Friday, July 29, 2011

~b.o.l.a~

Semalam ak ke Bandar Tasik Selatan sebab ada urusan kerja yang perlu disetelkan.Ak sampai ke BTS dalam pukul 9 malam dan terus bergegas ke tempat yang sepatutnya.Selepas 2 jam ak setelkan sedikit urusan,ak terus pulang.

Sampai je kat terminal BTS,ramai giler orang yang memakai jersi yang sedang membeli tiket komuter.nasib baik ak beli tiket dua hala.Kalau tak,memang jenuh ak nak beratur panjang.Sampai je kat ruang menunggu komuter,ak dapat lihat dengan jelas bontot komuter berlalu dengan gembiranya.Terlepas la..=[

Dalam tempuh 40 minit menunggu komuter seterusnya,ruang ni makin dipenuhi mereka-mereka yang memakai jersi bola.Dengan buat-buat muka peramah,ak tanpa segan silu borak dengan akak yang duduk sebelah ak.Rupa-rupanya diorang semua baru balik dari Stadium Bukit Jalil.Menyaksikan perlawanan bola antara Malaysia dengan Singapura.Tapi kita kalah.It's ok la.Tak ada rezeki lagi.Yang penting team Malaysia dah buat yang terbaik.

Memang ramai giler orang.Best jega dapat cuci mata time-time begini.Bermacam-macam ragam dan karenah.Yang pasti semua sedang mempersoalkan perkara yang sama.Bola dan kelewatan komuter.hehehe

Memang makin bulat mata ak melihat gaya penyokong kipas-susah-mati bola ni.Ada yang lukis bendera Malaysia kat muka.Ada yang pakai topi cam badut.Ada yang  usung bendera Malaysia.Macam-macam la.Pendek kata mata ak yang dah mengantuk ni makin galak memerhati sekeliling.Menikmati permandangan yang jarang boleh nampak ni.hehehehe

Bila komuter dah sampai,bimbang jugak kalau tak sempat nak masuk.Maklum la,ramai giler.Ak terus ke koc wanita.Selamat sikit kalau terpaksa berhimpit pon.Rupa-rupanya tak ada la ramai sangat.Siap boleh duduk lagi.=]

Saturday, July 23, 2011

~n.o.v.e.l~

Novel dan perempuan agak sinonim.Maklum la,perempuan kan berhati lembut dan jiwanya mudah tersentuh.mengimpikan hidup yang indah seperti yang terdapat dalam novel terutamanya novel-novel cinta.

Ak tak nafikan yang ak pon sangat sukakan novel dan mostly novel feveret ak adalah novel garapan ramlee awang murshid.hasil karyanya banyak berkenaan sesuatu yang agak rumit untuk diterjemahkan oleh akal normal tapi sesuatu yang tidak mustahil untuk berlaku.Jalan cerita bagi setiap penulisannya sarat dengan teka-teki dan perlu difahami dengan mendalam.Dalam masa yang sama,turut diselitkan dengan unsur cinta.Pendek kata,tak pernah puas walaupun dibaca berulang kali.

Bukan berniat untuk memburukkan penulis lain tapi kebanyakan jalan cerita untuk hasil karya novelis lain agak tidak masuk akal.Terlalu sempurna.Heronya mestilah hensem,baik, penyayang,kaya,berjawatan tinggi dan sikap negatif yang ad pon sekadar ego.Heroinnya pula mestilah miss world.Sangat cantik,lemah lembut,pemaaf dan berdikari.Seolah-olah watak-watak utama ni adalah manusia sempurna.Langsung tak masuk akal.Jalan ceritanya pula mudah untuk diteka.Mengalami tragedi yang sangat menyakitkan,berpisah dan kemudiannya bertemu kembali dan happy ending forever..

Ak still layan novel-novel jiwang ni untuk memenuhi waktu kebosanan tapi pijam dengan kawan-kawan la.kalau nak beli,konpem la ak pilih novel hasil karya novelis feveret ak.=]

Sunday, July 3, 2011

Jumaat minggu k dan dua orang member(Tim dan Diba) ke Jalan Ipoh.Ada sedikit urusan yang perlu dibereskan.Diba bawa kereta mak die.Banyak betul perkara yang berlaku.

1:Lecturer tak ada kat pejabat.So ak tak dapat amik surat penting dari dia.Diba dan Tim dah ada surat tu,

2:Sesat kat KL untuk cari Yayasan Takwa walaupun dah ada Galaxy Tab Samsung.

3:Tak dapat jumpa orang yang sepatutnya walaupun dah tunggu lama.So kitorang g Balai Seni je.

4:Jalan sesak giler.Time-time orang balik kerja kan.

5:Kereta rosak kat r&r Seri Kembangan mase magrib.

6:Solat magrib n makan burger dulu sementara tunggu ayah Diba sampai.

7:Kawan ak ada suruh ak jaga motor die.Since ak kerja kat Bangi,ak tinggalkan motor kat Kolej dan mintak tolong Irwan simpankan helmet.Malam tu memang ak nak bawak balik Bangi motor tu.Ak perlukan helmet lebih sebab ak kena hantar Tim ke Kajang dulu.Tapi tak ada sape yang ada extra helmet.Nasib baik ada adik angkat kat Putrajaya.Pinjam helmet dia dulu.

8:Tayar motor depan pancit.hurm...Perasan masa ondewei nak isi minyak.Ingatkan kena isi angin camtu j tapi rupanya memang tiub dia betul-betul bocor.Kena ganti lain.Memandangkan dah pukul 11 lebih.semua bengkel dah tutup.

9:Rasa bersalah dengan Tim sebab Tim kena kerja pagi esoknye.Ak tak pe.Cuti Sabtu Ahad.So dengan motor yang pancit tayarnya ni,ak hantar Tim balik Kajang.Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.

10:Ada member ak bagitahu yang ak boleh dapatkan nombor orang yang boleh fix tayar tu pada pam angin kat stesen minyak.Memang tak pernah perasan pon selama ni.Ak berhenti kat stesen Shell yang terdekat.Dapatkan nombor dan call.

11:Memandangkan dah pukul 12 lebih,stesen minyak tu dah tutup.Kaunter untuk minyak je buka.Memang agak menakutkan duk sorang-sorang je kat tempat asing macam ni.Polis pon tegur.Diorang suh ak tunggu dekat kaunter kat depan.Selamat sikit.Kawan ak(bukan Tim) call.Dia bimbang ak tunggu sensorang.So dia suruh ak tunggu dia.Dalam sejam lebih jugak kalau kawan ak tu nak datang kat tempat ak tersadai ni.

12:Sangat lama menunggu.Sangat takut tapi buat muka berani je.Paling takut bila ada mamat-mamat motor.Memang ak tak pandang langsung diorang.Pakcik yabg jaga kaunter suruh ak tunggu kat dalam kaunter.Selamat sikit.

13:Sejam lebih jugak ak jadi patung kat stesen minyak ni sebelum pakcik tukar tiub tu sampai.Dalam 10 min selepas tu,kawan ak pulak sampai.Lega sikit.

14:Ingatkan rm20 j kalau tukar tiub tapi mahal giler.Nasib baik ada duit cukup-cukup makan.

15:Memandangkan duit dah habis dan rasa macam blur sangat dengan apa yang berlaku,ak ajak kawan ak temankan ak jalan-jalan kat downtown sebelah Mines.Lepas tu kitorang lepak kat kedai makan yang biasa kitorang lepak.

16:Kawan ak bagitahu jalan shortcut ke Bangi.Tak ada lah dia nak hantar sebab nanti makin jauh pulak dia nak balik rumah dia.

17:Bawak motor sensorang pagi-pagi buta.Dalam sekitar pukul 2 pagi kalau tak silap ak.Pukul 3 lebih ak sampai rumah.

18:Walaupun sangat letih,jam 4 lebih baru ak boleh tidur.Mengaharapkan hari yang lebih indah umtuk keesokkannya.