Wednesday, July 3, 2013

Alhamdulillah....

Semalam adalah hari moderation. Semua lecturer akan fight untuk tentukan grade each student BLA4 (studio kami).

Semua orang memang cuak sangat sebab moderation day ni akan tentukan samada kami boleh graduate sama-sama tahun ni atau ada yang sangkut.

Memandangkan kami tak boleh ada kat studio untuk sesi moderation ni, kami 
jalan-jalan kat The Mines. Ops, hanya group kecil. Dalam 15 orang.Mostly dah balik kampung.

Hanya 10 girls dan seorang lelaki je yang pergi dulu.Diorang decide nak makan dulu, tapi aku puasa (puasa ganti tak habis lagi). So aku just jalan-jalan je dulu.Sorang-sorang?? Tak ada lah. Bunga (one of my classmate) yang temankan.

Bila yang lain-lain dah siap makan, kami gerak ke bowling sama-sama. Tunggu boys pula sebelum main.Tapi diorang ada problem sikit dan akan sampai lambat, so kami buat aktiviti lain; ada yang tengok wayang, ada yang karaoke dan ada yang temankan karaoke sementara tunggu boys datang untuk main bowling.

Setel karok dan tengok wayang, masing-masing ke tempat bowling. Santai-santai sementara tunggu kami yang main bowling setel.

Tengah syok santai-santai, ada lecturer call. Inform yang semua orang lulus dan boleh bergraduate bersama-sama tahun ni. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Then kami nak naik cruise kat Mines tu konon-kononnya, tapi batal last minit. Then pakat ramai-ramai makan kat bangi. So, here we are....."Ana Ikan Bakar Petai"...

Memang semua berselera makan memandangkan masing-masing lega boleh bergraduate tahun ni. Dan ni mungkin makan malam terakhir bersama-sama macam ni. Hopefully tak la. Hopefully kami masih berpeluang untuk habiskan masa bersama-sama macam ni lagi. Sayang kamu semua!!!

Bila perut dah kenyang, mata pun dah berat. Ingatkan dah sampai studio, boleh rehat-rehat. Tapi semua excited nak ambil gambar ramai-ramai. Walaupun letih, kami sangat gembira.


Last post as a student..=]

Pagi ni dah ramai yang beransur balik kampung. Jumpa masa konvo nanti. 4 tahun bersama, Aku sayang diorang dan aku tak akan lupakan mereka semua.=]

No comments:

Post a Comment