Thursday, January 9, 2014

be thankful for what you have.=]

Assalamualaikum...
lebih kurang sebulan kot tangan dah tak merayap kat keyboard.Bukan malas, cuma otak tak dapat nak karang ayat-ayat yang sesuai. Baru separuh jalan menaip, terus blur.Memang tak boleh fikir.

Sebenarnya banyak sangat perkara berlaku 2,3 bulan ni.

1-Eksiden motor.
Bukan salah sesiapa pun.Jatuh sendiri.Sebenarnya aku nak salahkan tempat eksiden tu.hahaha..gelap kot.tak nampak roundabout sebelam alam tu.Nasib baik memang masa tu tak bawak laju. Hasilnya, motor cedera kedua-dua tayar dan rim. Kesian motor.sobs2..Tak pasal2 dua minggu jugak dia kudung. Nasib baik body masih kuat.Just calar-balar. Kenangan eksiden. Lepas tu, terus mandikan dengan air sembahyang hajat. 
Tuan motor? Nasib baik tak teruk sangat. Cuma retak tulang bahu. Tulang selangka.Okeh la. Dapat mc sebulan.Lamanya!! Semua cakap beruntung dapat cuti lama tapi diorang tak tahu betapa tak beruntungnya kalau terpaksa terperap je kat rumah and can do nothing at all. All i can do just laying on bed and sitting in front tv. Siap boleh hafal channel apa. Memang macam robot.Nak bergerak pun teragak-agak.fuh..Tapi seriously Alhamdulillah sebab tak teruk sangat. Dan tak ada kecacatan kekal.

2-Confirmation kerja
Sepatutnya aku confirm bila dah 3 bulan kerja.Tapi memandangkan dah eksiden time bulan ketiga, aku fikir mungkin bos akan  extendkan confirmation tu. Tapi alhamdulillah sebab bos dengan senang hatinya confirmkan juga untuk bulan ketiga. Yang best bila dah confirm, automatik kita akan dapat komisyen untuk projek yang kita handle.Best2..=]

3- Kahwin!!!
Bulan 12 memang musim kahwin. Macam tu juga dengan bulan 3 nanti. Kat rumah aku pun tidak ketinggalan untuk buat kenduri kahwin bulan 3 akan datang. Dan mungkin akan meriah juga sebab dah bertahun-tahun tak ada kenduri kahwin kat rumah aku.Yang pasti, bukan akulah yang kahwin.hahaha. Memandangkan aku pun terbias juga dengan semangat kahwin ni, aku sponsor kad kahwin.hahaha. Aku design sendiri. Memang nampak kartun la.Seronok-seronok!!
OPs.Ramai jugak yang kahwin bulan 3 ni.Sepupu, jiran dan kakak.fuhhhh.Banyak nak beli hadiah nanti.

4-Study trip
Ingatkan time belajar je ada study trip, tapi tak sangka bila masuk ala kerja pun, sama juga. Kalau time belajar, boleh kata setiap sem ada study trip. Seronok...Memang seronok. Banyak pengalaman. Yang penting memang berbaloi untuk habiskan duit melihat tempat orang. Untuk trip kali ni, kitorang akan ke asia je.Tapi still best sebab aku tak pernah sampai lagi tempat tu. Nanti aku update bila dah ke sana.heee 

fuh.Sekarang memang seronok sangat sebab aku suka kerja aku.Tipulah kalau tak stress langsung dengan kerja tapi at least aku buat mende yang aku minat.Tak rugi apa-apa pun.Yang penting, kita buat perkara yang kita suka.=]