Tuesday, July 9, 2013

Ajaibnya Cinta

Salam satu Ramadhan..Hee..Pagi-pagi dah cakap pasal cinta.
Sebenarnya aku berminat nak cakap pasal betapa ajaibnya cinta.
Ops..Ni bukan pasal cerekarama Ajaibnya Cinta yang dilakonkan oleh Johan Ashari dan Umie Aida.

Tapi tentang betapa orang yang sedang hangat dilamun cinta ni sanggup buat apa saja untuk orang yang dicintainya..

Walaupun sedar ada banyak keraguan serta penipuan yang dilakukan oleh pasangannya, namun dek kerana rasa cinta dan sayang yang menebal, dibutakan semua itu. Baginya semua itu hanya sementara. Walaupun hati sangsi tapi diberi segala kemungkinan untuk sedapkan hati..untuk menutup kesangsian itu. 

Bila semuanya sudah berakhir..bila otak sudah dapat berfungsi dengan sewarasnya, barulah kita sedar betapa bodohnya kita terpedaya dengan semua itu.

Jadi, jika hati dipenuhi cinta, jangan sampai pemikiran pun dibutakan dengan cinta. 

Apa?? Ada yang tak pernah tengok cerita Ajaibnya Cinta??
Seriously cerita ini sangat lawak. Kamu semua patut cuba tonton.=] 

Friday, July 5, 2013

move on, dude..


Jangan pernah menyesali keputusan yang kita pernah buat. Jangan pernah tangisi perjalanan hidup kita. Ada sebab kenapa setiap perkara yang menyedihkan itu berlaku dalam hidup kita. Untuk menjadikan kita lebih kuat dari semalam.

Terima kasih untuk semua yang telah kamu beri. Aku tak pernah menyesal kenal kamu sebab kamu banyak mengajar aku erti hidup. Thanks a lot. Walau sekejap tapi sangat bermakna.


Wednesday, July 3, 2013

Alhamdulillah....

Semalam adalah hari moderation. Semua lecturer akan fight untuk tentukan grade each student BLA4 (studio kami).

Semua orang memang cuak sangat sebab moderation day ni akan tentukan samada kami boleh graduate sama-sama tahun ni atau ada yang sangkut.

Memandangkan kami tak boleh ada kat studio untuk sesi moderation ni, kami 
jalan-jalan kat The Mines. Ops, hanya group kecil. Dalam 15 orang.Mostly dah balik kampung.

Hanya 10 girls dan seorang lelaki je yang pergi dulu.Diorang decide nak makan dulu, tapi aku puasa (puasa ganti tak habis lagi). So aku just jalan-jalan je dulu.Sorang-sorang?? Tak ada lah. Bunga (one of my classmate) yang temankan.

Bila yang lain-lain dah siap makan, kami gerak ke bowling sama-sama. Tunggu boys pula sebelum main.Tapi diorang ada problem sikit dan akan sampai lambat, so kami buat aktiviti lain; ada yang tengok wayang, ada yang karaoke dan ada yang temankan karaoke sementara tunggu boys datang untuk main bowling.

Setel karok dan tengok wayang, masing-masing ke tempat bowling. Santai-santai sementara tunggu kami yang main bowling setel.

Tengah syok santai-santai, ada lecturer call. Inform yang semua orang lulus dan boleh bergraduate bersama-sama tahun ni. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Then kami nak naik cruise kat Mines tu konon-kononnya, tapi batal last minit. Then pakat ramai-ramai makan kat bangi. So, here we are....."Ana Ikan Bakar Petai"...

Memang semua berselera makan memandangkan masing-masing lega boleh bergraduate tahun ni. Dan ni mungkin makan malam terakhir bersama-sama macam ni. Hopefully tak la. Hopefully kami masih berpeluang untuk habiskan masa bersama-sama macam ni lagi. Sayang kamu semua!!!

Bila perut dah kenyang, mata pun dah berat. Ingatkan dah sampai studio, boleh rehat-rehat. Tapi semua excited nak ambil gambar ramai-ramai. Walaupun letih, kami sangat gembira.


Last post as a student..=]

Pagi ni dah ramai yang beransur balik kampung. Jumpa masa konvo nanti. 4 tahun bersama, Aku sayang diorang dan aku tak akan lupakan mereka semua.=]

Tuesday, July 2, 2013

kuatkan hati

Semua orang impikan kisah cinta yang seromantis novel..seindah cerita fairy tales..Tapi tak semua sedar setiap kisah hidup yang kota mainkan pasti ada naik turunnya...Lupakan imaginasi penulis novel...Lupakan garapan si penulis skrip..Ini kisah kita..Kisah cinta kita...Semanis mana rasa cinta itu..Semurni mana rasa sayang tu..kita yang rasa..

Adat bercinta, pasti ada saat sedih..saat gembira..saat merana..saat bahagia...Asam garam ini lah yang membuatkan kita semakin mengenali pasangan kita.

Tapi yang penting dalam sesebuah hubungan, kepercayaan dan kejujuran..jika kejujuran sudah terhakis, macam mana kepercayaan nak dipupuk??

Tak usah menipu jika kebenaran sudah terbentang di depan mata. Just be honest..Just be yourself..