranya tunjuk handphone baru dia. Bau kedai lagi kot. Phone apa? Jeng...jeng..jeng..
sony xperia z!!!

Aku tumpang gembira untuk dia tapi tak boleh disangkal la ada juga rasa jeles sikit. Sikit je.hahahaha

aku masih lagi guna telefon biasa. Nokia hitam putih. Exactly like this: 

colour pun memang colour ni. Tapi okey la sebab at least ada telefon juga. Cukup untuk balas mesej dan jawab panggilan. Dan yang paling penting, aku beli dengan titik peluh sendiri. Hasil kerja dengan lecturer masa final sem. Memang la kadang-kadang segan sebab semua pakai telefon canggih manggih tapi aku masih dengan telefon ni, tapi at least aku tak paw duit mak ayah aku. Dan telefon ni banyak berjasa kot. Paling penting bateri tahan lama!!hahahaha

Memandangkan zaman makin canggih ni, aku pun perlu dapatkan smartphone juga. Bukan sebab mengada-ngada nak ikut trend, tapi memandangkan semuanya dah sibuk nak guna Whatssapp or weChat or apa-apa la yang sama waktu dengannya.

Masa minggu kedua aku kerja, ada client tanya ada whatssapp tak sebab dia nak send gambar projek. Terkedu aku. Haish...Dan sistem ofis ni pun memang banyak guna whatssapp memandangkan bos tak selalu ada kat ofis. So aplikasi ni boleh dikatakan banyak membantu juga la.

Bos pun terkejut bila aku still guna telefon lama ni.Ops..bukan terkejut.Kagum.hahahaha. Time meeting minggu lepas, dia suruh kami (pekerjanya yang berdedikasi) untuk whatssapp je kalau nak tunjuk design or apa-apa yang bnerkaitan dengannya. Bila aku senyum je, bos cakap; 'tak pe.awak boleh emel saya.saya on emel tiap-tiap masa'. Thanks bos for your understanding.=]

Officemate ada cadangkan aku beli smartphone secara ansuran. Banyak kedai yang tawarkan kaedah tu.Memang nampak menarik tapi for sure harganya akan bertambah dari harga asal. Ops.Lepas discuss dengan penasihat merangkap roomate, aku rasa tak payah kot.

Sekarang aku aim telefon ni je. Tunggu dapat komisyen, aku akan dapatkan telefon ni.InsyaAllah.


Cantikkan.Spec dia pun boleh tahan. Kalau dah ada target, baru semangat nak berusaha untuk realisasikannya. Fuh..Fuh...

Wednesday, October 23, 2013

~Back To Normal~

Alhamdulillah..Tadi dah ambil balik pc.Pc ni dah sebulan lebih check-in kedai komputer.Hard disk rosak. So sekarang tengah install balik software-software yang sepatutnya.Nanti susah pela nak buat kerja. Just happy sebab semua dah ok. 

pc ni dihantar ke kedai sehari sebelum motor Lagenda kesayangan rosak kat tengah Jalan Puchong yang busy.Hal motor tu pom ambil masa lebih kurang 2 minggu lebih juga untuk setel.


Tapi ada hikmah juga semua tu.At least sekarang aku dah dapat balik PC and aku dah dapat motor impian aku. Yamaha Lagenda? Tak la. Yamaha LC..Alhamdulillah sangat.=]

Saturday, September 21, 2013

kerja weh..

Malam ni ada dua task yang perlu disiapkan. 
1- kerja ofis. Isnin ni ada submission.
2- Lecturer punya. Pasal research on tourism walkability.

Semuanya perlu disiapkan secepat mungkin memandangkan laptop yang aku guna ni adalah pinjaman semata-mata.Takut nanti tak sempat nak setel kalau empunya laptop datang menagih barangnya. Hahahaha..

Masalah sekarang adalah bila mengadap laptop dengan ada wifi, laju je tangan duk online. Please help me.Hahahaaha..

Dan paling seksanya, aku masih suka stalk dia. memang la dia dah block akaun aku, tapi aku still nak stalk dia.Gila kan. Dah berbaldi bebelan member yang mengharap aku move on.. Hahaha..Memang aku move on pun tapi aku cuma nak pastikan dia semakin bahagia. Aku nak pastikan dia sentiasa mencapai impiannya sebab aku gembira melihat kegembiraan dia, tak kisah la samada dengan atau tanpa kehadiran aku. Gila dramatis ayat.Hahahaa..Ni la hasilnya berjaga malam-malam.Hahahaa.. 




Ignore je ayat-ayat mengarut kat atas. Sal, sila offline dan teruskan kerja anda. Masih banyak yang perlu disiapkan. ok, misi siapkan kerja sebelum subuh.At least yang ofis punya. Chaiyok2!!


Allah knows the best.=]

you asked God to take away your habit,
God said, NO! It is not for me to take away, but for you to give it up.

You asked God to make you patience,
God said, NO! Patience is a by product of tribulations, it isn't granted, it is learned.

You asked God to spare your pain, 
God said, NO! Suffering draws you a part from worldly cares and brings you closer to Me.

You asked God to make your spirit grow,
God said, NO! You must grow on your own! But I will Prune you to make you faithful.

You asked God for all things that you might enjoy,
God said, NO! I will give you life, so that you may enjoy all things.

You asked God to help you love others as much as He love you,
God said, finally you have the idea.

God give everything we need instead what we want.=]







Thursday, September 19, 2013

that's fun

Tak tahu kenapa hari ni mengantuk yang amat. Memang rasa macam ada batu besar atas mata. Then selalunya aku akan baca ceroita-cerita sedih sebab bila baca cerita-cerita macam tu, hati kecil aku yang mudah tersentuh ni akan menyebabkan mata aku berair. Bila mata berair, kurang lah sikit mengantuk.Pelik ke? Normal je la.

Tapi semua tu kejap je bertahan. Macam mana nak buat kerja kalau duk online mengadap cerita-cerita sedih. Dah lah kerja aku memang kena hadap komputer je ni. Then aku terjumpa something yang agak interesting. 


Try la ushar. Best kot. Aku tak pernah dengar nama kumpulan ni tapi lagu ni memang best. Hilang ngantuk aku. Harap-harap bertahan sampai siap kerja.hee

Wednesday, September 18, 2013

Roadblock

Hari ni agak kemalasan untuk buat apa-apa. Bangun awal tapi jam 0830 baru gerak pergi kerja.Nasib baik sempat sampai sebelum jam 9. Sampai-sampai dah nampak ofismate tercegat depan ofis.Dia tak dapat lagi kunci ofis. 

Banyak sebenarnya kerja yang perlu disetelkan hari ni. Tapi tak ada mood plus ada certain2 perkara lai yang perlu disetelkan, lepas magrib juga baru setel semuanya. Bos dah warning awal-awal supaya aku tak balik lewat macam biasa memandangkan aku seorang je yang bawa motor. 

Lepas tol Putra Height, ada roadblock. Tak ada la cuak sangat memandangkan aku tak rasa aku ada buat salah pape. ic ada..roadtax ada..lesen ada..So aku buat je la muka selamba. Muka cun aku belum mampu membuatkan abang-abang polis tu lepaskan aku terus. Still kena tahan.hahaha..Jadi dengan bangganya aku pas je la lesen dan roadtax. 

Aku ingatkan semuanya setel kat situ je. Tapi still tak lepas-lepas lagi. Apsal plak?? Rupa-rupanya aku lupa nak letak sticker P. Al-maklum lah motor pinjam. Motor aku? Motor aku ada tersadai kat bengkel. Problem teruk. Memang tak dapat diselamatkan. 

Abang polis tu just bagi amaran je la. Tapi bukan nada marah-marah. Siap senyum lagi. Terima kasih banyak-banyak. Aku pasrah je kalau kena saman pun. Memang salah aku. 

Nasib baik abang polis yang hensem-hensem tu sangat baik hati sebab dengan senang hatinya masih mampu bertimbang rasa dengan aku. Jasamu dikenang.

Disebabkan hari dah malam, rasanya semua bengkel dah tutup. Hopefully esok tak ada roadblock.Please. Minggu ni je aku guna motor ni.InsyaAllah.

Tuesday, September 17, 2013

kerjaya


Alhamdulillah..esok genap sebulan aku kerja. Seronok juga dunia kerja ni.Hari-hari ulang alik dari Serdang ke Subang.Nasib baik tak jauh sangat. Dalam setengah jam je dengan motor.

Teringat pula masa interview kat sini. Dua hari sebelum puasa tahun ni.Mula-mula melangkah kaki ke dalam ofis ni, aku dah terpegun dengan kesederhanaan interior dalam syarikat ni. Sangat simple tapi menarik. 



First task yang diberi: design kid area dalam masa satu jam.wow...selama ni ambil masa satu sem untuk buat 1 projek.means untuk design something pon, ambil masa berminggu-minggu. Boleh ke dalam tempoh masa satu jam?? Tapi betul la orang cakap, otak akan berfungsi bila kita dalam keadaan stress. Semua yang terlintas kat kepala otak, aku gunakan.Dalam hati memang aku agak aku memang akan fail la.Memang tak akan dapat job ni. Masa ni boleh pula aku lupa berapa lebar walkway. hahaha..dan masa present depan bos, aku bantai je.Yang penting buat muka confident.



Second task: listkan 20 jenis pokok, 20 jenis shrub, 20 jenis palm dan 20 jenis groundcover. sciencetific name please..Memang gila. Memang semua yang ada dalam kepala lesap tiba-tiba. Semua nama yang aku pernah ingat dah hilang. Nasib baik ada classmate yang terer bab-bab pokok ni. Terus je aku mesej dia. Tapi tu pon banyak je lompong. Memang tawakal je la.



Lepas lebih kurang 2 jam untuk dua-dua task ni, baru dia ajak masuk bilik dia dan start interview. Aku memang dah low confident.Aku rasa memang aku dah tak dapat kerja ni sebab aku tak boleh complete task yang diberi. Tapi aku jawab semua soalan dengan sebaik mungkin.Sesi interview pun ok la.Aku just be myself. Ops.Dua orang yang interview aku.Bos dan partnernya. 



Lastly, diorang tanya bila aku boleh start kerja. Aku bagitahu selepas raya sebab aku dah ada plan lain untuk bulan puasa. Dan diorang cakap tak sabar nak tunggu aku join diorang. Aku macam terkedu kejap.

 "means saya dah dapat kerja ni ke?"
"yup, nanti kami hantar offer letter"


Memang aku lah makhluk paling gembira hari tu.Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat. My 1st time interview as junior landscape architect and i get the job. Alhamdulillah sangat-sangat. Lepas tu aku terus gerak ke melaka sebab malamnya aku kena balik Terengganu.=]



Memang tak salah pilihan aku untuk kerja di sini. Everything just so amazing. Sangat enjoy kerja kat sini.



Normal lah minggu pertama banyak benda baru nak belajar tapi lama-lama dah makin selesa.Hopefully jodoh aku dengan company ni bertahan lama.amin..



Aku doakan juga moga kawan-kawan semua dipermudahkan urusan untuk mendapat kerja.=]

Monday, September 16, 2013

saya dengan awak


awak..
tak tahu kenapa hati ni berdebar kencang
lambat betul masa berlalu
bila cikgu nak keluar ni?
saya nak balik cepat-cepat
saya nak tengok awak
awak selalu duduk kat bawah  pokok ru tu
awak duduk menyandar sambil baca buku
tiap-tiap hari saya pergi tempat tu
semata-mata nak tengok awak
hai saya jadi kembali tenang bila boleh tengok senyuman awak
hati saya jadi lebih tenang bila boleh dengar gemersik suara awak
hati saya jadi sangat tenang bila boleh tegur awak

awak
dulu saya tak suka awak
awak sombong je
bila saya tegur awak
awak buat derk je
ramai girl minat awak
tapi awak tak layan
saya fikir awak bajet smart
sebab tu saya malas nak ambil tahu pasal awak
bila kawan-kawan cerita pasal awak
saya pekakkan telinga
saya butakan mata
saya bisukan mulut
saya tak nak tahu apa-apa tentang awak

awak
hari tu awak tegur saya
rasa tak percaya je
masa tu saya tengah baca komik tepi dewan
saya nampak awak datang
tapi saya buat derk je
bila saya dengar suara lelaki tegur saya
saya angkat muka...awak!!
saya terkejut gila
awak tanya, saya baca apa?
saya jawab, baca utopia
awak tanya saya lagi, saya memang minat komik ke?
saya jawab, minat gila !
dari situ, kita borak lama sangat
banyak yang awak tanya tenang saya
banyak yang awak cerita tentang awak
kita punya banyak persamaan
saya semakin selesa dengan awak
baru saya sedar
awak tak sombong macam yang saya fikir

awak
sejak hari tu kita jadi kawan
tiap-tiap petang kita jumpa bawah pokok ru tu
tenang sangat duk kat sini
kita belajar sama-sama
awak banyak bagi tunjuk ajar kat saya
awak pandai
ramai yang kata kita kapel
tapi saya tak kisah
awak pun tak kisah

awak
hari tu saya pergi tempat biasa kita
tapi awak tak ada
saya jadi bimbang
petang tu saya pergi lagi
tapi awak still tak ada
awak pergi mana?
awak buat saya bimbang
saya tanya kawan-kawan awak
tapi diorang sendiri pun tak tahu
seharian saya tak boleh belajar
saya hanya fikir pasal awak

awak
lepas sekolah, saya telefon awak
tapi mak awak yang jawab
mak awak bagitahu awak masuk wad
saya jadi panik
mak awak bagitahu awak sakit jantung
awak kena tahan 2 minggu
kesiannya awak
kalau boleh, saya nak lawat awak hari-hari
nak bagi semangat moga awak cepat sembuh
tapi tak boleh
lamanya awak kena tahan kat wad
2 minggu tu macam 2 tahun je
tetiba je ada rasa aneh dalam diri ni
rindu kot

awak
masa awak tak ada
saya rasa macam kehilangan sesuatu
hidup saya jadi tak lengkap
semua yang saya buat tak kena
tak ada inspirasi langsung
betul kata orang tua-tua
dari benci, akan timbul perasaan lain
kalau dulu saya benci awak,
tapi sekarang....
susah betul nak jelaskan perasaan ini
terlalu indah

awak
esok awak dah boleh datang sekolah
tak sabar nak tunggu hari esok
wahai masa cepatlah berlalu
saya nak bagitahu satu rahsia
rahsia yang sangat besar
tak ada orang boleh tahu rahsia nni
rahsia yang saya tak boleh tanggung lagi
sebab ianya berkaitan isi hati saya
hanya awak yang layak untuk tahu
sebab hati saya hanya untuk awak


Tengah kemas-kemas buku-buku lama, terjumpa cerpen ni.Cerpen ke? Ni aku karang masa zaman sekolah menengah dulu.Untuk majalah sekolah konon-kononnya tapi awal-awal lagi kena reject.Kamu semua mesti faham kenapa kan?hee

Wednesday, August 21, 2013

heart vs mind


pelik hidup ini..akal memaksa hati untuk teruskan dan menerima semuanya sebagai takdir terindah dengan penuh kesabaran namun hati tetap berdegil.Apabila terlalu mengikut kata hati yang enggan mengalah, kebodohan sering berlaku..

Sunday, August 18, 2013

puasa vs kerja

Hari ini dah masuk 8 syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir batin.Mesti semua masih dalam mood raya. Ada yang masih berkunjung ke rumah rakan-rakan, dan ada yang dah start kerja.

OPs, cakap pasal kerja.Esok aku dah start kerja sebagai Junior Landscape Architecture.Doakan semuanya ok.=]

Bukan nak cerita pasal kerja tetap tu, cuma pasal kerja semasa bulan puasa yang lepas.Sepanjang bulan puasa aku bekerja di kedai kuih. Kedai Kuih Cek Tar. Memang banyak perkara yang aku belajar sepanjang bekerja di sini. Bukan sahaja mengenai cara berurusan dengan pelanggan, tapi juga mengenai kehidupan. Yup. Puasa kali ni memang penuh makna..

Ops, kesempatan bekerja di sini menyebabkan aku celik dengan kuih muih tradisional Terengganu, lebih-lebih lagi yang hanya akan ada pada bulan puasa. 

Tuesday, July 9, 2013

Ajaibnya Cinta

Salam satu Ramadhan..Hee..Pagi-pagi dah cakap pasal cinta.
Sebenarnya aku berminat nak cakap pasal betapa ajaibnya cinta.
Ops..Ni bukan pasal cerekarama Ajaibnya Cinta yang dilakonkan oleh Johan Ashari dan Umie Aida.

Tapi tentang betapa orang yang sedang hangat dilamun cinta ni sanggup buat apa saja untuk orang yang dicintainya..

Walaupun sedar ada banyak keraguan serta penipuan yang dilakukan oleh pasangannya, namun dek kerana rasa cinta dan sayang yang menebal, dibutakan semua itu. Baginya semua itu hanya sementara. Walaupun hati sangsi tapi diberi segala kemungkinan untuk sedapkan hati..untuk menutup kesangsian itu. 

Bila semuanya sudah berakhir..bila otak sudah dapat berfungsi dengan sewarasnya, barulah kita sedar betapa bodohnya kita terpedaya dengan semua itu.

Jadi, jika hati dipenuhi cinta, jangan sampai pemikiran pun dibutakan dengan cinta. 

Apa?? Ada yang tak pernah tengok cerita Ajaibnya Cinta??
Seriously cerita ini sangat lawak. Kamu semua patut cuba tonton.=] 

Friday, July 5, 2013

move on, dude..


Jangan pernah menyesali keputusan yang kita pernah buat. Jangan pernah tangisi perjalanan hidup kita. Ada sebab kenapa setiap perkara yang menyedihkan itu berlaku dalam hidup kita. Untuk menjadikan kita lebih kuat dari semalam.

Terima kasih untuk semua yang telah kamu beri. Aku tak pernah menyesal kenal kamu sebab kamu banyak mengajar aku erti hidup. Thanks a lot. Walau sekejap tapi sangat bermakna.


Wednesday, July 3, 2013

Alhamdulillah....

Semalam adalah hari moderation. Semua lecturer akan fight untuk tentukan grade each student BLA4 (studio kami).

Semua orang memang cuak sangat sebab moderation day ni akan tentukan samada kami boleh graduate sama-sama tahun ni atau ada yang sangkut.

Memandangkan kami tak boleh ada kat studio untuk sesi moderation ni, kami 
jalan-jalan kat The Mines. Ops, hanya group kecil. Dalam 15 orang.Mostly dah balik kampung.

Hanya 10 girls dan seorang lelaki je yang pergi dulu.Diorang decide nak makan dulu, tapi aku puasa (puasa ganti tak habis lagi). So aku just jalan-jalan je dulu.Sorang-sorang?? Tak ada lah. Bunga (one of my classmate) yang temankan.

Bila yang lain-lain dah siap makan, kami gerak ke bowling sama-sama. Tunggu boys pula sebelum main.Tapi diorang ada problem sikit dan akan sampai lambat, so kami buat aktiviti lain; ada yang tengok wayang, ada yang karaoke dan ada yang temankan karaoke sementara tunggu boys datang untuk main bowling.

Setel karok dan tengok wayang, masing-masing ke tempat bowling. Santai-santai sementara tunggu kami yang main bowling setel.

Tengah syok santai-santai, ada lecturer call. Inform yang semua orang lulus dan boleh bergraduate bersama-sama tahun ni. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Then kami nak naik cruise kat Mines tu konon-kononnya, tapi batal last minit. Then pakat ramai-ramai makan kat bangi. So, here we are....."Ana Ikan Bakar Petai"...

Memang semua berselera makan memandangkan masing-masing lega boleh bergraduate tahun ni. Dan ni mungkin makan malam terakhir bersama-sama macam ni. Hopefully tak la. Hopefully kami masih berpeluang untuk habiskan masa bersama-sama macam ni lagi. Sayang kamu semua!!!

Bila perut dah kenyang, mata pun dah berat. Ingatkan dah sampai studio, boleh rehat-rehat. Tapi semua excited nak ambil gambar ramai-ramai. Walaupun letih, kami sangat gembira.


Last post as a student..=]

Pagi ni dah ramai yang beransur balik kampung. Jumpa masa konvo nanti. 4 tahun bersama, Aku sayang diorang dan aku tak akan lupakan mereka semua.=]

Tuesday, July 2, 2013

kuatkan hati

Semua orang impikan kisah cinta yang seromantis novel..seindah cerita fairy tales..Tapi tak semua sedar setiap kisah hidup yang kota mainkan pasti ada naik turunnya...Lupakan imaginasi penulis novel...Lupakan garapan si penulis skrip..Ini kisah kita..Kisah cinta kita...Semanis mana rasa cinta itu..Semurni mana rasa sayang tu..kita yang rasa..

Adat bercinta, pasti ada saat sedih..saat gembira..saat merana..saat bahagia...Asam garam ini lah yang membuatkan kita semakin mengenali pasangan kita.

Tapi yang penting dalam sesebuah hubungan, kepercayaan dan kejujuran..jika kejujuran sudah terhakis, macam mana kepercayaan nak dipupuk??

Tak usah menipu jika kebenaran sudah terbentang di depan mata. Just be honest..Just be yourself..

Saturday, June 15, 2013

kecewa

'Layan kawan dengan baik sangat. turutkan segala kemahuannya. Tidak pernah gagal menolong setiap kali mereka perlukan kita. Cuba jaga hati mereka sebaik mungkin. Tapi...Setiap kali kita perlukan pertolongan, mereka insan pertama yang angkat kaki. Tak pernah cuba nak jaga hati kita. Lastly, kita pun dah jadi heartless. Dah tak kisahkan kewujudan mereka. Cuba tak nak attach dengan mereka. Cuba jadi kawan yang sekadar kawan je. Tak perlu wujud istilah buddy or BFF.

Thursday, June 13, 2013

back to basic..

Assalamualaikum..=]

Sejak motor masuk wad hari tu, keadaannya makin teruk. Last-last aku hantar ke Melaka. Ada servis mekanik free. Hee... dan pengalaman paling manis adalah tersadai di highway utara-selatan..1st time kot. Paling tak sangka adalah keprihatinan masyarakat kita. Sangat prihatin.Ramai yang berhenti dan menawarkan pertolongan. Terima kasih semua.

Sekarang dah hampir 2 minggu aku kembali ke UPM tanpa motor tersayang. Nasib baik ada classmate yang sangat prihatin yang sanggup pinjamkan motornya sepanjang aku kat sini. Tapi sempat juga aku merasa naik bas kolej. Seronok jugak bila back to basic camni.=]

Macam sem sebelum-sebelum ni..kena siap awal-awal sebab takut tertinggal bas. Kena biasakan diri tunggu bas lama-lama..Seronok. Teringat kembali time first sem first year..Sekejap je masa berlalu.Sekarang dah final sem. Akan merindui moment-moment bermakna ini.Insya Allah.

Monday, April 1, 2013

sabar

Salam dan selamat pagi..
Pagi ni aku bangun agak awal jugak daripada biasa. Mimpi indah plus nak teman member ke pasar basah. Tak tahu lah semangat apa yang membuatkan aku rajin sangat nak teman dia. Sebab minggu ni je peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama kot.. Minggu lepas dia ke Sabah seminggu..Minggu depan dah start cuti pertengahan semester.
So gunakan kesempatan yang ada untuk hangout together. 

Ops..Bukan itu yang nak diceritakan..Tapi pasal 'sayang' aku yang dah jatuh sakit.. Semalam dia buat hal..Ingatkan sakit sikit je. Then bila dah check, teruk jugak. Sangat teruk sebenarnya. Kesiannya sayamg. Bila tengok dia terlantar macam tu, sayu sangat rasanya. Sayang, kenapa boleh jadi macam ni. Rasa dah hilang separuh jiwa bila sayang sakit..hurm..
ni la sayang aku. Enjinnya rosak teruk. Mekanik tu cakap aku ni kasar sangat.Haish..Mana ada.Lemah lembut kot.


ni gmbar internet.tapi ni la spesis motor aku.

Sedih? Memang la sedih.Ni la antara pinjaman yang berguna untuk aku bergerak.hurm.. In sha Allah hari ni dah boleh check out. Sayang jangan sakit lagi deh..=]



Sunday, March 31, 2013

new life

Salam..
Masalah utama aku pasal blog ni; bila aku ada point nak cerita sesuatu, tangan aku laju je nak tulis apa yang ada dalam kepala aku.Kadang-kadang sampai berjela-jela nak taip. Tapi bila tak ada point, memang blur sangat-sangat. Dah taip separuh jalan, then delete balik..Selalunya memang macam tu la. Then bila sibuk, tak sempat nak update blog. Sebab bagi aku, aku perlu timing yang betul-betul tepat untuk bagi aku menulis dengan tenang.

Rasanya aku akan start dengan point-point yang berkaitan dengan hidup kita la. Sebab aku memang suka bagi motivasi kat orang sekeliling walaupun alu pom x cukup motivasi diri sangat.=p

motivasi hari ni??

"selagi kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, kita tak akan pernah tenang"

motif??

Fikir-fikir sendiri la. Kemalasan nak describe.hehehehe




hidup dengan lebih tenang..=]

Sunday, March 17, 2013

char kuey teow

Hari ni mood rajin terlampau sikit untuk post sekali lagi.hehehehe

Semalam seharian aku tak keluar cari makanan.Mood nak buat kerja datang tiba-tiba. Kalau aku keluar cari makanan, takut mood tu lari pula. So aku makan megi je..

Malam pula, aku ajak seorang kawan untuk temankan aku makan char kuey teow.

Honestly, aku kureng sikit char kuey teow dan segala adik beradik kuey teow. Tak kira la masak macam mana pon, aku tak makan.Bukan cerewet, tapi susah sikit nak terima.Orang kampung kan..

Niat di hati nak cuba la makan sesuatu yang aku selalu elakkan ni.Kawan-kawan pernah cakap char kuey teow tempat tu sangat sedap. Dengan perut yang lapar, aku fikir senang la nak makan mende alah tu.

ni gambar miss google je.

Nampak sedap kan?Fuh..Memang nampak sedap. Tapi aku berjaya makan separuh je. Ok la bagi insan yang baru belajar nak makan kan?

Tapi yang tak bestnya, lepas makan aku rasa pening-pening dan rasa nak muntah. Normal ke? Mungkin sebab perut masuk angin tapi sedikit sebanyak aku jadi fobia sikit buat masa sekarang.

Mungkin boleh cuba lain kali..=p

Nasib baik ada member yang caring.boleh hilangkan sikit sakit kepala tu.=p

be profesional

Selamat pagi pada semua 'burung hantu' yang tak tido lagi.hehehehe

Hurm..kenapa aku buat entry "be profesional" di pagi hari setelah lama menghilang ni?

Sebenarnya tetiba je ada mood nak bagi tazkirah pagi yang tak berapa cerah lagi ni. Pernah tak kamu bekerja dengan atau terpaksa satu group dengan musuh ketat kamu? atau pernah tak kamu satu group dengan kekasih hati yang tersayang?

Apa reaksi kamu kalau terpaksa satu group dengan golongan di atas?
Jika kamu boleh buat kerja dengan baik tanpa rasa tergugat atau boleh buat tugasan dengan bahagiannya, tahniah!!

ok.Pasal musuh ketat...Tak tahu la kalau masih ada musuh ketat di usia yang sepatutnya berfikiran matang ni...tapi make sure sentiasa be positif dan cuba berlagak biasa walaupun susah. Jangan lah buat tak endah kalau dia tanyakan pasal tugasan yang perlu dilakukan. Dan yang paling penting, jangan pula kita hasut groupmate yang lain untuk pulaukan dia..Be mature..Kontrol emosi tu.Kikis sikit sifat kebudak-budakan tu..

"awak jangan kawan dengan dia..kalau awak kawan dengan dia, saya tak nak kawan dengan awak"

Pernah dengar dialog tu? Zaman budak-budak dulu memang la boleh..Tapi tak kan umur dah boleh jadi mak budak pon nak buat perangai yang sama kan. Kalau memang tak boleh hadap  musuh abadi tu, just buat tak nampak dan bercakap bila perlu je. Not a big deal kan?

Pasal kekasih hati pula..kalau kekasih kamu dalam kelas yang sama, for sure kamu berdua akan nak satu group at least once.Betul tak. Kat sini nak nasihat sikit bagi golongan kekasih yang tengah loving-loving dan tak dapat dipisahkan sampai semua perkara perlu dilakukan bersama-sama even untuk grouping, just be profesional. Jika kekasih anda ketua kumpulan, make sure dia tak berat sebelah. Just lebihkan anda je sampai timing meeting group atau apa-apa tugasan, perlu dapatkan cop mohor anda. Haish.. 

Tak salah pon nak tunjukkan kasih sayang yang tiada tandingan tu, cuma kadang-kadang perlu tengok tempat dan situasi jugak. Jangan sampai tak ada orang nak jadi groupmate anda.

sekian..=]

Saturday, March 2, 2013

~when everything goes wrong~

Pernah tak kamu semua bangun tidur dengan mood yang sangat bahagia but then everything yang kamu buat jadi huru hara? Semuanya jadi tak kena?
Menyakitkan kan??

Kita cuba untuk keep positif tapi makin lama makin haru..Makin menyakitkan..Makin besar dugaannya..

Semalam aku bangun tidur dengan mood yang tersangat bahagia. Nothing to worry even nak hantar report praktikal.Semua dah siap.Cuma tunggu print je.
So dalam tengahari aku ke kedai print biasa (Darn Lukis punya kedai print). Bila dah print baru tau ada part yang tetinggal..Auch..Tapi okla.Baru jam 1.30 petang. Kena hantar sebelum jam 4 petang. So sempat la aku save balik apa yang patut ditambah dan diprint. Tak ada lah susah sangat. Aku ambil kesempatan ni untuk edit apa yang patut.

Since Drn Lukis tutup time solat jumaat, so aku santai-santai je dalam studio.Online..tonton cerita.. Ada member nak pinjam selipar untuk solat jumaat since dia pakai selipar.So aku on je la.Bukan aku nak kemana-mana pon.Time ni mood still ok.

Darn Lukis buka balik jam 2.30 petang tapi member yang pinjam selipar tu still tak muncul-muncul lagi even dah jam 3. Haish..Lama bebeno solat jumaatnya. Aku pon pinjam selipar member walaupun tak berapa muat.Janji boleh pakai.

Elok aku baru nak start motor, member aku tu sampai.Aiks..Selipar yang dia pakai tu bukan selipar aku.Hurm..Tak apalah.Nantilah setelkan. Aku nak setel pasal report tu dulu.Sampai je kat Darn Lukis, ramai sangat orang dan semuanya muka budak studio aku yang nak print out report juga. So aku decide just nak print out je report dan akan binding kat tempat lain. Memandangkan report tu aku dah binding masa first print, jenuh jugak nak cari kedai yang ada binding yang sama. Nak pusing ke Darn Lukis balik, memang jauh jugak la.Plus malas nak patah balik.Nasib baik ada jugak kedai yang ada lepas hampir 8 kedai yang aku tanya. Ok la walaupun binding tu tak berapa kena sangat.Just hampir sama.

Time tengah-tengah rushing ni, banyak betul transport especially kereta bawa slow je depan aku. Wahai  sayang-sayang sekalian, aku nak cepat ni..haish..Potong? Jalan sempit la sayang..Akhirnya aku berjaya hantar report tu tepat pada masanya. NO!! Lewat 2 minit kalau tak silap.Nasib baik tak Kak Linda tak ambil kira masa.
OK.Skang pasal selipar aku pula.Rupa-rupanya selipar aku tu hilang.Means dah dirembat.Paham-paham lah kalau time solat jumaat kan. Dan member aku rembat selipar lain yang nampak lebih kurang sama macam selipar aku.Wait.. aku kenal selipar aku ok.Walaupun hanya selipar jepun fipper yang beli kat downtown je, tapi tu la yang duk teman aku beberapa minggu ni.Sayang kot.

Time ni mood aku boleh tahan lagi la.Just sedikit panas.Then aku ke Pejabat Keselamatan.Nak dapatkan stiker UPM untuk motor. (sebelum ni pernah kena tahan dengan pegawai keselamatan UPM). Dengan niat murni suci tu, aku cuba luangkan masa yang ada tu.Tapi ramai sangat orang. Tunggu dann buat je la?NO!! Dengan mood yang tak berapa stabil ni, memang tak mungkin aku boleh tunggu dalam pejabat tu semata-mata untuk dapatkan stiker kolej tu. Kirim salam lah.Mungkin ini bukan rezeki aku lagi.Kalau satu sem aku boleh bawa motor tanpa stiker, tak kan tak boleh bertahan untuk beberapa hari lagi kan? Minggu depan la aku Ambil stiker tu.

Memandangkan baru jam 4 lebih(tak sampai 4.30 petang lagi), aku consider jalan tak jem lagi time-time macam ni. So aku decide nak ke Mines. Boleh hilangkan rasa tension kalau tengok buku-buku yang comel konon-kononnya. Tapi jalan jem giler.WAIT..Baru jam berapa ni??BUkan ke jam 5 petang baru habis kerja ke? Kalau kerajaan pon, jam 4.30 kan?? kenapa kamu semua keluar awal ni????? Time ni memang aku tak boleh control emosi aku. Memang heavans la...

Sampai je kat Mines, parking pula tak ada.Ramainya motorist yang datang Mines time macam ni.Tak ada masa lain ke yang kamu semua nak datang.Kalau aku tahu macam ni, awal-awal lagi aku balik kolej je.Boleh rehat-rehat.Dua kali round juga baru boleh dapat parking.Hurm...Nasib baik ada. Then alang-alang dah sampai ni, aku masuk je la.

Kebetulan masa aku sampai, bau masuk Asar.Alang-alang tu solat dulu la.Bajet boleh spend masa lama sikit dalam bookfair (big bad wolf kat MIECC, sebelah Mines).Memang ramai yang tak terkira dalam bookfair tu.Yang nak bayar pon beratur panjang.Tapi it's fine la. Aku release tension je dulu dengan tengok buku-buku yang comel dan cambest. Dah sejam lebih belek-belek buku, decide nak bayar la kan.Tapi tak sanggup pula nak beratur panjang. Lagipun perut dah menyanyi lagu nasyid. OPs..baru teringat.dah seharian tak makan.jam dah pukul 6 petang.Memang pengsan dulu kalau nak tunggu bayar ni. So dengan perasaan berbaur, aku letak balik buku-buku yang aku dah pilih tu. Menangis dalam hati.

Memang Tuhan sayang aku lebih ahari ni...Resit parking hilang!!Macam mana ye?Aku try tanya kat kaunter security dan diorang cakap kena bayar ganti rugi rm20. Mungkin bagi kamu semua nilai tu sikit je tapi bagi aku, rm20 tu boleh buat duit makan untuk beberapa hari kot. Mungkin sebab tension dari awal lagi, aku rasa terbeban. Memang totally lost. Aku cuba call beberapa orang kawan.Tahu bukan diorang boleh membantu sangat tapi at least rasa lega sikit boleh share 'bebanan' tu dengan orang lain.Unfortunately, nobody answer me.Thanks a lot. Dengan kepala dah tak berapa betul, aku ke mall balik. Dah tak tahu nak buat apa. Mungkin aku terpaksa juga bayar rm20 tu. 

Dalam kepala duk fikir, "kenapalah aku hilangkan resit tu..Kalau tak , bayar rm1 je.tak ada lah burn rm20"..

Tapi Alhamdulllah aku jumpa juga resit aku.Terjatuh kat area parking kereta. Memang rasa nak sujud syukur je. Then akhirnya aku boleh keluar. Kepala aku nampak katil je.Tak sabar nak sampai kolej.Tapi tak semudah tu.Jam 6 petang memang timing yang paling 'tepat' untuk aku keluar.Peak hour kot. Memang pack.Even moto, tak ada ruang nak menyelit.Yang paling best, terpaksa u-turn jauh sebab jalan biasa kena block oleh pegawai yang berdedikasi.

Memang kepala aku dah tak boleh fikir. Kenapa hari ni hidup aku jadi huru hara? Apa yang Tuhan nak tunjuk sebenarnya? Mungkin aku tak sedar betapa aku banyak buat dosa.Mungkin aku tak sedar aku jauh dari-Nya. Mungkin aku tak sedar yang aku tak letak sepenuh pengharapan kepada-Nya. Mungkin Allah nak aku jadi insan yang lebih kuat. Aku pernah dengar satu ayat yang menyatakan Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu menghadapinya.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Aku sedar bukanlah besar sangat dugaan yang aku hadapi n kalau nak dibandingkan dengan orang lain, tapi bila bermain dengan emosi dan perasaan...perkara tu menjadi berat. Tapi yang pasti, perkara-perkara sebegini membuatkan kita semakin dekat dengan-Nya. Bila jiwa terasa kosong dan akal seakan tak boleh berfungsi, kita akan jadi telus untuk meluahkan segala-galanya pada-Nya. Masa ni kita akan sedar yang tak ada sebaik-baik pendengar selain dari-Nya.

jadi sentiasalah berbaik sangka dengan segala sesuatu yang berlaku dalam hidup kita..=]


Wednesday, February 27, 2013

~FYP~

salam kawan-kawan..=]
semoga sihat seadanya.keep smile..maintain cun deh..=]

Sem ni sem last.Rasanya most of us tahu kan ma maknanya FYP? FYP adalah singkatan daripada perkataan Final Year Project yang mana harus dilakukan oleh semua pelajar tahun akhir. Masa ni la kita akan apply semua yang telah dipelajari selama bertahun-tahun kat IPTA atau IPTS atau mana-mana tempat belajar yang sama waktu dengannya.

Fuh..Untuk mengelakkan kita stress dan ternsion tak memasal disebabkan FYP, disyorkan agar kita pilih tajuk projek berkaitan dengan perkara-perkara yang kita minat.Sebagai contoh, Landscape Architect perlu design space.Means outdoor space. So kami perlu mencari isu-isu semasa yang berkaitan dan cari jalan penyelesaian. Macam-macam tajuk kawan-kawan aku pilih. Pasal urban farming...pasal historical area...pasal sensitif area...pasal global warming..dan macam-macam lagi la..Aku??

Aku sangat minat kanak-kanak. Sangat comel kot insan-insan yang tak banyak dosa ni.. 
terupload oversea punya kanak-kanak pula.hee
So kali ini aku buat tajuk yang ada kaitan dengan kanak-kanak. At least aku boleh buat kerja dengan tenang (harapannya lah). Dan yang pasti aku dapat kurangkan stress mengadap kerja-kerja ni.
Site? Mostly kawan-kawan merangkap studiomate pilih hometown masing-masing. Memandangkan aku perlu meminimunkan kos dan masa untuk buat site inventori, aku pilih kawasan KL je. Dekat dan ada saudara yang tinggal kat area yang aku pilih. Jadi, aku boleh melawat mereka dalam masa buat site inventori. Bak kata orang, Menyelam sambil minum air.hehehe

Memandangkan aku mudah terpengaruh dengan emosi sendiri untuk buat kerja, aku perlu cari kondisi yang sangat selesa supaya aku bersemangat untuk buat kerja.So aku dah set up tempat sendiri dengan baik punya. Plus dah kemas. Ops.. aku beli pc (menggunakan duit pt) sebab laptop dah uzur plus budak design kena guna banyak software yang berat-berat. Then tadi beli tudung yang senang nak pakai. Beli kat downtown je. Nak tunjuk tapi xley nak upload ga,bar.Next time la ye.=p

Ops..lupa nak bagitahu.Proposal FYP dah diterima.Sekarang proceed utk buat site analysis dan inventory. Esok aku nak ke DBKL untuk mintak base map dan terus ke site kalau sempat.

Hope jumpa lagi next time.Ceria Sokmo deh.Salam.=]

Thursday, February 21, 2013

~final sem~

Assalamualaikum dan selamat pagi..=]

Maaf sebab agak lama tak menulis (konon-kononnya).=p
Minggu ni sibuk sikit sebab minggu ni merupakan minggu pertama aku sebagai final year undergraduate student of landscape architecture.

Excited terlebih. Hehehehe..
Sem terakhir. Killer Sem. Fuh.... Mood untuk final sem ni macam berkobar-kobar disebabkan dah lebih kurang 8 bulan tak masuk studio sebab sem lepas aku praktikal selama 24 minggu (6 bulan). Maknanya 8 bulan tu jugak aku tak berjumpa kawan-kawan yang tercinta.Cewah..

Hari pertama (Isnin lepas) memang agak awkward sikit sebab dah lama tak jumpa. Masing-masing dah nampak mature. Nampak lah perubahan dari segi percakapan dan yang paling ketara pemakaian for sure.

Macam biasa, hari pertama pasal studio. Penyelaras studio untuk sem ni adalah En. Nazri. Tak pernah lagi bekerjasama dengan beliau. Beliau memang akan pegang final year students je. ops.Beberapa hari lepas dia dapat baby baru (anak keempat). Baby girl. Tahniah En Nazri..=]

Ok. Berbalik pada topik asal. Hari pertama bincang pasal FYP for sure. Then pasal trip dan sedikit nasihat berguna. Lastly pemilihan ketua kelas. Comel kan.hehehe
Nak tahu siapa tunjang kelas kami sem ni??
jeng....jeng...jeng....

ni dia ketua dan penolong kelas.Yup. That's me.
Selepas tadah telinga mendengar beberapa wasiat dari ketua kelas, kami setelkan setting studio. Keistimewaan final year student adalah masing-masing mempunyai space sendiri yang selesa dalam studio. Siap ada partition.

Jom kemas studio.
Ni base plan untuk layout studio. Cukup untuk 34 orang.


Studio di cat baru by lecturers and staffs.  Bak kata  ketua jabatan. "dengan penuh kasih sayang"..Love them..<3 <3 <3


Ni daripada pandangan depan.

Partition untuk setiap student. Macam kat ofis je.

'My studio, my heaven'. Penuh semangat nak jadikan studio macam rumah sendiri.

Ni tempat aku.Ops...bersepah sikit. Dah ada tempat tidur.hehehe
Harap momentum untuk sem baru ni tak merudum. Good luck kawan-kawan..Chaiyok-chaiyok!!

Doakan moga taun ni kami semua dapat bergraduate bersama-sama.=]