Thursday, March 22, 2012

~kasih sayang vs kemewahan~

semester ni ak beruntung sikit sebab masih ada rumet.Maknanya ada la teman berborak..teman bergaduh..teman mengumpat..dan yang paling penting boleh dijadikan diari bergerak.Selalunya aku akan ceritakan apa saja yang berlaku dalam kehidupan seharian ak pada rumet yang tersayang.Boleh dikatakan dia ni sebagai tempat ak wat konklusi apa pengajaran yang ak dapat setiap hari.hehehe..paling penting,rumet ak tak semestinya akan setuju dengan semua tindakan yang ak buat.kadang-kadang dia akan kondem ak juga tapi kalau untuk kebaikan,apa salahnya..
Setiap hari kelas ak lebih awal daripada rumet..dan selalunya ak akan mintak pendapat dia dalam soal berpakaian.maklumlah..dah besar panjang.pemakaian pom perlu dijaga.Tapi bukan bermaksud ak bergaya taw.cukup sekadar pakaian ak kena dengan umur dan tidak keterlaluan.
Satu hal lagi mengenai rumet ak ialah dia jugak budak design walaupom tak sama kos dengan ak.So die lebih memahami lau ada pape hal yang melibatkan pelajaran ni.
Sempena projek studio die,die perlu ke Kuching selama 2minggu bermula minggu lepas.DUA MINGGU?? dua tiga hari pertama boleh lah tahan.Anggap cam die stay kat studio je.Tapi bile dah sampai seminggu.....memang mati kutu la.bayangkan tiap-tiap hari balik bilik tak ada orang...kosong..borak depan lappy je.Tu pom mujur rumet ak tinggalkan lappy sebab lappy ak dah rosak.Ak pasang lagu sorang-sorang...
Bile dah rasa boring sangat duk kat bilik,ak bawak moto yang rumet ak tinggalkan tu; round satu UPM..tu je yang ak mampu.Kawan?memang la ak ada kawan-kawan yang lain tapi memandangkan blok tempat tinggal lain,malas la nak ulang alik tiap-tiap hari.Time makan n lepak je ak join diorang.
Ak rasa macam ni la perasaan anak-anak yang ditinggalkan dengan kemewahan tapi kurang kasih sayang.jadi hilang arah tujuan ..mula la nak cari jalan pintas untuk kebahagiaan sendiri.kalau terjumpa kawan-kawan yang baik tak apa,tapi kalau jumpa kawan yang tak ok?memang naya la hidup..

Sunday, March 4, 2012

berjimba??

Memandangkan hari ni cuti, ak ajak la kawan-kawan untuk makan sekali kat kafe.Bukan senang kami ada masa untuk lepak-lepak camni.memang harapan la.Sambil-sambil makan kami borak-borak sikit.Tiba-tiba kawan aku keluarkan perkataan 'berjimba'.berjimba??tak pernah dengar pon.Aku yang terlalu cetek ilmu atau memang perkataan tu terlalu asing.

Menurut kawan aku,'berjimba' tu istilah untuk berpoya-poya atau lebih sopan di'ertikan sebagai bersuka ria.Sepertmana yang kami buat semalam.Semua studiomate aku keluar berjimba.Ada yang pergi Alamanda.Ada jugak yang pergi Mid dan budak-budak cam aku yang tak sanggup tunggu ktm yang 'always on time' ni pula akan berjimba di Mines je.