Wednesday, December 28, 2011

~kami bahagia~

Sudah lama ak tak habiskan masa bersama classmate yang tersayang.Petang tadi pon ak makan sorang-sorang..pergi studio pon sorang-sorang.Punya la tak ada mood untuk kacau diorang.Semua sedang sibuk dengan esemen.Tak ada masa nak layan sesiapa.Semua dah gerak sorang-sorang.Tak ada masa nak makan sama-sama dan pergisama-sama.Semua kejar masa.Hari ni ak cuma nak spend masa untuk diri ak sendiri.Tak nak rushing-rushing.
Beli nasi bungkus je kat kafe dan naik bas lompat (biasanya naik bas ke fakulti terus).Tapi hari ni saja nak ambil angin.Lama jugak tunggu bas kat area akademik tu (fakulti ak di luar kawasan akademik).Siap kena tekel nge mamat iran lagi.hehehehe
Sampai je kat studio,terus makan.Sangat lapar.Tak ramai sangat buat masa sekarang.Petang sikit baru budak-budak lain sampai.Dengan baju sukan.Nak tahu kenapa?Sebab semua siap sedia nak main futsal.Dah lama tak main.Sementara diorang main futsal, ak pula tertido kat surau.Sangat mengantuk.
Lepas magrib kami bertujuh jalan kaki gi ke kedai makan yang terdekat untuk makan.Dalam 10min kemudian, 3 orang lagi member join kami.Sangat seronok makan ramai-ramai.Buat macam kedai kami je.Sangat seronok.Lupa sekejap pasal studio.Biler sampai fakulti semula,kami main badminton.Main badminton di malam hari dan disudahi dengan menjamu buah durian, sangat seronok.
Aktiviti kami yang seterusnya adalah menonton serita '3 idiots'.Memang heaven la hidup kami malam ni.
Bukan senang nak buat aktiviti bersama seperti ini tapi inilah yang istimewa buat kami.Semuanya bagaikan satu keluarga.Bergelak ketawa bersama-sama.Tension Bersama-sama.Sayang korang semua..=]

No comments:

Post a Comment