Sunday, September 25, 2011

~open house~

Memandangkan sekarang dah di penghujung Syawal,banyak betul jemputan rumah terbuka.Semua nak mengambil sisa-sisa kesempatan ini untuk menjamu sahabat handai dan jiran tetangga.

Semalam ak terima dua jemputan rumah terbuka.Iaitu rumah Amna dan Danish.Kedua-duanya adalah anak murid ak (budak-budak yang ak jaga kat nurseri tu).Ak keluar dari kolej pon dah agak tengah hari memandangkan jarak rumah mereka dengan kolej ak tak adalah jauh sangat.Sampai je kat Bangi,kakak ak dah siap dengan baju kurung.Kami ke rumah Danish dulu sebab rumah Danish agak jauh daripada rumah kakak ak tu kalau nak dibandingkan dengan rumah Amna.

Kami menjadi tetamu pertama di rumah Danish.Memang bez sebab kami dapat makan tanpa rasa segan.Banyak jugak yang ak telan.Rindu sangat dengan nasi himpit (ak biasa sebut nasi kapit).Danish pula sangat comel dengan baju kemeja dan seluar putihnya.Makin hensem bila dah berisi.Mula-mula memang dia nampak malu-malu kucing dengan ak.ye la.Dah dua minggu ak tak jaga dia.Tapi tak lama malunya tu.Lastly makan kat atas riba ak jugak.
ni gambar sebulan lepas.skang dah makin tembam.

Selepas itu,kami beransur ke rumah Amna.Niat memang la nak ke rumah Amna terus tapi bila lalu je depan rumah Huda,badan ni bagai tertarik pula untuk singgah sekejap.Nasib baik mereka ada di rumah.Selalunya memang susah untuk mereka berada di rumah time-time hari minggu sebegini.Huda menangis bila ak pegang dia.Mungkin kerana dah dua minggu tak nampak muka ak atau mungkin kerana tak cam ak pakai tudung.Mungkin kerana ak dah makin cantik.=p
Lama jugak dia pandang ak dari jauh je.Mak Huda pelawa kami makan.Memang nak tolak je sebab perut ni dah terisi dan ada sedikit je space kosong.Tu pon sebab nak melantak kat rumah Amna pula selepas itu.Tapi rasa macam tak elok pula nak tolak perlawaan tuan rumah,kami join sekali la.Selepas makan,ak cuba main dengan Huda lagi.Kali ni baru dia cam ak.Seronoknya.Terubat rindu.
sekarang pon Huda dah makin tembam walaupun tak tinggi-tinggi lagi.Dia dah tumbuh gigi dua batang kat bawah.=]

Niat nak singgah rumah Alya dahulu sebelum ke rumah Amna tapi memandangkan dah lewat petang,kami terus ke rumah Amna.Amna begitu excited tengok ak.Kakak ak cakap,tiap-tiap hari Amna tunggu ak.Terharunya.Memang sepanjang duk kat rumah dia,dia asyik berkepit dengan ak j.Lepas makan,ak bawak Amna balik ke rumah akak ak tu.Saje pinjam dia kejap.
Amna memang sayang giler kat huda.

Walaupun tak dapat jumpa semua budak yang ak jaga,tapi dah rasa syukur sangat boleh berjumpa dengan mereka yang ada ni.Ops,ak pon jumpa Haikal jugak.Haikal abang kepada Huda.=p


Dan ak abadikan semua ni dalam satu lukisan simple.






No comments:

Post a Comment