Saturday, September 17, 2011

~banyaknye esemen~

Minggu pertama bagi sem baru selalunya dianggap minggu suai kenal dengan lecturer.Mebi hanya pengenalan topik sahaja yang akan diajar.Kalau nak ponteng lagi untuk minggu pertama ni,mesti lecturer tak kisah sangat.Bagitau je la tak tahu kelas kat mana,lupe tengok jadual atau mebi boleh bagi alasan yang lebih common; tak ada tiket.Lagipun dah konfem sangat tak banyak yang akan ketinggalan untuk minggu pertama ni.

Untungnya bagi kami yang ambil kos design ni,hari pertama di kelas pertama bagi minggu pertama permulaan sem baru ni,lecturer yang baik hati dan tersayang telah bersedia dengan senyum simpul yang menawan untuk memberikan tugasan-tugasan baru.Boleh dikatakan semua subjek sudah tersedia esemen untuk kami.Walaupun dah 4 sem melalui pengalaman yang sama,tapi kali ini agak kekok untuk diterima.Mungkin disebabkan tugasan yang diberikan semakin susah.Mungkin juga kerana cuti yang lama menyebabkan otak ni banyak ber'honeymoon' ni tersentak dengan tugasan baru ni.

Sangat gembira apabila semalam cuti sempena hari 1 Malaysia.Dengan semangat berkobar-kobar,ak berharap ak dapat mencari seberapa banyak maklumat untuk esemen-esemen yang telah diberikan.Malangnya,terlalu banyak maklumat yang perlu dicari menyeb abkan ak hilang fokus tentang maklumat yang perlu dicari.Yang mana yang patut ak mulakan dulu.Kalau ak cari maklumat tentang yang ini dulu,macam mana yang tu?tambah lagi dengan maklumat-maklumat yang nak dicari tu tak ada dalam internet.Haru...Nak ke library,memang tutup la sempena cuti umum  ni.

Hari ini ak pergi ke library tapi library tutup pula.Minggu ketiga rupanya.Library akan tutup pada hari cuti umum dan sabtu minggu pertama dan ketiga.Memang haru.

Dan sekarang,ak masih lagi blur sebab maklumat-maklumat yang ak perlukan masih lagi tak dijumpai.poning~~~"

No comments:

Post a Comment