Wednesday, November 6, 2013

demam smartphone

Semalam roomate aku dengan gembiranya tunjuk handphone baru dia. Bau kedai lagi kot. Phone apa? Jeng...jeng..jeng..
sony xperia z!!!

Aku tumpang gembira untuk dia tapi tak boleh disangkal la ada juga rasa jeles sikit. Sikit je.hahahaha

aku masih lagi guna telefon biasa. Nokia hitam putih. Exactly like this: 

colour pun memang colour ni. Tapi okey la sebab at least ada telefon juga. Cukup untuk balas mesej dan jawab panggilan. Dan yang paling penting, aku beli dengan titik peluh sendiri. Hasil kerja dengan lecturer masa final sem. Memang la kadang-kadang segan sebab semua pakai telefon canggih manggih tapi aku masih dengan telefon ni, tapi at least aku tak paw duit mak ayah aku. Dan telefon ni banyak berjasa kot. Paling penting bateri tahan lama!!hahahaha

Memandangkan zaman makin canggih ni, aku pun perlu dapatkan smartphone juga. Bukan sebab mengada-ngada nak ikut trend, tapi memandangkan semuanya dah sibuk nak guna Whatssapp or weChat or apa-apa la yang sama waktu dengannya.

Masa minggu kedua aku kerja, ada client tanya ada whatssapp tak sebab dia nak send gambar projek. Terkedu aku. Haish...Dan sistem ofis ni pun memang banyak guna whatssapp memandangkan bos tak selalu ada kat ofis. So aplikasi ni boleh dikatakan banyak membantu juga la.

Bos pun terkejut bila aku still guna telefon lama ni.Ops..bukan terkejut.Kagum.hahahaha. Time meeting minggu lepas, dia suruh kami (pekerjanya yang berdedikasi) untuk whatssapp je kalau nak tunjuk design or apa-apa yang bnerkaitan dengannya. Bila aku senyum je, bos cakap; 'tak pe.awak boleh emel saya.saya on emel tiap-tiap masa'. Thanks bos for your understanding.=]

Officemate ada cadangkan aku beli smartphone secara ansuran. Banyak kedai yang tawarkan kaedah tu.Memang nampak menarik tapi for sure harganya akan bertambah dari harga asal. Ops.Lepas discuss dengan penasihat merangkap roomate, aku rasa tak payah kot.

Sekarang aku aim telefon ni je. Tunggu dapat komisyen, aku akan dapatkan telefon ni.InsyaAllah.


Cantikkan.Spec dia pun boleh tahan. Kalau dah ada target, baru semangat nak berusaha untuk realisasikannya. Fuh..Fuh...