Friday, May 12, 2017

kenduri

Tahun lepas dan sebelumnya ramai kawan yang kahwin termasuk la teman-teman rapat.  Banyak majlis yang terlepas secara tidak sengaja mahu pun secara sengaja.  Boleh dikatakan semua majlis perkahwinan aku tak pergi kecuali majlis teman rapat. 

Secara amnya aku memang kurang gemar ke tempat keramaian macam ni.  Tempat di mana kemungkinan besar kita akan berjumpa kawan-kawan lama.  Berjumpa kenalan lama ni ibarat mencungkil balik kenangan-kenangan lama yang sedaya upaya aku nak lupa.  Kalau boleh nak bungkus semua kenangan tu dan campak ke lautan dalam.  Ya.  Aku belum matang dan terlalu negatif untuk berdamai dengan kenangan-kenangan tu. 

Tapi heyy.  Tahun ni dah menginjak bulan May dan aku dah pergi lebih kurang 5 ke 6 kenduri.  Dan sejujurnya agak teruja untuk makan nasi minyak. Sedap kot.  Dan aku cuba keluar dari zon terlalu selesa untuk berjumpa kawan-kawan lama serta kenalan baru.  Dan aku masih berusaha untuk berdamai dengan kenangan lama sebab aku sedar kita tak akan mampu untuk menghapuskan kenangan lalu dan tak akan mampu untuk bertenang serta berasa aman selagi kita tak redha dengan apa yang telah terjadi dalam hidup kita.

Kenangan manis dan pahit itu sememangnya menjadikan kita hari ni.  Kenangam manis mencipta memori yang terindah dan kenangan pahit menjadikan kita kuat. Terima dan redha.  Itu kunci untuk terus melangkah ke depan.  Berusaha untuk menjadi lebih baik.

Minggu lepas aku berjaya ke majlis teman zaman belajar seorang diri.  Seronok rupanya sebab bagi lebih banyak peluang untuk kenal orang baru. Kawan baru lebih tepat jawapannya. Aku  berpeluang berkenalan dengan jurumekap member. Senang la nak deal kot2 perlukan khidmat dia nanti.  Ehem.

Besok ada kenduri cukur jambul anak member dan aku dikehendaki berada di depan rumah beliau selepas subuh.  Di Senanwang.  Pukul berapa mahu gerak?  dan pukul berapa nak bangun pagi esok?  dan mampu ke bangun awal kalau sekarang (1.45pagi) pun masih belum tidur?  Esok konpem la aku kena tolong keluarga member.  Jangan tertido dalam kereta sudah la.