Tuesday, January 29, 2013

~ketenangan~

salam sejahtera.harap kawan-kawan sihat seadanya.keep smile....maintain cun~~

malam ni just nak cakap pasal ketenangan jiwa...semakin kita membesar, semakin banyak perkara yang perlu kita hadapi.perkara yang kadang-kadang mencabar emosi dan fizikal.masalah keluarga..masalah kawan-kawan...masalah kerja..masalah persekitaran..dan macam-macam lagi...

kadang-kadang kita berjaya menghadapi semua ini dengan langkah yang tenang dan teratur.tapi kadang-kadang kita terjatuh dan terluka.kadang-kadang hati kita kuat untuk berdepan dengan apa jua rintangan yang berlaku tapi kadang-kadang hati kita rebah tanda tak terdaya lagi.

pernah juga kita menangisi kenapa semua ini terjadi pada diri kita.padahal setiap yang berlaku ini mendewasakan diri kita.aku pernah terbaca somewhere  yang menyatakan 'Allah tak akan menguji sesuatu di luar kemampuan hamba-Nya' dan 'ujian tu tanda kasih sayang Allah'.means apa yang aku paham la, semakin kita diuji, tandanya semakin kita menjadi kuat dan disayangi Allah.err...betul ke ayat aku ni?harap kamu semua paham la..

erm..sebenarnya ayat panjang lebar dan bermadah puitis di atas sekadar entry je.aku cuma nak share apa yang aku selalu buat untuk kurangkan tekanan jiwa.lebih-lebih lagi bila nak siapkan projek studio.hehehe

firstly aku akan manjakan diri sendiri.makan makanan yang sedap-sedap.tapi kalau poket kosong, memang tak la jawabnya.=p

second, aku akan ke nurseri kanak-kanak.tempat yang aku pernah kerja sebelum ni.buat apa?main dengan budak-budak.bila kita bersama budak kecil, seriously kita akan lupa semua masalah kita.tak percaya?cuba la. aku pernah baca satu status kat facebook; bau baby adalah bau dari syurga. aku tak tahu itu adalah fakta atau auta tapi memang bau baby boleh memberi ketenangan yang luar biasa.

third, aku akan ajak kawan-kawan yang satu kepala untuk buat kerja gila.means perkara yang luar biasa yang kami belum pernah buat atau apa-apa saje idea gila yang agak masuk akal untuk dilaksanakan.

fourth, kalau perkara yang menyedihkan atau menyakitkan hati yang berlaku, selalunya aku akan jalan kaki dan naik bas pusing-pusing area akademik dan kolej sorang-sorang.time-time macam ni memang memerlukan aku bersendiri sebelum aku boleh bersosial kembali dengan orang sekeliling.

fifth, mandi dan tido..memang nampak macam ntah apa-apa tapi berkesan je bagi aku.merehatkan minda dan jiwa dari dunia realiti ni.

ini je la perkara yang aku selalu buat untuk mencari ketenangan diri.hehehe..
tapi yang paling afdal; kita ambil wuduk, solat sunat atau baca al-quran.Insya'Allah kita akan tenang.aku masih belajar untuk melakukan semua ini.=]

salam sejahtera kawan-kawan sekalian..still sihat walafiat?alhamdulillah..keep smile dan maintain cun~~

tadi aku call mak aku.alhamdulillah mak aku dah sampai terengganu dengan selamatnya.sebenarnya aku tak tahu pun yang mak akan stay kat melaka just for a few days.seriously aku ingatkan mak akan stay kat melaka sampai kakak ipar aku habis pantang.

nasib baik perasaan teruja berlebihan tu membuatkan aku sampai ke melaka on time.kalau tak, entah bila lagi aku boleh bersua muka dengan mak.entah bila lagi aku boleh merasa masakan made from mak.

rindu? for sure la aku rindu.die insan yang paling istimewa dalam hidup aku.kenapa tak balik kampung?tu adalah persoalan yang selalu sangat orang tanya.bukan niat nak lupakan kampung halaman.jauh sekali nak lupa asal usul aku. walau ke mana aku pergi, aku still tak akan lupa yang aku ni lahir dalam teratak buruk kat kampung felda kat setiu, terengganu.kenapa aku perlu malu dengan asal usul aku pula?ni semua bukan alasannya la.

semua itu tak penting.yang penting aku dapat jumpa mak dan baby baru..ops.baby baru bernama NurJannah binti Kamaruddin.so simple tapi sangat bermakna.jannah ada seorang abang dan seorang kakak yang bernama mohd nazri dan nurnisya adawiyah.=]

Monday, January 28, 2013

~m.a.k~

salam..apa khabar kawan-kawan semua?macam mana dengan hari minggu?mesti seronok kan sebab ada extra sehari sempena perayaan Thaipusam ( entah betul ke tak aku eja) kan?mesti semua pakat ambil peluang balik kampung, lebih-lebih lagi yang bekerja..

sama juga dengan aku.weekend kali ini sangat menyeronokkan dengan kelahiran anak saudara baru.perempuan..hari ni (28 JAN 2013), genap 11 hari kelahiran puteri abang aku yang menetap di Melaka.Paling best, mak aku datang Melaka.yeay!!

sebenarnya hampir 4 atau 5 bulan aku tak balik kampung...means tak jumpa mak aku yang tersayang.setakat dengar suara di corong telefon je.mana nak sama dengan jumpa depan mata kan.at least kalau depan mata, kita boleh bermanja (bermanja la sangat)..

mak aku datang melaka dari hari selasa minggu lepas (kalau tak silap la).so memang aku dah niat nak balik melaka.nak tengok baby baru plus jumpa mak plus tukar motor dengan abang.

jarak melaka dengan serdang tak ada lah jauh sangat.dalam sejam setengah ke dua jam je dengan motor.tak  boleh bawak laju-laju, bahaya.
aku sampai ke rumah abang aku sekitar jam 10.30 pagi. dan tengahari tu mak aku masakkan masakan kegemaran aku. sebenarnya 2 hari sebelum balik melaka lagi aku dah order makanan kegemaran aku tu.hehehe..walaupun aku ada kakak kat puchong yang boleh tolong masakkannya, tapi manakan sama dengan air tangan mak.sangat jauh bezanya.

erm..sebenarnya aku nak sambung lagi tapi mata dah bagi sign untuk tidur..haish..so baik aku undur diri dahulu buat seketika.nanti aku sambung pasal weekend yang menyeronokkan ini..=]

Thursday, January 24, 2013

~k.e.m.b.a.l.i~

Assalamualaikum..apa khabar kawan-kawan semua?harap sihat macam selalu..keep smile..maintain cun..=]

Rasanya memang dah tersangat lama aku tak update apa-apa kat blog ni.dan sejujurnya aku hampir lupa yang aku ada blog.haish...

aku memang ada satu tabiat buruk :hangat-hangat tahi ayam..masa mula-mula nak buat something, memang semangat gila.then bila dah boring, terus lupa.tinggalkan macam tu je.jangan ikut perangai tak elok ni.sangat tak elok ok.

kawan aku pernah nasihat aku masa aku mula-mula try nak buat blog ni..."pastikan sentiasa update.jangan hangat-hangat tahi ayam je.at least seminggu sekali pom tak apa."..dan aku cuba untuk ikut nasihat dia..mula-mula memang tak miss seminggu sekali tu, but bila dah mula masuk sem baru...dengan projek yang bertimbun...dengan tekanan yang melampau....aku jadi makin jauh dengan blog ni.

kenapa aku nak aktif balik? aku rasa aku perlukan satu ruang untuk luahkan apa yang aku rasa.aku tak kisah kalau tak ada siapa yang nak baca blog aku. aku cuma nak luahkan apa yang bermain kat fikiran aku.at least boleh kurangkan sikit tekanan perasaan..

kali ini aku akan cuba mantapkan guna bahasa melayu standard walaupun ayat berterabur dan terselit perkataan-perkataan inggeris.aku cuma nak improve komunikasi (even ni hanyalah penulisan) aku je.


apapun, harap ni adalah permulaan untuk aku terus berblog..=p