Friday, May 12, 2017

kenduri

Tahun lepas dan sebelumnya ramai kawan yang kahwin termasuk la teman-teman rapat.  Banyak majlis yang terlepas secara tidak sengaja mahu pun secara sengaja.  Boleh dikatakan semua majlis perkahwinan aku tak pergi kecuali majlis teman rapat. 

Secara amnya aku memang kurang gemar ke tempat keramaian macam ni.  Tempat di mana kemungkinan besar kita akan berjumpa kawan-kawan lama.  Berjumpa kenalan lama ni ibarat mencungkil balik kenangan-kenangan lama yang sedaya upaya aku nak lupa.  Kalau boleh nak bungkus semua kenangan tu dan campak ke lautan dalam.  Ya.  Aku belum matang dan terlalu negatif untuk berdamai dengan kenangan-kenangan tu. 

Tapi heyy.  Tahun ni dah menginjak bulan May dan aku dah pergi lebih kurang 5 ke 6 kenduri.  Dan sejujurnya agak teruja untuk makan nasi minyak. Sedap kot.  Dan aku cuba keluar dari zon terlalu selesa untuk berjumpa kawan-kawan lama serta kenalan baru.  Dan aku masih berusaha untuk berdamai dengan kenangan lama sebab aku sedar kita tak akan mampu untuk menghapuskan kenangan lalu dan tak akan mampu untuk bertenang serta berasa aman selagi kita tak redha dengan apa yang telah terjadi dalam hidup kita.

Kenangan manis dan pahit itu sememangnya menjadikan kita hari ni.  Kenangam manis mencipta memori yang terindah dan kenangan pahit menjadikan kita kuat. Terima dan redha.  Itu kunci untuk terus melangkah ke depan.  Berusaha untuk menjadi lebih baik.

Minggu lepas aku berjaya ke majlis teman zaman belajar seorang diri.  Seronok rupanya sebab bagi lebih banyak peluang untuk kenal orang baru. Kawan baru lebih tepat jawapannya. Aku  berpeluang berkenalan dengan jurumekap member. Senang la nak deal kot2 perlukan khidmat dia nanti.  Ehem.

Besok ada kenduri cukur jambul anak member dan aku dikehendaki berada di depan rumah beliau selepas subuh.  Di Senanwang.  Pukul berapa mahu gerak?  dan pukul berapa nak bangun pagi esok?  dan mampu ke bangun awal kalau sekarang (1.45pagi) pun masih belum tidur?  Esok konpem la aku kena tolong keluarga member.  Jangan tertido dalam kereta sudah la. 

Sunday, February 1, 2015

Broga Hill

Kali pertama aku pergi ke Broga adalah semasa semester ke-7 di UPM. Masa tu tengah praktikal di sekitar Serdang. Aku pergi dengan seorang kawan dengan menaiki motor. Bergerak sekitar 4 pagi dan kami sempat solat subuh di stesen petronas berhampiran. Mungkin disebabkan semangat berkobar-kobar,laju je kami mendaki sampai ke puncak. Seronok.

Kali kedua aku pergi dalam group lebih kurang 5 orang. Pendakian agak slow tapi kami masih berjaya ke puncak. Kali ni kami sampai lebih awal dan sempat solat di hentian pertama.

Kali ketiga aku pergi dalam group juga dan kali ni kami hanya sempat sampai ke hentian pertama sahaja.Semput. Mungkin disebabkan sudah lama tidak melakukan aktiviti lasak sebegini.

Pagi tadi merupakan kunjungan ke-4. Tiba-tiba seorang rakan teringin ke sana. Kami pergi dalam group jugak. pendakian kali ni jauh lagi baik dari pendakian ketiga. Tak semput sangat. Kami berjaya sampai ke hentian kedua.

Ada banyak perubahan di sini dari kunjungan ketiga dan keempat ini. Sudah ada entrance yang lebih proper. Juga laluan seakan tangga untuk memudahkan pendakian. Selain itu,terdapat banyak laluan baru.




Apa pun,sekali sekala melakukan aktiviti seperti ini bersama-sama kawan-kawan memang menyeronokkan.

Tuesday, January 13, 2015

Pavlova!!

Segala jenis pencuci mulut yang berperisa buah adalah kegemaran aku. Tak kira la koktel,puding atau kek buah sekali pun yang dihidang,aku sangat mudah tergoda.

Pavlova. Pertama kali aku makan pavlova masa tahun tiga (hampir 3 tahun lepas). Rakan sekelas yang belikan. Suapan pertama sudah cukup untuk buat aku jatuh cinta dengan pavlova. Manis, masam,crunchy. Gabungan yang cukup sempurna.

Memandangkan pavlova agak mahal dan tak semua kedai kek ada jual pavlova, aku hanya mampu pendam perasaan. Sekali sekala bila dapat gaji,boleh la beli pavlova sebagai ganjaran diri sendiri.

Ramai yang cakap susah untuk buat pavlova tapi dua minggu lepas aku terdetik untuk buat sendiri. Rupanya tak ada la susah sangat,cuma leceh sikit. Ada teknik yang tersendiri. Penyediaan barang-barang yang diperlukan tidak melibatkan modal yang besar.

Barang-barang yang diperlukan adalah;
-3 biji putih telur
-3/4 cawan gula ising
-1 sudu esen vanilla
-1 sudu tepung jagung
-1 sudu cuka makan.

Untuk toping pula cuma memerlukan whipping cream dan buah-buahan.

Cara-caranya boleh tengok blog2 lain ye. Lagi detail dan selamat sebab aku masih bereksperimen dengan cara membuat pavlova. Taip je 'cara membuat pavlova' dan anda akan temui banyak blog menarik. Siap ada gambar lagi. Untuk lebih selamat,tengok kat Youtube je.😁😁😁

Pertama kali aku buat pavlova adalah pada 25hb disember 2014.
Ini adalah percubaab pertama. Rasa oke cuma tak crunchy. Memang agak kecewa sebenarnya. Tapi housemate suka. Semestinya aku la yang tolong habiskan.

Hari ni nasib aku agak bernasib baik sebab pavlova agak crunchy. Boleh la dikatakan puas hati cuma masih boleh diperbaiki. InsyaAllah.

Monday, December 29, 2014

Dunia Baru

Alhamdulillah dah genap 16 bulan bekerja.yeay!! Banyak perkara yang aku belajar selama 16 bulan ni. Sangat banyak. Pengalaman baru, hidup baru. dunia baru.

Seperti yang lecturer selalu beritahu, apa yamg kita belajar hanyalah 1% daripada apa yang kita apply dalam dunia kerja. Serius macam tak tahu apa-apa masa mula-mula masuk kerja. Kosong. Even sekarang pun rasa macam banyak sangat kekurangan dan perkara yang aku perlu belajar.

Tapi sekarang aku ada satu masalah. Masalahnya adalah aku banyak habiskan masa dengan online. Mengadap handphone 24 jam. Facebook, Twitter, Ig dan sebagainya yang sama waktu dengannya. Jadi aku dah start slowly uninstall Facebook. Hahaha.

Memang semuanya adalah atas diri sendiri tapi aku jenis yang susah nak kawal diri sendiri. Kalau dah ada mende alah tu, konpem asyik nak online je memanjang. Offkan semua tu dan fokus dengan kerja yang berlambak.

Ok. Dah lama tak mengarang jadi sekarang aku dah start mengarut. Ignore statement aku ni dan boleh sambung kerj masing-masing.=]

Wednesday, September 17, 2014

...

Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (QS 4:114, 2:195, 28:77).

Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?😢
Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86).

Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telefon darinya?
Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu.
Tidak ada yang namanya kebetulan (QS 3:190-191).

Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan  tapi rasanya sulit untuk kau dapatkan?
Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya (QS 65:2-3).

Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat اللّه mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّه ingin mendengar rintihan serta do’amu agar kau menyadari akan keberadaan-NYA….
Karena tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan (QS 47:31, 32:21).

Jika kau peka, akan sering kau sadari bahwa KASIH dan KUASA اللّه selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.
Apakah kau pikir tulisan ini hanya saja saja terkirim padamu?
Tidak!!!
Sekali lagi, tidak!
TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN…

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA…, dengarkan suara-NYA yang berkata: “Jangan khuatir..
AKU di sini bersamamu.”
(QS 2:214, 2:186).
Ilmu yg harus dikongsi bersama..😊

Wednesday, September 3, 2014

wishlist~~

Salam.

Hari ni hari khamis (bersamaan 4 sept 2014). Masih di tengah-tengah bulan dan masih belum sesuai untuk cerita pasal azam tahunan atau wishlist tahun 2014.hee

Memandangkan aku ditinggalkan sensorang kat ofis. Semua ada hal lain. Outstation, jumpa client dan kursus. Wow. Memandangkan aku junior LA dan pada masa yang sama merupakan admin sementara, so here i am. Di ofis yag terchenta. Hahahaha. 

Walau pun sensorang, jangan fikir aku curi tulang pula. Oke. Mengaku. Sekarang tengah curi tulang sebab dah rindu sangat mr blog merangkap public diary. Tapi aku da siapkan kerja tadi. Kira ni 'take a rest' sebelum sambung kerja lain pula.=p

Oke. Jom ke topik utama. Wishlist. Dari dulu lagi aku ada tabiat untuk tulis wishlist aku berkali-kali tak kira masa dan tempat. Kadang-kadang kalau aku tiba-tiba teringin nak buat atau nak pergi atau nak miliki sesuatu, aku akan cepat-cepat masukkan dalam wishlist. Bila aku dah berjaya dapat, pergi atau buat perkara yang terdapat dalam senarai wishlist, aku akan tanda.

Dari zaman sekolah. Aku dah listkan perjalanan aku. Lepas spm, aku akan ke mana. Lepas tu ke mana. Lepas tu amik kos apa. Sambung kat mana. Semua la. Dan bila aku dah dapat tawaran, baru aku akan bagitahu family aku. Sangat bernasib baik family aku sangat paham dengan cara aku.

Masa kat u, aku ada beberapa wishlist untuk final sem:

1- motor LC. Tapi biasalah masih student. Mana mampu nak dapat motor sendiri.Lebih-lebih lagi Yamaha LC. Tapi aku still ada motor masa final sem. Yamaha Lagenda. Pinjam motor abang.

2- pc. Memandangkan kos kami menggunakan software yang agak berat, pc memang sangat diperlukan. Biasanya hang kalau guna laptop. Melainkan laptop yang memang tiptop. Alhamdulillah berjaya dapatkan pc. Guna duit PTPTN. Lepas tu memang nazak nak teruskan hari-hari berikutnya.hahaha

3-lesen kereta. sebenarnya time ni memang tak berminat lagi dengan kereta. Nak lesen kereta pom sebab tuntutan semasa. Amat penting bila bekerja nanti. Memang sangat benar. Mungkin sebab kekurangan minat tu yang menyebabkan aku tak berjaya dapatkan lesen kereta.

4-pakwe. Rasa macam gedik pula bercakap soal ni. Oke. Aku mengaku yang ni disebabkan pengaruh kuat dari cikgu zaman sekolah dulu. Siap pesan cari pakwe masa kat u. Boleh susah senang sama-sama. Memang aku mengaku masa ni dia banyak tolong aku. Lebih-lebih lagi final sem. Semua ada stress masing-masing. Semua dengan dunia masing-masing. Dan terima kasih banyak-banyak sebab pertolongan dan budi yang ditabur.

5-result. Alhamdulillah. Walaupun result tak sehebat mana, tapi aku berjaya capai target aku. yang penting dapat konvo pada masa yang ditetapkan. dan tak ada sape yang ketinggalan. Yeah!!


Sekarang dah setahun aku kerja.Dan ada beberapa wishlist yang dah dan akan dibuat. InsyaAllah.

1- motor LC. Yeah. Akhirnya berjaya juga dapat motor impian ni. Mengapa LC? Sebenarnya aku suka edisi pertama motor ni. Kecik dan laju. Kecik tu yang penting. Comel. 

2-lesen kereta. Tahun ni aku berjaya dapat lesen kereta. Kali ni memang aku dah tanam dalam hati supaya minat dengan kereta.hahaha. 

3- kelisa. Sekarang dah banyak sangat model kereta baru yang mampu milik dan jauh lebih menarik dari kelisa. but why kelisa? Sebab pertama, mestilah sebab comel. Kecik. Just my taste. Kedua sebab ciri-cirinya sendiri. Kalau nak tahu apa speselnya kereta ni, sila google.=]
InsyaAllah tahun depan aku akan dapat kereta ni.Doakan.

4-Bilik sendiri- Sebelum ni aku share bilik dengan member. Tapi masalah bila kita share bilik dengan orang lain, kita tak ada privasi sendiri. Lebih-lebih lagi bila dah bekerja ni, kita perlukan ruang sendiri untuk berehat. Tak ada masalah kalau anda boleh berkongsi bilik, tapi aku memang tak boleh. Nanti tak boleh decorate sendiri bilik.hee. Dan yang penting, rumah sewa sekarang sangat dekat dengan ofis.Yeay!!

5-gunung kinabalu- Peluang untuk ke gunung kinabalu ni tetiba je muncul. Memang rasa tak mampu tapi takkan nak tolak peluang yang datang depan mata. Walaupun stamina tak seberapa, berjaya jugak tawan gunung yang tertinggi di malaysia. Dua minggu sebelum tu tawan gunung nuang. Konon-konon untuk test stamina.n we did it. The best group ever.=]

6-smartphone. Entry sebelum-sebelum ni aku ada bincang pasal smartphone impian aku. Walaupun aku tak dapat smartphone impian tu, adk beradik dia pom ok sangat-sangat. Functionnya lebih kurang sahaja. 

Rasanya ada beberapa lagi wishlist yang aku lupa nak tulis kat sini. Selalunya wishlist aku tak akan berkurang tapi akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi bila mood gila datang. 


Saturday, August 16, 2014

Blurr Day

Salam. Rasanya dah lama tak update. Biasalah manusia yang tak reti mendisiplinkan diri macam aku ni. =.=!!

Semalam-Jumaat-15 August- Merupakan hari yang sangat blurrrrr.

Banyak sangat perkara yang tak kena tapi aku tak boleh nak ekpresikan perasaan aku. Marah ke..nak nangis ke..gembira ke..Ntah.
Yang pasti aku rasa sangat blur.

Khamis malam aku bermalam di rumah kakak kat Cheras. Pepagi buta.. lebih kurang jam 5:40 pagi aku bergerak balik rumah sewa. Sampai2 solat subuh dan sambung tidur dengan harapan tidak akan mengantuk di ofis.

Sebelum tidur, aku wish selamat pagi kat semua kawan2 yang sempat di'wish'kan dengan harapan mengutip cas2 positif. then terus lelap.

Sedar2 je dah nak jam 9 pagi.Memang kelam kabut nak mandi dan siap-siap pergi ofis. Nasib baik awal-awal aku dah gosok baju kerja. Kurang sikit rasa kalut.

Dah sedia nak keluar, beg kerja putus. Alamak.. Nasib baik ada beg spare. Sumbat je la barang-barang yang nak dibawa.

On the way, ofismate mesej minta belikan paper A3. Oke. Ada alasan sampingan lambat masuk ofis. Sampai kat kedai, cari paper A3 dan letak kat kaunter. Bila nak bayar, baru sedar dompet tertinggal. What?? Dengan muka tak malu, terpaksa minta cashier simpan dulu paper tu. Nanti akan datang balik

Patah balik ke rumah? Memang harapan la. Dah lambat sangat.

Sampai kat ofis, buat muka seposen je. Then bos minta printkan tender drawing. Oke. Kerja yang dah setel. Tinggal print je. Bukan masalah besar. Print dan bagi kat bos. Lepas tu sambung kerja.

Lebih kurang sejam lepas tu bos keluar. Minta aku ke meja discussion. Dia describe setiap kesalahan yang aku buat. Selalunya kalau bos buat ayat dramatis dia, aku akan sedih. (bos tak pandai marah. tapi paham la bila dia sebenarnya tengah marah). Cuma kali ni aku tak ada rasa sedih tu. Kosong...
Pasang telinga tapi tak semua yang bos cakap tu melekat kat kepala. Cuma ada beberapa ayat je yang sempat aku tangkap. yang lain-lain, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Blur. 

Otak tengah bayangkan kalau bos lain mesti dah campak drawing dan tengking-tengking. Bos aku rilex je. Siap ajar satu-satu apa yang salah. Cuma adalah ayat yang boleh kita paham yang dia memang tengah stress dengan kita. Aku memang tabik cara bos kawal emosi. 

Lepas discussion, bos terus keluar. Merajuk kot. Ntah.

Aku cuma sambung kerja. dan kerja. dan online. eh.. Orang tengah blur. Tak ada mood buat kerja.