Monday, November 7, 2011

~selamaT haRi raYa~

Salam Aidiladha untuk semua.Tahun ni merupakan tahun kedua aku beraya di perantauan.Cewah...Cam jauh sangat je.Still in Malaysia je...Cuma bezanya tahun ni ak raya kat kolej yang tersayang.Tahun lepas ak raya kat rumah kawan ak.Kat Puchong.

Awal pagi ni kami (ak dan beberapa kawan yang senasib) bersemangat berbaju kurung pergi masjid naik bas.Tak ramai sangat budak kolej yang tak balik.Mostly foreigners n penduduk sekitar yang tolong penuhkan masjid.Tak kisah la siapa pon yang mengimarahkan masjid, ak memang sangat teruja untuk sambut raya dengan kawan-kawan.Malam raya tu,ak dah mesej mereka semua.Ajak sembahyang raya sama-sama.Gila punya excited.Padahal ni first time ak sembahyang raya.Punya la kan..Dah 21 tahun, tapi ni baru nak belajar sembahyang raya.Isy5....

Lepas sembahyang raya,kami ambil gambar kenangan kat depan masjid.Konon-konon nak hantar ke ruangan Salam Perantauan la..Tengah syok-syok layan ambil gambar,nampak ada orangjual aiskrim.Bez jugak bersarapan aiskrim di pagi aidiladha.Tiba-tiba teringat kat rumah.Mak ak masak nasi dagang kalau pagi-pagi raya macam ni.Mana nak cari nasi dagang kat sini.Memang susah nak dapat lah..

Lepas tu kami decide nak tengok orang sembelih lembu tapi tak tahu kat mana.Plus tak ada transport nak gerak.So balik bilik dan semua buat esemen masing-masing je.Petang tu ak ajak kawan-kawan kait buah rambutan yang tengah ranum.Memang berbaloi la.

Aktiviti biasa yang ak selalu buat dimalam raya;mesej semua namelist yang ad dalam henfon ak.Memang satu kepuasan.Ni la peluang untuk ak keep in touch dengan kawan-kawan yang dah lama tak berhubung.Memang la a little bit sad when they didn't keep my number but it's ok.Maybe not their fault.Tapi ak memang sangat teruja + happy gila bila diorang reply.Terasa ukhwah masih berpanjangan.

No comments:

Post a Comment