Tuesday, July 9, 2013

Ajaibnya Cinta

Salam satu Ramadhan..Hee..Pagi-pagi dah cakap pasal cinta.
Sebenarnya aku berminat nak cakap pasal betapa ajaibnya cinta.
Ops..Ni bukan pasal cerekarama Ajaibnya Cinta yang dilakonkan oleh Johan Ashari dan Umie Aida.

Tapi tentang betapa orang yang sedang hangat dilamun cinta ni sanggup buat apa saja untuk orang yang dicintainya..

Walaupun sedar ada banyak keraguan serta penipuan yang dilakukan oleh pasangannya, namun dek kerana rasa cinta dan sayang yang menebal, dibutakan semua itu. Baginya semua itu hanya sementara. Walaupun hati sangsi tapi diberi segala kemungkinan untuk sedapkan hati..untuk menutup kesangsian itu. 

Bila semuanya sudah berakhir..bila otak sudah dapat berfungsi dengan sewarasnya, barulah kita sedar betapa bodohnya kita terpedaya dengan semua itu.

Jadi, jika hati dipenuhi cinta, jangan sampai pemikiran pun dibutakan dengan cinta. 

Apa?? Ada yang tak pernah tengok cerita Ajaibnya Cinta??
Seriously cerita ini sangat lawak. Kamu semua patut cuba tonton.=] 

No comments:

Post a Comment