Tuesday, April 29, 2014

landskap bali

Salam semua.
Sedar tak sedar hampir 3 bulan juga aku tak update pape kat blog yang terchenta ni.hee

Alhamdulillah hari ni terbuka juga hati untuk update.Sebelum ni banyak sangat kekangan. Daripada segi masa, mood dan kerajinan.

Sebelum ni aku dah janji nak cerita pasal trip ke Bali kan?Walaupun dah consider cerita dah basi,aku tetap nak citer.hee..

Kitorang (bos,en kamarul,en rosli,alia,kak nadia n me) bertolak jam 11 malam 23 jan.bos bagi balik awal hari tu sebagai persediaan untuk ke airport.aku pula memang tak masuk ofis pagi tu sebab ada medical check up. Semuanya jumpa kat airport sebelum bos dan en kamarul tolong check in untuk kitorang.

hampir pukul 1pagi juga kitorang sampai mendarat di Denpasar airport sebab cuaca buruk.

kitorang terpaksa merentas banjir untuk sampai ke hotel. Memang pengalaman bari bagi aku tapi pemandu teksi tu relax je.memang sempoi. Kitorang menginap kat Oasis Hotel. Kat Kuta.

Hari pertama, breakfast beramai-ramai sebab bos nak brief tugasan kitorang bertiga.

sebenarnya awal2 lagi bos dah bagitahu yang kami bukan bercuti semata2.ada tugasan yang menanti.hee..

tugasannya ialah....jeng3...study 3o hotel kat area Kuta.Kuta memang tempat tumpuan pelancong dan rata2 area Kuta dipenuhi hotel2,lebih2 lagi area pantai. Tapi 3o....banyak tu.fuh2...

untuk tugasan ni,kami(kak nadia,alia n me) bergerak sendiri.geng2 bos ada agenda tersendiri katanya.bos ada sedianya supir untuk kami.kawan bos di sini.widya namanya.cantik dan nampak muda.tak percaya bila dia cakap dah ada anak.

Memang banyak hotel yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Ada juga hotel yang so-so tapi mahal. Untuk misi ni, seorang berlakon sebagai customer n yang lain2 ambil gambar. Nak selamat. Layanan mereka memang sangat baik walaupun kita dah inform awal2 yang kita hanya nak survey je dulu.

Kami sangat beruntung sebab Bali dah jadi 'rumah kedua' bos dan dia tahu kami tak akan sesat. Dia akan biarkan kami sendirian untuk jalankan tugasan yang diberi. Lebih kebebasan dan kami lebih selesa katanya.

Apa yang menarik mengenai landskap di sini adalah penggunaan tumbuhan yang hanya memerlukan maintenance yang minimal. Walaupun kurang menggunakan tumbuhan berbunga,tapi cara susunan yang sesuai memberi impak yang sangat menarik.

Terlalu banyak perkara yang menarik di sini. Lebih seronok kalau anda semua boleh merasa sendiri.