Friday, July 29, 2011

~b.o.l.a~

Semalam ak ke Bandar Tasik Selatan sebab ada urusan kerja yang perlu disetelkan.Ak sampai ke BTS dalam pukul 9 malam dan terus bergegas ke tempat yang sepatutnya.Selepas 2 jam ak setelkan sedikit urusan,ak terus pulang.

Sampai je kat terminal BTS,ramai giler orang yang memakai jersi yang sedang membeli tiket komuter.nasib baik ak beli tiket dua hala.Kalau tak,memang jenuh ak nak beratur panjang.Sampai je kat ruang menunggu komuter,ak dapat lihat dengan jelas bontot komuter berlalu dengan gembiranya.Terlepas la..=[

Dalam tempuh 40 minit menunggu komuter seterusnya,ruang ni makin dipenuhi mereka-mereka yang memakai jersi bola.Dengan buat-buat muka peramah,ak tanpa segan silu borak dengan akak yang duduk sebelah ak.Rupa-rupanya diorang semua baru balik dari Stadium Bukit Jalil.Menyaksikan perlawanan bola antara Malaysia dengan Singapura.Tapi kita kalah.It's ok la.Tak ada rezeki lagi.Yang penting team Malaysia dah buat yang terbaik.

Memang ramai giler orang.Best jega dapat cuci mata time-time begini.Bermacam-macam ragam dan karenah.Yang pasti semua sedang mempersoalkan perkara yang sama.Bola dan kelewatan komuter.hehehe

Memang makin bulat mata ak melihat gaya penyokong kipas-susah-mati bola ni.Ada yang lukis bendera Malaysia kat muka.Ada yang pakai topi cam badut.Ada yang  usung bendera Malaysia.Macam-macam la.Pendek kata mata ak yang dah mengantuk ni makin galak memerhati sekeliling.Menikmati permandangan yang jarang boleh nampak ni.hehehehe

Bila komuter dah sampai,bimbang jugak kalau tak sempat nak masuk.Maklum la,ramai giler.Ak terus ke koc wanita.Selamat sikit kalau terpaksa berhimpit pon.Rupa-rupanya tak ada la ramai sangat.Siap boleh duduk lagi.=]

No comments:

Post a Comment