Tuesday, May 31, 2011

~h.e.p.i~

Hari ini ak bangun awal giler.Lepas mandi,ad 2 mizkol dari kak ak.Then bile ak msg die,die bagitaw yang ada kekosongan kat tempat kerja dia.Tahu maknanye?Maknenya ak dah dapat kerja.Alhamdulillah..Kak ak kerja kat Bangi.Nurseri kanak-kanak.Sekarang pon ak tengah kemas semua barang-barang ak untuk pindah ke sana.Bez jugak lah.Selain selamat sebab duduk dengan kakak,makanan dan penginapan ditanggung.So gaji bersih tu boleh la disimpan.=]

Ada satu lagi berita yang boleh dikatakan mengembirakan but at the same time agak pelik bagi ak.Sebagai anak FELDA, ak ada jugak buat permohonan untuk mintak bantuan kewangan dengan FELDA.Dah lebih kurang dua minggu ak hantar permohonan tu kat pejabat felda kampung ak.Akak kerani tu bagitahu ak yang die dah paskan surat permohonan tu ke Hq FELDA di KL.Tadi ak pon kol la Hq FELDA tu untuk up date perkembangannye.
"Kami dah dapat surat tu.Sekarang tengah tunggu pengarah untuk sain je.Nanti kami akan hantar cek tu"
Bila ak tanye ad pape lagi yang diperlukan tak seperti kertas kerja k..dan pape je yang sama waktu dengannya,die kata tak payah.Semudah tu je k?
Susah nak gambarkan perasaan ak sekarang ni.Hepi + konpius + bimbang.Mudah-mudahan dapat.amin..

k la..kena sambung kemas barang.Petang nanti kawan akan hantar ke ktm.So tak boleh la lambat-lambat sangat.=p

Monday, May 30, 2011

~k.e.r.j.a~

Honest to say,ak tak pernah kerja makan gaji.Memang zero la pengalaman ak.Since cuti sem yang lama plus kena cari duit sendiri support lawatan kelas yang diwajibkan tu,memang ak kena kerja.

Pengalaman pertama cari kerja ni boleh tahan jugak letihnye.Dengan muka suci ni,ak masuk dari 1 kedai  ke 1 kedai yang ad iklankan jawatan kosong di kedainya.Tak tahulah kenapa rezeki tak begitu menyebelahi ak.Maybe muka ak terlalu keanak-anakan kot.Tak pon sebab muka baik sangat.Tu yang diorang tak bagi peluang untuk ak timba pengalaman kerja yang pertama ak kat kedai diorang.Ada yang terus me-reject ak terus sebelum sempat ak mintak borang untuk diisi.Ada jugak yang terus cakap kerja da full biler tengok muke ak yang cute ni sedangkan iklan kat depan kedai tu sebesar-besar alam.Dan yang paling standard adalah yang hanya memerlukan pekerja yang berpengalaman.Normal la tu.So memang tak ada chance la budak yang baik cam ak ni nak timba pengalaman.

Tapi ada jugak la yang still bagi peluang untuk isi borang.Pastu terangkan serba sedikit pasal kerja.Pastu bagitahu jawapan standard "esok kami akan kol semula untuk beritahu jawapan o datang interview".

Sedang ak layan citer The Roomate tadi,ak dapat panggilan untuk interview kerja.Happy giler.Ondewei tu,memang macam-macam lam imaginasi ak ni.Dah terbayang camner ak akan pergi kerja.Camner shift ak nanti.Macam-macam la.Tapi bila dah makin dekat dengan tempat interview tu,makin berdebar rasanya.Nak tahu kenapa?Sebab sepanjang hidup ak selama 21 tahun ni,ak tak pernah g interview.Nak masuk u pon,ak akan pastikan kos dan u yang ak pilih ni takkan ak interview.Memang menakutkan.Terbayang macam-macam lam benak ak ni.Nanti ape soalan yang akan ditanya?Kena bawak pe?Ape yang perlu ak cakap dan apa yang tak perlu ak cakap?Apa yang ak perlu tahu?Memang banyak la.

Masa sampai kat tempat interview tu,dah ada beberapa orang yang sampai dulu.Laa....ingatkan nak interview ak seorang j.=p...ak yang last.Lame jugak die interview setiap orang.Walaupun hanya 4 pemohon j,tapi dekat 2 jam ak tunggu turn ak.Sangat-sangat letey.Bile dah turn ak,jangan cakap la betapa gabranya ak.Sampai terjujur semuanya.Walaupun seorang j interviewer,tapi ak still rase kecut perut.Nasib baik die baik.Alhamdulillah semua soalan ak dapat jawab.Lastly die cakap die akan kol semula untuk bagi jawapan dalam tempoh 3 hari ni.Mudah-mudahan ak dapat kerja tu...amin..

Sangat berharap agar dapat kerja yang sesuai dengan jiwa dan rakan kerja yang baik-baik..

Friday, May 27, 2011

~k.e.m.b.a.l.i~

salam..
rasanye dah lama sangat-sangat tak menaip.bukan menyombong atau merajuk,tapi selalu je ada masalah untuk buka blog ni.Tambahan pula busy dengan final projek.Lepas tu terus bercuti.

Sekarang ni ak kat seGi kolej (Damansara).Kak ak konvo.Sementara tunggu die n my mum dalam dewan,ak tersidai kat kafe.Alang-alang tak ada apa yang nak dibuat,baik ak on9.hehehehe

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ak 'menghilang' ni.Tapi tak tahu nak citer yang mana dulu.So ak citer sikit-sikit j la deh..=p

Final projek ari tu boleh tahan la.Ak nampak perubahan yang berlaku dalam design ak.Walaupun tak se-gah orang lain,tapi alhamdulillah ada peningkatan.Yang paling penting,ak puas hati dengan hasil kerja ak.Minta-minta tak kena extend.Memang naya la lau kena.hurm..

Tahun ni ak dapat 3 orang anak saudara baru.Semuanya boi.Alhamdulillah..meramaikan golongan adam dalam keluarga ak yang sememangnya majoriti adalah gurl.




ni ahmad fairuz..
3 februari

ni muhamad raif hakim
23 april

ni muhammad haziq
13 mei

hensem-hensem kan.Ni 1st time dapat anak ramai anak saudara dalam 1 tahun.Kiranya semua kak-kak n abang-abang ak ada at least seorang boi.


memandangkan cuti sem kali ni agak lama, ak ambil keputusan untuk kerja.Esok ak akan stay kat kolej ak untuk sementara.Dalam masa tu,boleh la ak cari kerja yang agak-agak ak boleh wat.Doakan ak dapat kerja deh.Lagipun dalam bulan 9 ni ada lawatan kelas ke luar.Lawatan ni wajib dan semua klassmate terlibat.At least dapat jugak ak cari wet untuk tampung kos lawatan tu.

Akhir-akhir ni ak rasa otak ak agak slow sikit.Bimbang lak rase.untuk mengelakkan ia menjadi makin teruk,ak bawa buku matematik.Boleh buat latihan sikit walaupun dah tak belajar kat sini.Gile kan.Kak ak pula seperti paham situasi ak.Die bagi buku sudoku (game feveret sejak sekolah lagi). Harap-harap semangat ak untuk buat latihan matematik dan habiskan game sudoku ni tak tenggelam kat tengah jalan.

Akhir sekali,ak nak share beberapa contengan ak biler tengah stress.w/pun buruk,tapi ak still nak share dengan korang.hehehehe









hurm..rasanye cukup setakat ni dahulu ak merapu.lau panjang umor,ak sambung lagi deh.So selamat bercuti kepada budak-budak sekolah, students u dan semua yang sama waktu dengannye.b epi sokmo  deh..=]