Wednesday, August 21, 2013

heart vs mind


pelik hidup ini..akal memaksa hati untuk teruskan dan menerima semuanya sebagai takdir terindah dengan penuh kesabaran namun hati tetap berdegil.Apabila terlalu mengikut kata hati yang enggan mengalah, kebodohan sering berlaku..

Sunday, August 18, 2013

puasa vs kerja

Hari ini dah masuk 8 syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir batin.Mesti semua masih dalam mood raya. Ada yang masih berkunjung ke rumah rakan-rakan, dan ada yang dah start kerja.

OPs, cakap pasal kerja.Esok aku dah start kerja sebagai Junior Landscape Architecture.Doakan semuanya ok.=]

Bukan nak cerita pasal kerja tetap tu, cuma pasal kerja semasa bulan puasa yang lepas.Sepanjang bulan puasa aku bekerja di kedai kuih. Kedai Kuih Cek Tar. Memang banyak perkara yang aku belajar sepanjang bekerja di sini. Bukan sahaja mengenai cara berurusan dengan pelanggan, tapi juga mengenai kehidupan. Yup. Puasa kali ni memang penuh makna..

Ops, kesempatan bekerja di sini menyebabkan aku celik dengan kuih muih tradisional Terengganu, lebih-lebih lagi yang hanya akan ada pada bulan puasa.