Wednesday, December 28, 2011

~kami bahagia~

Sudah lama ak tak habiskan masa bersama classmate yang tersayang.Petang tadi pon ak makan sorang-sorang..pergi studio pon sorang-sorang.Punya la tak ada mood untuk kacau diorang.Semua sedang sibuk dengan esemen.Tak ada masa nak layan sesiapa.Semua dah gerak sorang-sorang.Tak ada masa nak makan sama-sama dan pergisama-sama.Semua kejar masa.Hari ni ak cuma nak spend masa untuk diri ak sendiri.Tak nak rushing-rushing.
Beli nasi bungkus je kat kafe dan naik bas lompat (biasanya naik bas ke fakulti terus).Tapi hari ni saja nak ambil angin.Lama jugak tunggu bas kat area akademik tu (fakulti ak di luar kawasan akademik).Siap kena tekel nge mamat iran lagi.hehehehe
Sampai je kat studio,terus makan.Sangat lapar.Tak ramai sangat buat masa sekarang.Petang sikit baru budak-budak lain sampai.Dengan baju sukan.Nak tahu kenapa?Sebab semua siap sedia nak main futsal.Dah lama tak main.Sementara diorang main futsal, ak pula tertido kat surau.Sangat mengantuk.
Lepas magrib kami bertujuh jalan kaki gi ke kedai makan yang terdekat untuk makan.Dalam 10min kemudian, 3 orang lagi member join kami.Sangat seronok makan ramai-ramai.Buat macam kedai kami je.Sangat seronok.Lupa sekejap pasal studio.Biler sampai fakulti semula,kami main badminton.Main badminton di malam hari dan disudahi dengan menjamu buah durian, sangat seronok.
Aktiviti kami yang seterusnya adalah menonton serita '3 idiots'.Memang heaven la hidup kami malam ni.
Bukan senang nak buat aktiviti bersama seperti ini tapi inilah yang istimewa buat kami.Semuanya bagaikan satu keluarga.Bergelak ketawa bersama-sama.Tension Bersama-sama.Sayang korang semua..=]

Sunday, December 11, 2011

~a long journey~

Orang cakap,kita mampu melakukan banyak perkara yang kurang rasional kalau dah tension.Tak kisah la benda yang mengarut atau pon yang agak pelik dengan harapan dapat 'melarikan diri' dari ketensionan tu.Betul k?

Semester ni memang banyak sangat esemen yang beratur menunggu masa untuk dibuat.Sangat banyak sehinggakan rasanya hidup ak hanya fikirkan pasal studio je 24jam/7hari seminggu.Sebelum ni,pukul 3ptg ak dah lesap dari studio.Tapi sekarang ak memang tak dapat tinggalkan studio selagi belum petang o malam.Hari biasa pula ak check in studio.Memang tido kat sana je la.Kawan ak lagi teruk.Dalam 2/3 minggu ni,die tak pernah lagi tidur kat bilik.Memang studio j.

Disebabkan jadual yang pack sangat ni,ak terfikir untuk lari sekejap dari semua ni.Ak ada inform kat kawan merangkap rumet ak(budak design jugak tapi kos lain) yang ak nak ambil angin kat pantai.Mungkin pergi Port Dickson ke.Memang teringin sangat nak tengok pantai.

Tak sampai seminggu lepas tu,kawan ak bagitau yang konpem jadi.hurm??Tak sangka die ambil serius tentang niat ak tu.Tapi tempat berubah sikit.Gunung Ledang.Jauhnya...Biar betul.Tapi ok juga.Ak tak pernah sampai sana.Tapi boleh ke kami ke sana dalam 1 hari je?Johor n Serdang ni pon ambil masa lebih kurang 3 jam.Penatnya mereka yang drive.

Plan kami berjalan seperti yang dijanjikan.7 orang yang akan join.3 perempuan dan 4 lelaki.Semuanya satu kos kecuali ak.Kenderaan pula satu kereta kancil dan satu motor legenda.Ok la tu.Kami bergerak dalam pukul 3 pagi dan Alhamdulillah selamat sampai ke sana dalam pukul 7pagi.Stuck kat tengah jalan sebab ada masalah sikit.But we can manage it.=]

Mula-mula sampai kat Gunung Ledang,rasa macam nak nangis je.Tak percaya kot yang kami berjaya sampai ke sini.Kami naik ke bahagian paling atas (untuk bahagian mandi manda) sebab kawan ak cakap tu bahagian yang paling best untuk mandi.Tingginye nak daki.Hampir tercabut kaki ni tapi disebabkan semua tengah bersemangat,digagahkan jugak kaki ni.Terpegun and terkedu melihat keindahan alam ni.Cantik sangat-sangat.Lepas dah siap setting tempat,kami terus enjoy mandi manda.Sejuk sangat air terjun ni pada awal pagi ni.Kami bernasib baik kerana tak ramai sangat orang masa kami sampai.So tak ada la malu sangat nak mandi manda.

Lebih kurang 3 jam jugak berendam baru semua orang setuju untuk balik.Itu pon masih ada yang tak puas lagi berendam.Badan ak pula dah menggigil kesejukan.Lepas dah siap salin baju segala,kami terus bergerak balik.Memang tabik la kawan-kawan ak yang masih mampu drive.Ak pula tidur je kat belakang sepanjang perjalanan.

Dalam pukul 3 kami sampai ke kolej.Sampai je kat bilik,ak terus melingkup tidur.Itu je yang ada dalam fikiran.Betul-betul tak larat untuk buat mende lain.Lepas rehat secukupnya,baru lah boleh sentuh esemen.Tapi serius memang rasa semangat untuk buat esemen lepas sesi release tension tu.Lain kali mungkin kami akan ke tempat lain pula.=]

Monday, November 21, 2011

~nobody perfect~

pernah tak korang rasa hidup korang tak adil?
Kenapa ak tak secantik dia?Kenapa ak tak sepandai dia?Kenapa ak tak sekaya dia?Kenapa ak tak boleh jadi yakin macam dia?kenapa ak tak seberani dia?
pernah tak persoalan-persoalan ni timbul dalam diri korang?
Mustahil kalau ak katakan tak pernah terklintas persoalan sebegini.Padahal setiap masa ak cuba mencari jalan supaya ak diterima oleh orang luar.Rasa seperti banyak giler kekurangan diri.Rasa kerdil je diri ni untuk berada dalam kelompok manusia yang lain.Banyak perkara yang ak lalui dengan harapan ak akan diterima.Dalam erti kata yang lain, dapat puaskan hati semua orang.

Lastly ak sedar,bukan senang nak puaskan hati semua orang.Bila kita dapat puaskan hati pihak A, tak semestinya kita dapat puaskan hati pihak B. So lebih baik kita buat sesuatu yang dapat puaskan hati kita sendiri.At least kita tak tension untuk jadi diri sendiri.Walaupun banyak kekurangan dalam diri ak,ak dah tak rasa takut sebab ak tahu semua orang ad kekurangan dan kelebihan.Mungkin ak masih belum nampak kelebihan yang ada dalam diri ak,tapi it's ok.Masih ada masa untuk ak gali kelebihan yang ak ada.Yang penting, never down sebab kelemahan diri.Mungkin kelemahan itu boleh dijadikan potensi diri.

satu lagi, jangan terlalu mengagumi seseorang sebab nanti kita yang kecewa bila kita tak dapat terima kelemahan mereka.Selalu je ak rasa macam tu,Terlalu mengagumi kawan-kawan,dan bila dah tau kekurangan diri mereka, mulalah pandangan ak terhadap mereka berubah 120%..

p/s:tak tahu kenapa bersemangat sangat nak citer pasal ni..esemen berlambak tapi ak masih boleh curi masa nak on9.isy2..mood nak makan kek buah..plez sum1 help me!!

Monday, November 7, 2011

~selamaT haRi raYa~

Salam Aidiladha untuk semua.Tahun ni merupakan tahun kedua aku beraya di perantauan.Cewah...Cam jauh sangat je.Still in Malaysia je...Cuma bezanya tahun ni ak raya kat kolej yang tersayang.Tahun lepas ak raya kat rumah kawan ak.Kat Puchong.

Awal pagi ni kami (ak dan beberapa kawan yang senasib) bersemangat berbaju kurung pergi masjid naik bas.Tak ramai sangat budak kolej yang tak balik.Mostly foreigners n penduduk sekitar yang tolong penuhkan masjid.Tak kisah la siapa pon yang mengimarahkan masjid, ak memang sangat teruja untuk sambut raya dengan kawan-kawan.Malam raya tu,ak dah mesej mereka semua.Ajak sembahyang raya sama-sama.Gila punya excited.Padahal ni first time ak sembahyang raya.Punya la kan..Dah 21 tahun, tapi ni baru nak belajar sembahyang raya.Isy5....

Lepas sembahyang raya,kami ambil gambar kenangan kat depan masjid.Konon-konon nak hantar ke ruangan Salam Perantauan la..Tengah syok-syok layan ambil gambar,nampak ada orangjual aiskrim.Bez jugak bersarapan aiskrim di pagi aidiladha.Tiba-tiba teringat kat rumah.Mak ak masak nasi dagang kalau pagi-pagi raya macam ni.Mana nak cari nasi dagang kat sini.Memang susah nak dapat lah..

Lepas tu kami decide nak tengok orang sembelih lembu tapi tak tahu kat mana.Plus tak ada transport nak gerak.So balik bilik dan semua buat esemen masing-masing je.Petang tu ak ajak kawan-kawan kait buah rambutan yang tengah ranum.Memang berbaloi la.

Aktiviti biasa yang ak selalu buat dimalam raya;mesej semua namelist yang ad dalam henfon ak.Memang satu kepuasan.Ni la peluang untuk ak keep in touch dengan kawan-kawan yang dah lama tak berhubung.Memang la a little bit sad when they didn't keep my number but it's ok.Maybe not their fault.Tapi ak memang sangat teruja + happy gila bila diorang reply.Terasa ukhwah masih berpanjangan.

Monday, October 31, 2011

~esemen~

Awal pagi lagi ak da bangun memandangkan banyak sangat esemen atas meja ni.Skecthing...design...proposal....report...hurm~~~

Projek studio pon tak start lagi.Apa yang akan jadi pada aku dalam masa beberapa minggu lagi?Zombi??? Tak nak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 30, 2011

~demam~

Memang tak dinafikan sekarang ni adalah musim demam tapi yang ak tak berapa boleh terima ialah ; takkan dengan si kecik Huda pon boleh transfer virus demam dengan cepatnye?

Mase dia sampai pagi-pagi tu ak sihat je dan dia pula selsema.Tapi petang lain pula jadinya.Dia sihat sejahtera dan ak yang selsema.hurm..













Tuesday, October 18, 2011

~derma darah~

Hari jumaat lepas ada kempen derma darah sempena minggu konvokesyen..Ak memang suka sangat bab-bab derma darah ni tapi selalu je ada halangan.Tak cukup berat la..tarikh tak sesuai la..pendek kata,memang tak ada jodoh la dengan derma darah ni.

Tapi awal tahun ni,ak berjaya menderma darah buat julung-julung kalinya.Heaven giler rasanya.Memang gembira sangat-sangat.Selalunya orang yang derma darah ni akan berasa pening dan loya lepas derma darah tapi ak still ok j.Mungkin sebab rasa bahagia terlampau tu yang menyebabkan ak masih boleh kuar jalan-jalan selepas menderma.

Berbalik kepada Jumaat lepas...Memang tarikh 14 Okt 2011 ditunggu-tunggu.Siap buat remainder lagi.Memandangkan pagi tu ak ada 1 kelas,ak siap bawak buku catatan derma darah (buku kecil warna merah) lagi ke kelas dengan niat nanti boleh terus ke dewan serumpun (tempat untuk derma darah).

Lepas je kelas,ak terus ke dewan walaupun masa tu perut ak tengah lapar.Memang muka gembira + konfiden sangat untuk menyumbang darah yang tak seberapa ni.Bila timbang berat je,air muka ak terus berubah.44 kg jer??

Dengan muka innocent,ak panggil 2 orang nurse yang ada kat area tu.
"kak,berapa berat minimum nak derma darah?"
"45kg dik"
"kalau macam ni,tak boleh ke?"
Sambil tersenyum,akak tu jawab,"adik balik makan banyak-banyak ye"..
Dush..kena sebijik..1kg je kot...

siapa sudi derma lemak sekilo??

Monday, October 10, 2011

~selamat sampai~

Alhamdulillah..Setelah seminggu di bumi asing,kami selamat sampai ke Malaysia.Sangat bersyukur kerana segala urusan di sana dipermudahkan dan berjalan lancar.

Ak sangat kagum dengan Seoul.Walaupun sudah maju kedepan,namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisinya yang tersendiri dan unik.Speechless..

Sunday, October 2, 2011

~debaran~

Esok kami akan berangkat ke bumi Seoul.Doakan moga perjalanan seminggu di sana selamat semuanya.=]

Sunday, September 25, 2011

~open house~

Memandangkan sekarang dah di penghujung Syawal,banyak betul jemputan rumah terbuka.Semua nak mengambil sisa-sisa kesempatan ini untuk menjamu sahabat handai dan jiran tetangga.

Semalam ak terima dua jemputan rumah terbuka.Iaitu rumah Amna dan Danish.Kedua-duanya adalah anak murid ak (budak-budak yang ak jaga kat nurseri tu).Ak keluar dari kolej pon dah agak tengah hari memandangkan jarak rumah mereka dengan kolej ak tak adalah jauh sangat.Sampai je kat Bangi,kakak ak dah siap dengan baju kurung.Kami ke rumah Danish dulu sebab rumah Danish agak jauh daripada rumah kakak ak tu kalau nak dibandingkan dengan rumah Amna.

Kami menjadi tetamu pertama di rumah Danish.Memang bez sebab kami dapat makan tanpa rasa segan.Banyak jugak yang ak telan.Rindu sangat dengan nasi himpit (ak biasa sebut nasi kapit).Danish pula sangat comel dengan baju kemeja dan seluar putihnya.Makin hensem bila dah berisi.Mula-mula memang dia nampak malu-malu kucing dengan ak.ye la.Dah dua minggu ak tak jaga dia.Tapi tak lama malunya tu.Lastly makan kat atas riba ak jugak.
ni gambar sebulan lepas.skang dah makin tembam.

Selepas itu,kami beransur ke rumah Amna.Niat memang la nak ke rumah Amna terus tapi bila lalu je depan rumah Huda,badan ni bagai tertarik pula untuk singgah sekejap.Nasib baik mereka ada di rumah.Selalunya memang susah untuk mereka berada di rumah time-time hari minggu sebegini.Huda menangis bila ak pegang dia.Mungkin kerana dah dua minggu tak nampak muka ak atau mungkin kerana tak cam ak pakai tudung.Mungkin kerana ak dah makin cantik.=p
Lama jugak dia pandang ak dari jauh je.Mak Huda pelawa kami makan.Memang nak tolak je sebab perut ni dah terisi dan ada sedikit je space kosong.Tu pon sebab nak melantak kat rumah Amna pula selepas itu.Tapi rasa macam tak elok pula nak tolak perlawaan tuan rumah,kami join sekali la.Selepas makan,ak cuba main dengan Huda lagi.Kali ni baru dia cam ak.Seronoknya.Terubat rindu.
sekarang pon Huda dah makin tembam walaupun tak tinggi-tinggi lagi.Dia dah tumbuh gigi dua batang kat bawah.=]

Niat nak singgah rumah Alya dahulu sebelum ke rumah Amna tapi memandangkan dah lewat petang,kami terus ke rumah Amna.Amna begitu excited tengok ak.Kakak ak cakap,tiap-tiap hari Amna tunggu ak.Terharunya.Memang sepanjang duk kat rumah dia,dia asyik berkepit dengan ak j.Lepas makan,ak bawak Amna balik ke rumah akak ak tu.Saje pinjam dia kejap.
Amna memang sayang giler kat huda.

Walaupun tak dapat jumpa semua budak yang ak jaga,tapi dah rasa syukur sangat boleh berjumpa dengan mereka yang ada ni.Ops,ak pon jumpa Haikal jugak.Haikal abang kepada Huda.=p


Dan ak abadikan semua ni dalam satu lukisan simple.






Saturday, September 17, 2011

~banyaknye esemen~

Minggu pertama bagi sem baru selalunya dianggap minggu suai kenal dengan lecturer.Mebi hanya pengenalan topik sahaja yang akan diajar.Kalau nak ponteng lagi untuk minggu pertama ni,mesti lecturer tak kisah sangat.Bagitau je la tak tahu kelas kat mana,lupe tengok jadual atau mebi boleh bagi alasan yang lebih common; tak ada tiket.Lagipun dah konfem sangat tak banyak yang akan ketinggalan untuk minggu pertama ni.

Untungnya bagi kami yang ambil kos design ni,hari pertama di kelas pertama bagi minggu pertama permulaan sem baru ni,lecturer yang baik hati dan tersayang telah bersedia dengan senyum simpul yang menawan untuk memberikan tugasan-tugasan baru.Boleh dikatakan semua subjek sudah tersedia esemen untuk kami.Walaupun dah 4 sem melalui pengalaman yang sama,tapi kali ini agak kekok untuk diterima.Mungkin disebabkan tugasan yang diberikan semakin susah.Mungkin juga kerana cuti yang lama menyebabkan otak ni banyak ber'honeymoon' ni tersentak dengan tugasan baru ni.

Sangat gembira apabila semalam cuti sempena hari 1 Malaysia.Dengan semangat berkobar-kobar,ak berharap ak dapat mencari seberapa banyak maklumat untuk esemen-esemen yang telah diberikan.Malangnya,terlalu banyak maklumat yang perlu dicari menyeb abkan ak hilang fokus tentang maklumat yang perlu dicari.Yang mana yang patut ak mulakan dulu.Kalau ak cari maklumat tentang yang ini dulu,macam mana yang tu?tambah lagi dengan maklumat-maklumat yang nak dicari tu tak ada dalam internet.Haru...Nak ke library,memang tutup la sempena cuti umum  ni.

Hari ini ak pergi ke library tapi library tutup pula.Minggu ketiga rupanya.Library akan tutup pada hari cuti umum dan sabtu minggu pertama dan ketiga.Memang haru.

Dan sekarang,ak masih lagi blur sebab maklumat-maklumat yang ak perlukan masih lagi tak dijumpai.poning~~~"

Wednesday, September 7, 2011

~r.a.y.a~

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!!!!!!!!
walaupun hari ni merupakan 9 Syawal,rasanya belum terlambat untuk ak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam.Semoga ceria-ceria di pagi raya.

Dah agak lama tak jengah blog n.Bukan niat untuk menyombong tapi keadaan tak mengizinkan.Kedai makan yang ada wifi kat depan rumah ak ni dah lama tutup.Dua minggu sebelum raya dah start cuti.Tambah seminggu cuti untuk raya.So dalam masa yang panjang tu jugak ak tak boleh on9.Biasa la,hidup menumpang je.Kenalah pasrah je.Minggu ni baru beroperasi semula.Nasib baik.=]

Ops.nak citer pasal raya sebenarnya.Raya tahun ni merupakan raya yang paling memenatkan.Ak start cuti 27/8 dan adik ak yang duk kat melaka pon nak balik ke kampung pada tarikh yang sama.Memandangkan ak dah berpakat untuk balik bersamanya,ak kena turun ke Melaka sehari sebelum tarikh tu.Maknanya ak ke Melaka selepas waktu kerja.Penatnya..

Perjalanan pulang ke kampung menaiki kereta yang ak jangka lebih praktikal dan selesa rupa-rupanya merupakan perjalanan Melaka-Terengganu yang paling lama.Banyak betul masalah.Dengan seorang je driver,memang haru la.Terpaksa berhenti beberapa kali sebab driver penat.Lepas tu kena cari barang la.Hasilnya,hampir 15 jam baru sampai ke kampung.fuhh..

Memandangkan rumah ak ada majlis aqiqah pada hari raya k-2.Kakak-kakak dan abang-abang ak yang dah kahwin beraya di rumah mertua pada hari raya pertama.Tak rasa sangat suasana raya di pagi raya pertama.Nak tengok tv pon tak boleh sangat sebab terpaksa berebut.Akhirnya ak melongo kat rumah bezfren ak seperti tahun-tahun lepas.Nasib baik ada makanan best-best.

Raya kedua sangat sibuk.Sedang semua orang sibuk melayan tetamu,ak pula sibuk melayan anak-anak buah yang ramai ni.Bile semuanya berkumpul,memang haru suasana rumah.Ada saja rancangan diorang.Tak termasuk yang baby lagi.walaupun suasana gamat macam dilanggar garuda,tapi sangat gembira.

Raya ketiga ak dah start gerak ke Melaka memandangkan adik ak start kerja keesokkannya.Perjalanan ke Melaka juga hampir memakan masa 15 jam.Saat-saat macam ni lah buat semangat ak berkobar-kobar nak amik lesen kereta dan motor sem depan.Boleh jadi co-driver untuk balik raya tahun depan.

Raya keempat pula ak balik ke Bangi.Sampai ke rumah pada lewat malam.Perkara pertama yang ak nak sangat buat kat rumah ni adalah TIDO.Nasib baik raya kelima pon cuti lagi.Boleh sambung tido.hehehe

Tuesday, August 16, 2011

~p.u.a.s.a~

Hari ini merupakan hari ke-16 Ramadhan.Tapi rasanya masih belum terlewat untuk ak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam.Bukan niat untuk menyombong dan menyepikan diri tapi ada beberapa masalah untuk meluangkan masa mengadap blog yang tersayang ni.Sebenarnya agak banyak yang ak nak ceritakan mengenai bulan yang mulia ni tapi ada kekangan masa sedikit.

Friday, July 29, 2011

~b.o.l.a~

Semalam ak ke Bandar Tasik Selatan sebab ada urusan kerja yang perlu disetelkan.Ak sampai ke BTS dalam pukul 9 malam dan terus bergegas ke tempat yang sepatutnya.Selepas 2 jam ak setelkan sedikit urusan,ak terus pulang.

Sampai je kat terminal BTS,ramai giler orang yang memakai jersi yang sedang membeli tiket komuter.nasib baik ak beli tiket dua hala.Kalau tak,memang jenuh ak nak beratur panjang.Sampai je kat ruang menunggu komuter,ak dapat lihat dengan jelas bontot komuter berlalu dengan gembiranya.Terlepas la..=[

Dalam tempuh 40 minit menunggu komuter seterusnya,ruang ni makin dipenuhi mereka-mereka yang memakai jersi bola.Dengan buat-buat muka peramah,ak tanpa segan silu borak dengan akak yang duduk sebelah ak.Rupa-rupanya diorang semua baru balik dari Stadium Bukit Jalil.Menyaksikan perlawanan bola antara Malaysia dengan Singapura.Tapi kita kalah.It's ok la.Tak ada rezeki lagi.Yang penting team Malaysia dah buat yang terbaik.

Memang ramai giler orang.Best jega dapat cuci mata time-time begini.Bermacam-macam ragam dan karenah.Yang pasti semua sedang mempersoalkan perkara yang sama.Bola dan kelewatan komuter.hehehe

Memang makin bulat mata ak melihat gaya penyokong kipas-susah-mati bola ni.Ada yang lukis bendera Malaysia kat muka.Ada yang pakai topi cam badut.Ada yang  usung bendera Malaysia.Macam-macam la.Pendek kata mata ak yang dah mengantuk ni makin galak memerhati sekeliling.Menikmati permandangan yang jarang boleh nampak ni.hehehehe

Bila komuter dah sampai,bimbang jugak kalau tak sempat nak masuk.Maklum la,ramai giler.Ak terus ke koc wanita.Selamat sikit kalau terpaksa berhimpit pon.Rupa-rupanya tak ada la ramai sangat.Siap boleh duduk lagi.=]

Saturday, July 23, 2011

~n.o.v.e.l~

Novel dan perempuan agak sinonim.Maklum la,perempuan kan berhati lembut dan jiwanya mudah tersentuh.mengimpikan hidup yang indah seperti yang terdapat dalam novel terutamanya novel-novel cinta.

Ak tak nafikan yang ak pon sangat sukakan novel dan mostly novel feveret ak adalah novel garapan ramlee awang murshid.hasil karyanya banyak berkenaan sesuatu yang agak rumit untuk diterjemahkan oleh akal normal tapi sesuatu yang tidak mustahil untuk berlaku.Jalan cerita bagi setiap penulisannya sarat dengan teka-teki dan perlu difahami dengan mendalam.Dalam masa yang sama,turut diselitkan dengan unsur cinta.Pendek kata,tak pernah puas walaupun dibaca berulang kali.

Bukan berniat untuk memburukkan penulis lain tapi kebanyakan jalan cerita untuk hasil karya novelis lain agak tidak masuk akal.Terlalu sempurna.Heronya mestilah hensem,baik, penyayang,kaya,berjawatan tinggi dan sikap negatif yang ad pon sekadar ego.Heroinnya pula mestilah miss world.Sangat cantik,lemah lembut,pemaaf dan berdikari.Seolah-olah watak-watak utama ni adalah manusia sempurna.Langsung tak masuk akal.Jalan ceritanya pula mudah untuk diteka.Mengalami tragedi yang sangat menyakitkan,berpisah dan kemudiannya bertemu kembali dan happy ending forever..

Ak still layan novel-novel jiwang ni untuk memenuhi waktu kebosanan tapi pijam dengan kawan-kawan la.kalau nak beli,konpem la ak pilih novel hasil karya novelis feveret ak.=]

Sunday, July 3, 2011

Jumaat minggu k dan dua orang member(Tim dan Diba) ke Jalan Ipoh.Ada sedikit urusan yang perlu dibereskan.Diba bawa kereta mak die.Banyak betul perkara yang berlaku.

1:Lecturer tak ada kat pejabat.So ak tak dapat amik surat penting dari dia.Diba dan Tim dah ada surat tu,

2:Sesat kat KL untuk cari Yayasan Takwa walaupun dah ada Galaxy Tab Samsung.

3:Tak dapat jumpa orang yang sepatutnya walaupun dah tunggu lama.So kitorang g Balai Seni je.

4:Jalan sesak giler.Time-time orang balik kerja kan.

5:Kereta rosak kat r&r Seri Kembangan mase magrib.

6:Solat magrib n makan burger dulu sementara tunggu ayah Diba sampai.

7:Kawan ak ada suruh ak jaga motor die.Since ak kerja kat Bangi,ak tinggalkan motor kat Kolej dan mintak tolong Irwan simpankan helmet.Malam tu memang ak nak bawak balik Bangi motor tu.Ak perlukan helmet lebih sebab ak kena hantar Tim ke Kajang dulu.Tapi tak ada sape yang ada extra helmet.Nasib baik ada adik angkat kat Putrajaya.Pinjam helmet dia dulu.

8:Tayar motor depan pancit.hurm...Perasan masa ondewei nak isi minyak.Ingatkan kena isi angin camtu j tapi rupanya memang tiub dia betul-betul bocor.Kena ganti lain.Memandangkan dah pukul 11 lebih.semua bengkel dah tutup.

9:Rasa bersalah dengan Tim sebab Tim kena kerja pagi esoknye.Ak tak pe.Cuti Sabtu Ahad.So dengan motor yang pancit tayarnya ni,ak hantar Tim balik Kajang.Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.

10:Ada member ak bagitahu yang ak boleh dapatkan nombor orang yang boleh fix tayar tu pada pam angin kat stesen minyak.Memang tak pernah perasan pon selama ni.Ak berhenti kat stesen Shell yang terdekat.Dapatkan nombor dan call.

11:Memandangkan dah pukul 12 lebih,stesen minyak tu dah tutup.Kaunter untuk minyak je buka.Memang agak menakutkan duk sorang-sorang je kat tempat asing macam ni.Polis pon tegur.Diorang suh ak tunggu dekat kaunter kat depan.Selamat sikit.Kawan ak(bukan Tim) call.Dia bimbang ak tunggu sensorang.So dia suruh ak tunggu dia.Dalam sejam lebih jugak kalau kawan ak tu nak datang kat tempat ak tersadai ni.

12:Sangat lama menunggu.Sangat takut tapi buat muka berani je.Paling takut bila ada mamat-mamat motor.Memang ak tak pandang langsung diorang.Pakcik yabg jaga kaunter suruh ak tunggu kat dalam kaunter.Selamat sikit.

13:Sejam lebih jugak ak jadi patung kat stesen minyak ni sebelum pakcik tukar tiub tu sampai.Dalam 10 min selepas tu,kawan ak pulak sampai.Lega sikit.

14:Ingatkan rm20 j kalau tukar tiub tapi mahal giler.Nasib baik ada duit cukup-cukup makan.

15:Memandangkan duit dah habis dan rasa macam blur sangat dengan apa yang berlaku,ak ajak kawan ak temankan ak jalan-jalan kat downtown sebelah Mines.Lepas tu kitorang lepak kat kedai makan yang biasa kitorang lepak.

16:Kawan ak bagitahu jalan shortcut ke Bangi.Tak ada lah dia nak hantar sebab nanti makin jauh pulak dia nak balik rumah dia.

17:Bawak motor sensorang pagi-pagi buta.Dalam sekitar pukul 2 pagi kalau tak silap ak.Pukul 3 lebih ak sampai rumah.

18:Walaupun sangat letih,jam 4 lebih baru ak boleh tidur.Mengaharapkan hari yang lebih indah umtuk keesokkannya.

Sunday, June 19, 2011

~k.o.m.e.n~

salam  semua.Ak tak taw apa masalah blog ak ni tapi seyes ak tak boleh nak komen blog ak sendiri.Kalau komen blog orang len,ok j.Ak yang bermasalah @ blog ak ni?Hurm...

Thursday, June 16, 2011

~b.l.o.g~

Dari dulu sampai sekarang ak memang ske giler membaca.Sume bahan bacaan ak sapu.Ak stat minat blog bile ak jimpa blog penulisan2u.blogspot..Penuh dengar karya2 terbaru mereka2 yang masih mentah dalam dunia penulisan ni.Sesetengahnya memiliki bakat yang sangat luar biasa.Kadang-kadang ak pon sampai menangis duk layan cerpen2 lam blog tu.Memang bez.

Blog2 orang len pon ak layan jugak.Bez.Macam-macam citer.Ada tentang perasaan,pengalaman dan macam-macam lagi.Tapi bukan tu yang ak nak tekankan kat sini.Tapi design blog diorang.Memang cun dan canggih.Kadang-kadang ad jugak terpikir untuk wat camtu tapi ak ni agak buta IT.Tak pandai sangat nak ushar pe yang nak kena wat untuk cantikkan ruangan blog ak ni.

Hurm..Ada yang volunteer tak untuk cantikkan blog ak?=p

Monday, June 6, 2011

~b.e.b.u.d.a.k~

Sekarang dah 3 hari ak jalankan tanggungjawab ak sebagai seorang pengasuh kat nurseri ni.Agak meletihkan tapi dalam masa yang menyeronokkan.Maybe sebab excited nak kumpul seberapa banyak pengalaman kerja atau sebab kanak-kanak tak pandai berbohong.

Pengalaman bekerja sebagai pengasuh ni tak ada lah susah sangat sebab sebelum ni ak memang selalu kena jaga anak saudara kalau cuti.Bermain dengan kanak-kanak tu boleh buat kita lupa segala masalah.Dengan gelagat diorang yang pelbagai ni,memang tak boring.Cuma kadang-kadang ada juga la ketensenannya memandangkan kebanyakan diorang ni kadang-kadang tak dengar cakap CIKGU SAL.hehehe 

Nak kenal sebahagian daripada kanak-kanak yang comey ni?tengok kat bawah..
 ni Naili.Baru 2 tahun.  Walaupun muka cam innocent jer,tapi nakal yang amat. Kadang-kadang die suka buat-buat tak dengar bila kita panggil.
 Ni Insyirah. Baru 3 tahun.Macam Chinese look kan?Cantik.Perangai pon 'cantik'. Perkara wajib di pagi hari adalah menangis bila ayah die k nurseri kami tapi akan ok balik lepas mandi.Sangat memerlukan perhatian yang lebih.
 Cuba teka ni boi @ gurl...Ni boi la.Ikhwan namanya. Dahh 4 tahun. Memang tak boleh duk diam.Ada je perkara yang nak dibuat.Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayannya.=p
 Penyayang kan.Ni Amna. Dah 4 tahun.Sangat mature berbanding kanak-kanak yang lain.Maybe disebabkan faktor umur kot.Ni kakak yang sangat penyayang pada Naili.Die dan Naili sangat gilakan kanak-kanak.Plus rajin dan boleh diharap.

 Cun tak awek ni?Ni Balqis.Nama secantik tuannya kan.Sangat manja.Lebih manja dari Insyirah.Hanya mereka-mereka yang tertentu je boleh layan die.Die rapat dengan empunya nurseri.=p

 Sebelah Ikhwan tu adalah Danish.2 tahun dan baru je pulang dari Brasil.Die lahir kat sane.Sangat mendengar kata dan baik hati.Die yang paling rapat dengan ak buat mase sekarang.Paling best,die suke senyum.Sangat comey.=]

 Ni Haikal.2 tahun jugak.Ak memang minat nama Haikal.Lembut j.Tapi jangan salah sangka.Empunya nama ni tak ada lah selembut namanya.Walaupun berwajah innocent,tapi nakal jugak orangnya.Sangat suke mandi.=p

 Ni afiq.2 tahun jugak.Sama golongan dengan Insyirah dan Balqis.Agak manja.Dalam masa yang sama sangat lincah orangnya.Suka sangat buli Haikal..

Cute kan baby-baby ni.hehehehe..Yang sebelah kiri adalah Huda dan sebelah kanan pula Alya.4 dan 5 bulan kot.Diorang ni tak banyak hal sangat.Baby kan.Macam baby-baby normal lain,akan menangis kalau mengantuk dan lapar.

Ni sebahagian je kanak-kanak comey di bawah jagaan kami.Nanti ak akan tunjukkan lagi kanak-kanak yang lain.Yang pasti kerja ni sangat menyeronokkan.=]

Thursday, June 2, 2011

~k.e.j.e~

Hari ni merupakan hari pertama ak kerja.Pengalaman baru.Ak kerja?Macam tak percaya jer.Akhirnye ak berjaya jugak nak bekerja.

Kerja apa?Kan sebelum ni ak da try cari banyak kerja selama 2 hari berturut-turut.Interview pon ak pergi jugak (walaupun just sekali j).Dan lastly ak kerja sekali dengan kak ak.Kerja kat nurseri.Jaga kanak-kanak.

Nurseri ni tak de lah besar sangat.Sebuah rumah 2 tingkat yang dijadikan nurseri.Kami jaga 14 orang kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun.Empunya nurseri ni baru b erumur 29 tahun.Sekarang ak dan kakak ak + empunya nurseri yang jaga kanak-kanak ini.Ak dan kakak ak tinggal kat nurseri ni dan empunya die pula duk rumah sendiri.Bez la jugak.Tak payah pikir pasal rumah sewa dan makanan.Free..

Hari pertama  agak huru hara sikit walaupun ak ada pengalaman sikit jaga kanak-kanak sebab bilangannya yang lebih banyak dari selalunya.Walau bagaimanapon,still ase hepi sebab dapat kumpul pengalaman baru.Harap ak dapat bersabar melayan karenah kanak-kanak ribena ni sampai habis cuti sem ni..=]

Tuesday, May 31, 2011

~h.e.p.i~

Hari ini ak bangun awal giler.Lepas mandi,ad 2 mizkol dari kak ak.Then bile ak msg die,die bagitaw yang ada kekosongan kat tempat kerja dia.Tahu maknanye?Maknenya ak dah dapat kerja.Alhamdulillah..Kak ak kerja kat Bangi.Nurseri kanak-kanak.Sekarang pon ak tengah kemas semua barang-barang ak untuk pindah ke sana.Bez jugak lah.Selain selamat sebab duduk dengan kakak,makanan dan penginapan ditanggung.So gaji bersih tu boleh la disimpan.=]

Ada satu lagi berita yang boleh dikatakan mengembirakan but at the same time agak pelik bagi ak.Sebagai anak FELDA, ak ada jugak buat permohonan untuk mintak bantuan kewangan dengan FELDA.Dah lebih kurang dua minggu ak hantar permohonan tu kat pejabat felda kampung ak.Akak kerani tu bagitahu ak yang die dah paskan surat permohonan tu ke Hq FELDA di KL.Tadi ak pon kol la Hq FELDA tu untuk up date perkembangannye.
"Kami dah dapat surat tu.Sekarang tengah tunggu pengarah untuk sain je.Nanti kami akan hantar cek tu"
Bila ak tanye ad pape lagi yang diperlukan tak seperti kertas kerja k..dan pape je yang sama waktu dengannya,die kata tak payah.Semudah tu je k?
Susah nak gambarkan perasaan ak sekarang ni.Hepi + konpius + bimbang.Mudah-mudahan dapat.amin..

k la..kena sambung kemas barang.Petang nanti kawan akan hantar ke ktm.So tak boleh la lambat-lambat sangat.=p

Monday, May 30, 2011

~k.e.r.j.a~

Honest to say,ak tak pernah kerja makan gaji.Memang zero la pengalaman ak.Since cuti sem yang lama plus kena cari duit sendiri support lawatan kelas yang diwajibkan tu,memang ak kena kerja.

Pengalaman pertama cari kerja ni boleh tahan jugak letihnye.Dengan muka suci ni,ak masuk dari 1 kedai  ke 1 kedai yang ad iklankan jawatan kosong di kedainya.Tak tahulah kenapa rezeki tak begitu menyebelahi ak.Maybe muka ak terlalu keanak-anakan kot.Tak pon sebab muka baik sangat.Tu yang diorang tak bagi peluang untuk ak timba pengalaman kerja yang pertama ak kat kedai diorang.Ada yang terus me-reject ak terus sebelum sempat ak mintak borang untuk diisi.Ada jugak yang terus cakap kerja da full biler tengok muke ak yang cute ni sedangkan iklan kat depan kedai tu sebesar-besar alam.Dan yang paling standard adalah yang hanya memerlukan pekerja yang berpengalaman.Normal la tu.So memang tak ada chance la budak yang baik cam ak ni nak timba pengalaman.

Tapi ada jugak la yang still bagi peluang untuk isi borang.Pastu terangkan serba sedikit pasal kerja.Pastu bagitahu jawapan standard "esok kami akan kol semula untuk beritahu jawapan o datang interview".

Sedang ak layan citer The Roomate tadi,ak dapat panggilan untuk interview kerja.Happy giler.Ondewei tu,memang macam-macam lam imaginasi ak ni.Dah terbayang camner ak akan pergi kerja.Camner shift ak nanti.Macam-macam la.Tapi bila dah makin dekat dengan tempat interview tu,makin berdebar rasanya.Nak tahu kenapa?Sebab sepanjang hidup ak selama 21 tahun ni,ak tak pernah g interview.Nak masuk u pon,ak akan pastikan kos dan u yang ak pilih ni takkan ak interview.Memang menakutkan.Terbayang macam-macam lam benak ak ni.Nanti ape soalan yang akan ditanya?Kena bawak pe?Ape yang perlu ak cakap dan apa yang tak perlu ak cakap?Apa yang ak perlu tahu?Memang banyak la.

Masa sampai kat tempat interview tu,dah ada beberapa orang yang sampai dulu.Laa....ingatkan nak interview ak seorang j.=p...ak yang last.Lame jugak die interview setiap orang.Walaupun hanya 4 pemohon j,tapi dekat 2 jam ak tunggu turn ak.Sangat-sangat letey.Bile dah turn ak,jangan cakap la betapa gabranya ak.Sampai terjujur semuanya.Walaupun seorang j interviewer,tapi ak still rase kecut perut.Nasib baik die baik.Alhamdulillah semua soalan ak dapat jawab.Lastly die cakap die akan kol semula untuk bagi jawapan dalam tempoh 3 hari ni.Mudah-mudahan ak dapat kerja tu...amin..

Sangat berharap agar dapat kerja yang sesuai dengan jiwa dan rakan kerja yang baik-baik..

Friday, May 27, 2011

~k.e.m.b.a.l.i~

salam..
rasanye dah lama sangat-sangat tak menaip.bukan menyombong atau merajuk,tapi selalu je ada masalah untuk buka blog ni.Tambahan pula busy dengan final projek.Lepas tu terus bercuti.

Sekarang ni ak kat seGi kolej (Damansara).Kak ak konvo.Sementara tunggu die n my mum dalam dewan,ak tersidai kat kafe.Alang-alang tak ada apa yang nak dibuat,baik ak on9.hehehehe

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ak 'menghilang' ni.Tapi tak tahu nak citer yang mana dulu.So ak citer sikit-sikit j la deh..=p

Final projek ari tu boleh tahan la.Ak nampak perubahan yang berlaku dalam design ak.Walaupun tak se-gah orang lain,tapi alhamdulillah ada peningkatan.Yang paling penting,ak puas hati dengan hasil kerja ak.Minta-minta tak kena extend.Memang naya la lau kena.hurm..

Tahun ni ak dapat 3 orang anak saudara baru.Semuanya boi.Alhamdulillah..meramaikan golongan adam dalam keluarga ak yang sememangnya majoriti adalah gurl.




ni ahmad fairuz..
3 februari

ni muhamad raif hakim
23 april

ni muhammad haziq
13 mei

hensem-hensem kan.Ni 1st time dapat anak ramai anak saudara dalam 1 tahun.Kiranya semua kak-kak n abang-abang ak ada at least seorang boi.


memandangkan cuti sem kali ni agak lama, ak ambil keputusan untuk kerja.Esok ak akan stay kat kolej ak untuk sementara.Dalam masa tu,boleh la ak cari kerja yang agak-agak ak boleh wat.Doakan ak dapat kerja deh.Lagipun dalam bulan 9 ni ada lawatan kelas ke luar.Lawatan ni wajib dan semua klassmate terlibat.At least dapat jugak ak cari wet untuk tampung kos lawatan tu.

Akhir-akhir ni ak rasa otak ak agak slow sikit.Bimbang lak rase.untuk mengelakkan ia menjadi makin teruk,ak bawa buku matematik.Boleh buat latihan sikit walaupun dah tak belajar kat sini.Gile kan.Kak ak pula seperti paham situasi ak.Die bagi buku sudoku (game feveret sejak sekolah lagi). Harap-harap semangat ak untuk buat latihan matematik dan habiskan game sudoku ni tak tenggelam kat tengah jalan.

Akhir sekali,ak nak share beberapa contengan ak biler tengah stress.w/pun buruk,tapi ak still nak share dengan korang.hehehehe









hurm..rasanye cukup setakat ni dahulu ak merapu.lau panjang umor,ak sambung lagi deh.So selamat bercuti kepada budak-budak sekolah, students u dan semua yang sama waktu dengannye.b epi sokmo  deh..=]

Wednesday, April 13, 2011

~l.e.g.a~

Rasanye dah lame gile x mengadap blog yang tersayang ni.Bukan niat untuk curi tulang tapi kesibukan yang terlampau.Start daripada kami balik dari Bangkok hari tu,kami terpakse fokus on subjek Implementasi dan Studio at the same time.
 Setelah 14 minggu mengadap edible garden,akhirnye tadi presentation time.Maknanye tamat sudah pengorbanan kami.Ops..edible garden tu salah satu assignment kami untuk subjek Implementasi.Bagi esemen ni,kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap group diberi area keluas 5mX8m.Task kami adalah menyediakan edible ecological garden.Kiranya macam kicthen garden la.Tanam tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.Nampak macam mudah tapi sebenarnya sangatlah susah.Kami harus buat semuanya bermula dari zero.







  Ak tak sempat nak amik the lastest pic of our edible garden.Selain daripada dapat menghasilkan kebun yang cantik ni,banyak juga side effect yang kami dapat.
  Salah satunya ialah kulit makin gelapdan tangan makin kasar.hehehehe...Nasib baik tak ada yang kawen sem ni.Kalau tak, mesti turun mas kawen~lec ak cakap.=p
  Selain itu,kefokusan kitorang (satu kelas) terhadap edible garden ni menyebabkan prestasi kami terhadap kerja studio merudum.Sangat teruk.Semua studio's lec komen dan merungut.Kami cuba bagi yang terbaik tapi untuk handle dua benda yang berat seperti ini sangat meleteykan.Siang hari,kami mengadap kebun.Hari cuti pon kami akan 'bertapa' di sini.So bayangkanlah bagaimana kami nak stay untuk siapkan master plan bila badan dah letey.Hurm..Maafkan kami lec2 yang tersayang..
  Tapi hari ini ak rasa sangat-sangat lega.Sekarang kami boleh fokus pada subjek studio sahaja.Site kami ini boleh dikatakan agak besar berbanding site-site sebelum ini.Mudah-mudahan kami dapat create a fantastic design.Chaiyok-chaiyok!!!
 

Thursday, March 31, 2011

~g.i.l.a~

Hari ni sepatutnya subjek studio j tapi memandangkan semua lecturer tak ada,boleh diibaratkan macam tak ada kelas la.Tapi sebagai student yang sayangkan facultynya,kami mai jugak ke studio.

Masa tengah lepak-lepak kat foyer sambil sarapan pagi,tiba-tiba adalah salah seorang dari kami yang terpikir idea yang cambez.Nak tukar gambar profile budak kelas kami sempena besdei die.

Sebenarnya besdei boi tu lebih kurang minggu lepas tapi die selalu je balik rumah time-time besdei die.So untuk kenakan die,kami decide nak tukar gambar profile menggunakan gambar dia dan masing-masing akan send request untuk buat in relationship dengan dia.

Untuk mengelakkan terjadinya salah paham,kami guna gambar yang sama je.+ kami tukar sama-sama.Memang kelakar.Untuk send request kapel tu,tak sangka pulak yang hanya seorang je yang boleh send request tu untuk individu yang sama dalam satu-satu masa.So hanya kawan ak yang paling awal tu je la yangboleh send request untuk die.Bagi menjayakannya lagi,kami juz buat in relationship sama-sama.Baru nampak cambez sikit.Pastu kami buat status konon-konon kami admire die.

Bila masuk studio pulak,kami suggest rakan-rakan yang lain buat mende yang sama.Nasib baik mostly budak kelas ak memang sporting.Cuma biasa lah tu bile ada yang langsung tak sporting tu.Tak kisah sangat.Tak effect pon.Ops..juz gurl je yang terlibat ni.

Bila buka je facebook sekarang ni,nampak warna merah je (warna baju dia).Memandangkan semua guna gambar yang sama,memang pening la nak tengok siapa yang komen.Tapi still fun..Thanks a lot pada yang bagi cadangan gila ni dan pada yang terlibat untuk menjayakannya..

Friday, March 25, 2011

~g.e.r.a.m~

Walaupun ak tau yang blog ni bukanlah tempat yang sesuai untuk meluahkan kemarahan,tapi ak still nak share dengan korang semua apa yang buat aktak puas hati ni.

Semalam ak ad topup celcom rm10.Tapi tak sampai sejam,kredit ak dah out.Giler betul.Padahal ak tak wat panggilan pon.Sekadar hantar meseg sekeping dua j.Mana lesapnya kredit ak tu?

Tak pasal-pasal ak kena turun ke kafe sekali lagi untuk reload.Membazir masa dan wang j la..

Bukan nak marah sangat tapi since tengah pokai ni.Semua nampak bernilai..huhuhuhu

Monday, March 21, 2011

~d.e.m.a.m~

Setelah beberapa hari berjemur panas untuk menyiapkan 'edible garden' & bermandi hujan,akhirnya ak demam..Dah lama tak demam.Bak kata orang alim-alim,sakit-sakit macam ni penghapus dosa kecil.Alhamdulillah sebab sakit.

Tapi as a normal human,demam ni agak mengganggu konsentrasi ak.Malam-malam ak agak susah nak stay up untuk gerakkan projek 'lembah bujang' tu.Bukan tu je.Kepala jadi sakit bile banyak berfikir..Konsep design pon ak tak sempat nak fikir lagi.Sempat ke nak siapkan kerja dalam masa yang ditetapkan?Tinggal 3 minggu je lagi.

Ditambah dengan beberapa personal problems,hidup ak agak horrible this week.Ak prefer untuk jadi pendiam daripada bercakap banyak.Kepala tak bape nak tenang,so macam mana nak bergumbira.Lagipun,kan lebih baik jadi pendiam..kurang la probability untuk sakitkan hati orang.

Ingin ditekankan di sini bahawa bila kita diam,langsung tak terniat yang kita sedang moody.Buat apa nak berpura-pura tengah gembira umpama sedang jatuh cinta kalau memang bukan itu yang sedang dirasai.Buat apa nak berpura-pura banyak cakap kalau memang dah xde modal nak borak pasal pe.Sangat letih la hidup dalam kepura-puraan ni.So,just be shut up.

Teruk sangat ke orang yang pendiam?Hina sangat ke kalau memang dah dilahirkan tak banyak cakap?Penting ke untuk melatih diri sendiri menjadi insan yang paling talkative dalam sesuatu group?

Tak salah untuk bercakap banyak tapi kadang-kadang mulut ni perlu senyap seketika untuk memikirkan sumthing yang lebih penting.

Thursday, March 17, 2011

~b.a.l.i.k~

Tiba-tiba je terasa rindu nak balik kampung.All in sudden..

Kalau dihitung balik,da hampir 3 bulan tak balik.Tahun ni langsung tak jenguk kampung.Sadis kan...

Kena tunggu cuti bulan 5 ni la baru boleh balik.

Sebelum ni tak ada lah rase sayu sangat kalau tak balik pon.Maklum la,boleh kata 2/3 kali seminggu ak akan kol mak ak.

Tapi tak tahu lah kenapa malam ni tiba-tiba teringat kampung halaman pula.

Dah sampai seru kot..

Friday, March 11, 2011

~s.i.b.u.k~

Tanda-tanda projek studio sudah bermula:

1. Student dah tak ingat jalan balik bilik.Kalau dulu,tak habis lagi subjek studio tapi dah menghilang.Dah balik bilik.Sekarang,bilik pon dah tak ingat.24 jam hanyalah di studio.Rumet pon dah tak kenal siapa.Kadang-kadang sampai seminggu tak jumpa rumet.Maklumlah,time ambil barang kat bilik,rumet pergi kelas.Memang tak ada peluang la untuk beramah mesra dengan rumet tersayang.Studio only.Kalau keluar pon hanya untuk beli makanan dan ambil barang kat kolej.Suasana studio sangat meriah.

2. Studio aktif pada waktu malam.Time-time biasa,memang haram la nak stay kat studio.Tapi since kerja bertimbun and kejar dateline,studio lah jadi rumah pertama.Kaulah rumahku....kaulah syurgaku.Siap ada yang bawa toto (tilam).Semua jenis sumber makanan pon dibawa.Bekalan hidup.

3. Semua muka tensen.Pada masa inilah mood masing-masing dah tak terkawal.Kalau diorang senyum pon,nampak sangat senyum plastik.Dari jauh dah dapat rasa aura panas dan ketensenan.Tunggu masa nak meledak je.So jangan pandai-pandai nak jolok sarang tebuan.Teruk padahnya.

4. Gila.Time-time macam ni,pelbagai aksi pelik yang dapat dilihat.Masing-masing akan jadi gila-gila.Memang banyak la aksi-aksi baru yang korang dapat lihat.Bez.Dan yang common sangat pon adalah menyanyi,menari,main lari-lari,kacau orang dan lagak cam budak-budak.Memang semua akan jadi macam tu.Berubah karakter.Memang masing-masing dah tak sedar umur la.

5.Tak kenal orang luar.Kalau selalunya,dari jauh tegur member-member.Sekarang,member selisih tepi bahu pon dah tak perasan.Pada masa ni,memang dah tak ada istilah buddy.Semua masuk je.Memang bez sebab masa ni lah kita boleh kenal siapa-siapa yang sebelum ni tak berpeluang pon kenal rapat.Betul-betul merapatkan silaturahim.


*ni dulu kot serba sedikit perubahan yang sangat normal berlaku bila kerja studio berjalan.Nanti kalau ada sebarang tambahan,ak akan ceritakan lagi.

Monday, March 7, 2011

~w.a.r.g.a.a.s.i.n.g~

Baru-baru ini ak ke rumah abang ak.Dan untuk balik ke kolej semula,ak kena naik bas lebih kurang sejam setengah dan komuter lebih kurang sejam.
Pada hari yang cerah tu,ak ditakdirkan duduk di sebelah mamat bangla a.k.a warga asing.Ya Allah..ak tak kisah sangat duduk sebelah sesiapa pon tapi ak sangat cerewet bab-bab bau ni.Korang paham-paham sendiri la bau badan mamat bangla ni.Sejujurnya,ak memang tak nak tunjuk sangat ketidaksenangan dalam situasi tu tapi ak sangat-sangat tak boleh tahan dengan situasi tu.Ak memang fail bab-bab kawal riak muka ni.Kena belajar lagi la.
Tahan je la.Sejam dalam bas tu umpama berjam-jam.Sangat menyeksakan.Time-time macam ni buat ak terfikir.Kalau pergi mana-mana pon kat area KL ni,konpem-konpem merata muka warga asing yang boleh ditemui.Tak kira la dari India,Siam,Thailand mahupun dari mana sahaja.Sangat ramai.Rata-rata muka non-malaysia.Macam duk oversea.Tak payah duk luar negara.
Kebanyakan mereka diimport untuk memenuhi ruang pekerjaan seperti buruh dan yang sama waktu dengannya.Yang peliknya,mereka tak pandai berbahasa Melayu dan kurang memahami bahasa kita.So,macam mana mereka boleh bekerja di sini?Macam mana mereka berkomunikasi dengan ketua masing-masing?
persoalan yang paling penting di sini,kenapa begitu ramai warga asing kat Malaysia ni? Kenapa begitu longgar kemasukan mereka ke tempat kita?betul ke atas tuntutan kerja semata-mata?
Kerajaan perlu amik tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.Bukan apa,nanti banyak pula masalah lain yang bakal timbul.Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari pula.

Wednesday, March 2, 2011

~a.i.r.m.a.t.a~

Minggu ni rasa macam ada awan mendung yang sentiasa ikut ak.Kestabilan emosi agak tergugat.
Beberapa hari yang lepas,kitorang kena present inventori dan analisis untuk site Lembah Bujang.Memandangkan ini adalah kerja berkumpulan,setiap orang ada bahagian masing-masing.
Disebabkan sebelum ni kitorang pernah menyiapkan satu projek secara berkumpulan,so kitorang ikut bahagian2 yang sama untuk projek Lembah Bujang ni.
Tak tahu mana silapnya,ak terpaksa pegang dua board.Tak sangka pula site kali ini besar dan banyak perkara yang perlu dikaji.
Disebabkan dua board yang ak pegang dan masing-masing adalah A0 paper,ak tak boleh fokus semuanya.Ak cume dapat fokus pada satu board sahaja.Satu board lagi disiapkan dalam keadaan kelam kabut.Mane sempat nak siapkan dua board sekaligus dalam mase beberapa hari je.
Pada mase presentation,kawan ak tolong presentkan board pertama (yang ak berjaya siapkan dengan jayanya-kawan ak tu pon ad la jugak tolong sikit-sikit).Dan ak present board kedua (yang ak buat dalam keadaan kelam kabut tu).
Tengok je board kedua tu,lecturer ak terus mengamuk.
"sebagai student tahun dua sem 4,memang grafik awak ni tidak boleh diterima..unacceptable!!"
"kalau awak nak fail,awak fail sorang-sorang.Jangan babitkan ahli group awak yang lain!!"
Memang sangat-sangat pedas bagi ak.Lepas panjang lebar dia marah-marah,barulah ak dapat bersuara yang ak siapkan dua board.(padahal ad je kawan ak yang buat dua orang untuk satu board).
Ayat-ayat tu menyebabkan ak rasa ak ni sangat-sangat menyusahkan orang lain. dan depan semua studiomate ak tu,air mata ak mengalir.Ak memang tak pandai nak tahan.
but i really thanks my lec coz make me realise sumthink..i need to change..i need to work hard..

Sunday, February 27, 2011

~e.s.e.m.e.n~

Boleh dikatakan semua kawan-kawan tegur kenapa budak-budak kos ak nampak relaks je.Macam tak banyak kerja nak kena setelkan.

Betul jugak tu.Biler masuk je studio,kepala terus pening fikir betapa banyaknya esemen yang nak setel dan macam mane nak bahagikan masa untuk semua-semua tu.

Yang peliknya,time keluar je dari studio,terus hilang semua perencanaan tu.Macam tak ada kerja nak kena buat.Siap boleh layan movie lagi.Mane semua esemen-esemen yang duk sibuk memoningkan kepala tu?

Biler masuk studio balik,mula la gabra kerja tak jalan lagi.Masa ni la duk menyesal tahap cipan sebab tak buat awal-awal.

Jangan cakap anda semua tak pernah alami masalah ni.At least mesti pernah sekali merasa pengalaman macam ni kan?

Kenapa otak kita seolah-olah dah diprgramkan macam ni?Lebih-lebih lagi student..Kena update balik ni..


Sunday, February 20, 2011

~k.e.b.e.t.u.l.a.n~

salam...
                                              

Ingat lagi tak gambar ni??

Semalam ak melawat booth-booth yang ada kat kolej ak sempena Fonesta 14. Nak taw apa ak jumpa?
jeng..jeng..jeng..


Bahagian rambut macam lebih kurang sama je kan?hehehehe
Bila ak nampak je beg ni,terus je teringat kat gambar tu.So tangan ak pon laju je beli beg ni..