Tuesday, April 29, 2014

Umurnya makin meningkat.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup. Masih diberi peluang untuk mencapai usia ni. Insan pertama yang perlu aku ucap terima kasih semestinya bonda yang melahirkan. Yang membesarkan aku menjadi aku.

Wish pertama yang aku terima semestinya daripada kakak sulung aku. Seperti tahun2 sebelumnya.=]

Aku tak harapkan ribuan ucapan. Cukup sekadar ketenangan dan hari yang membahagiakan seperti sebelum2nya.

Aku tahu kebanyakan yang wish hanya tahu melalui fb, tapi aku sangat hargai. That simple wish really make my day. Aku sendiri pun malas nak wish birthday orang. Jadi menabg aku tak berharap ada yang sudi wish birthday aku. Terima kasih sekali lagi.

Bersyukur yang amat sebab dikelilingi ofismate yang happy good lucky, gila2, sporting dan yang seangkatan  dengannya. Mereka suprisekan aku dengan pavlova. Serius korang memang the best. Walaupun tak dapat kura-kura seperti yang dijanjikan, tapi ni lebih dari cukup. Sebenarnya berbulan2 juga aku bising pasal pavlova, tapi tak sangka betul2 dapat. Thanks a lot.

Apa yang aku harapkan sempena umur yang semakin meningkat ni, semoga urusan aku dipermudahkan untuk mencapai impian dan target aku untuk tahun ni. Paling penting doakan moga aku lulus lesen kereta deh. Dan semoga aku berjaya tawan gunung kinabalu. Tolong doakan deh.



InsyaAllah aku akan doakan semoga segala urusan kalian dipermudahkan.

semoga hari2 yang mendatang lebih indah dan segala kesulitan dapat ditangani dengan penuh kesabaran. Keep smile and be happy sokmo deh.=]

No comments:

Post a Comment