Monday, June 6, 2011

~b.e.b.u.d.a.k~

Sekarang dah 3 hari ak jalankan tanggungjawab ak sebagai seorang pengasuh kat nurseri ni.Agak meletihkan tapi dalam masa yang menyeronokkan.Maybe sebab excited nak kumpul seberapa banyak pengalaman kerja atau sebab kanak-kanak tak pandai berbohong.

Pengalaman bekerja sebagai pengasuh ni tak ada lah susah sangat sebab sebelum ni ak memang selalu kena jaga anak saudara kalau cuti.Bermain dengan kanak-kanak tu boleh buat kita lupa segala masalah.Dengan gelagat diorang yang pelbagai ni,memang tak boring.Cuma kadang-kadang ada juga la ketensenannya memandangkan kebanyakan diorang ni kadang-kadang tak dengar cakap CIKGU SAL.hehehe 

Nak kenal sebahagian daripada kanak-kanak yang comey ni?tengok kat bawah..
 ni Naili.Baru 2 tahun.  Walaupun muka cam innocent jer,tapi nakal yang amat. Kadang-kadang die suka buat-buat tak dengar bila kita panggil.
 Ni Insyirah. Baru 3 tahun.Macam Chinese look kan?Cantik.Perangai pon 'cantik'. Perkara wajib di pagi hari adalah menangis bila ayah die k nurseri kami tapi akan ok balik lepas mandi.Sangat memerlukan perhatian yang lebih.
 Cuba teka ni boi @ gurl...Ni boi la.Ikhwan namanya. Dahh 4 tahun. Memang tak boleh duk diam.Ada je perkara yang nak dibuat.Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayannya.=p
 Penyayang kan.Ni Amna. Dah 4 tahun.Sangat mature berbanding kanak-kanak yang lain.Maybe disebabkan faktor umur kot.Ni kakak yang sangat penyayang pada Naili.Die dan Naili sangat gilakan kanak-kanak.Plus rajin dan boleh diharap.

 Cun tak awek ni?Ni Balqis.Nama secantik tuannya kan.Sangat manja.Lebih manja dari Insyirah.Hanya mereka-mereka yang tertentu je boleh layan die.Die rapat dengan empunya nurseri.=p

 Sebelah Ikhwan tu adalah Danish.2 tahun dan baru je pulang dari Brasil.Die lahir kat sane.Sangat mendengar kata dan baik hati.Die yang paling rapat dengan ak buat mase sekarang.Paling best,die suke senyum.Sangat comey.=]

 Ni Haikal.2 tahun jugak.Ak memang minat nama Haikal.Lembut j.Tapi jangan salah sangka.Empunya nama ni tak ada lah selembut namanya.Walaupun berwajah innocent,tapi nakal jugak orangnya.Sangat suke mandi.=p

 Ni afiq.2 tahun jugak.Sama golongan dengan Insyirah dan Balqis.Agak manja.Dalam masa yang sama sangat lincah orangnya.Suka sangat buli Haikal..

Cute kan baby-baby ni.hehehehe..Yang sebelah kiri adalah Huda dan sebelah kanan pula Alya.4 dan 5 bulan kot.Diorang ni tak banyak hal sangat.Baby kan.Macam baby-baby normal lain,akan menangis kalau mengantuk dan lapar.

Ni sebahagian je kanak-kanak comey di bawah jagaan kami.Nanti ak akan tunjukkan lagi kanak-kanak yang lain.Yang pasti kerja ni sangat menyeronokkan.=]

2 comments: