Saturday, May 3, 2014

Pervert

Hari ni merupakan hari yang agak memenatkan. Banyak habiskan masa dalam train untuk ke kenduri kawan di Seremban. Gara-gara taknak bawak motor jauh2,aku explore ktm yang terdekat.Konon-kononnya. Tapi tak ada lah dekat sangat.

Mula-mula pakai jeans je pastu bila dah on the way, baru tukar baju kurung. Tak sesuai nak naik motor dengan baju kurung bagai.

Sama juga bila balik. Bila dah sampai 'ktm terdekat', aku pun cari la tandas untuk tukar baju n jeans balik memandangkan nak bawak motor.

kebiasaannya kalau guna tandas awam, aku akan check sekeliling dulu.takut ada kamera tersembunyi. Tapi bukan kamera yang aku jumpa, tapi kepala orang yang duk terjengah dari tandas sebelah. Dia terus tunduk bila aku sergah.

Walaupun takut, aku cuba buka tandas tu tapi dia kunci. Aku ugut akan lapor pada pihak ktm kalau dia tak nak keluar. Dengar je ugutan aku, laju j dia pecut keluar.

lepas tu aku report pada pihak ktm tapi lelaki tu dah hilang. Tahu pula takut.

Siang hari di tempat public.berani betul golongan macam ni.patut kena sula ni.