Wednesday, September 7, 2011

~r.a.y.a~

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!!!!!!!!
walaupun hari ni merupakan 9 Syawal,rasanya belum terlambat untuk ak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam.Semoga ceria-ceria di pagi raya.

Dah agak lama tak jengah blog n.Bukan niat untuk menyombong tapi keadaan tak mengizinkan.Kedai makan yang ada wifi kat depan rumah ak ni dah lama tutup.Dua minggu sebelum raya dah start cuti.Tambah seminggu cuti untuk raya.So dalam masa yang panjang tu jugak ak tak boleh on9.Biasa la,hidup menumpang je.Kenalah pasrah je.Minggu ni baru beroperasi semula.Nasib baik.=]

Ops.nak citer pasal raya sebenarnya.Raya tahun ni merupakan raya yang paling memenatkan.Ak start cuti 27/8 dan adik ak yang duk kat melaka pon nak balik ke kampung pada tarikh yang sama.Memandangkan ak dah berpakat untuk balik bersamanya,ak kena turun ke Melaka sehari sebelum tarikh tu.Maknanya ak ke Melaka selepas waktu kerja.Penatnya..

Perjalanan pulang ke kampung menaiki kereta yang ak jangka lebih praktikal dan selesa rupa-rupanya merupakan perjalanan Melaka-Terengganu yang paling lama.Banyak betul masalah.Dengan seorang je driver,memang haru la.Terpaksa berhenti beberapa kali sebab driver penat.Lepas tu kena cari barang la.Hasilnya,hampir 15 jam baru sampai ke kampung.fuhh..

Memandangkan rumah ak ada majlis aqiqah pada hari raya k-2.Kakak-kakak dan abang-abang ak yang dah kahwin beraya di rumah mertua pada hari raya pertama.Tak rasa sangat suasana raya di pagi raya pertama.Nak tengok tv pon tak boleh sangat sebab terpaksa berebut.Akhirnya ak melongo kat rumah bezfren ak seperti tahun-tahun lepas.Nasib baik ada makanan best-best.

Raya kedua sangat sibuk.Sedang semua orang sibuk melayan tetamu,ak pula sibuk melayan anak-anak buah yang ramai ni.Bile semuanya berkumpul,memang haru suasana rumah.Ada saja rancangan diorang.Tak termasuk yang baby lagi.walaupun suasana gamat macam dilanggar garuda,tapi sangat gembira.

Raya ketiga ak dah start gerak ke Melaka memandangkan adik ak start kerja keesokkannya.Perjalanan ke Melaka juga hampir memakan masa 15 jam.Saat-saat macam ni lah buat semangat ak berkobar-kobar nak amik lesen kereta dan motor sem depan.Boleh jadi co-driver untuk balik raya tahun depan.

Raya keempat pula ak balik ke Bangi.Sampai ke rumah pada lewat malam.Perkara pertama yang ak nak sangat buat kat rumah ni adalah TIDO.Nasib baik raya kelima pon cuti lagi.Boleh sambung tido.hehehe

No comments:

Post a Comment