Sunday, December 11, 2011

~a long journey~

Orang cakap,kita mampu melakukan banyak perkara yang kurang rasional kalau dah tension.Tak kisah la benda yang mengarut atau pon yang agak pelik dengan harapan dapat 'melarikan diri' dari ketensionan tu.Betul k?

Semester ni memang banyak sangat esemen yang beratur menunggu masa untuk dibuat.Sangat banyak sehinggakan rasanya hidup ak hanya fikirkan pasal studio je 24jam/7hari seminggu.Sebelum ni,pukul 3ptg ak dah lesap dari studio.Tapi sekarang ak memang tak dapat tinggalkan studio selagi belum petang o malam.Hari biasa pula ak check in studio.Memang tido kat sana je la.Kawan ak lagi teruk.Dalam 2/3 minggu ni,die tak pernah lagi tidur kat bilik.Memang studio j.

Disebabkan jadual yang pack sangat ni,ak terfikir untuk lari sekejap dari semua ni.Ak ada inform kat kawan merangkap rumet ak(budak design jugak tapi kos lain) yang ak nak ambil angin kat pantai.Mungkin pergi Port Dickson ke.Memang teringin sangat nak tengok pantai.

Tak sampai seminggu lepas tu,kawan ak bagitau yang konpem jadi.hurm??Tak sangka die ambil serius tentang niat ak tu.Tapi tempat berubah sikit.Gunung Ledang.Jauhnya...Biar betul.Tapi ok juga.Ak tak pernah sampai sana.Tapi boleh ke kami ke sana dalam 1 hari je?Johor n Serdang ni pon ambil masa lebih kurang 3 jam.Penatnya mereka yang drive.

Plan kami berjalan seperti yang dijanjikan.7 orang yang akan join.3 perempuan dan 4 lelaki.Semuanya satu kos kecuali ak.Kenderaan pula satu kereta kancil dan satu motor legenda.Ok la tu.Kami bergerak dalam pukul 3 pagi dan Alhamdulillah selamat sampai ke sana dalam pukul 7pagi.Stuck kat tengah jalan sebab ada masalah sikit.But we can manage it.=]

Mula-mula sampai kat Gunung Ledang,rasa macam nak nangis je.Tak percaya kot yang kami berjaya sampai ke sini.Kami naik ke bahagian paling atas (untuk bahagian mandi manda) sebab kawan ak cakap tu bahagian yang paling best untuk mandi.Tingginye nak daki.Hampir tercabut kaki ni tapi disebabkan semua tengah bersemangat,digagahkan jugak kaki ni.Terpegun and terkedu melihat keindahan alam ni.Cantik sangat-sangat.Lepas dah siap setting tempat,kami terus enjoy mandi manda.Sejuk sangat air terjun ni pada awal pagi ni.Kami bernasib baik kerana tak ramai sangat orang masa kami sampai.So tak ada la malu sangat nak mandi manda.

Lebih kurang 3 jam jugak berendam baru semua orang setuju untuk balik.Itu pon masih ada yang tak puas lagi berendam.Badan ak pula dah menggigil kesejukan.Lepas dah siap salin baju segala,kami terus bergerak balik.Memang tabik la kawan-kawan ak yang masih mampu drive.Ak pula tidur je kat belakang sepanjang perjalanan.

Dalam pukul 3 kami sampai ke kolej.Sampai je kat bilik,ak terus melingkup tidur.Itu je yang ada dalam fikiran.Betul-betul tak larat untuk buat mende lain.Lepas rehat secukupnya,baru lah boleh sentuh esemen.Tapi serius memang rasa semangat untuk buat esemen lepas sesi release tension tu.Lain kali mungkin kami akan ke tempat lain pula.=]

No comments:

Post a Comment