Thursday, December 30, 2010

InA...

Hari ini ada smocking(semburan untuk halau nyamuk) kat kolej ini.Semua student kena turun bawah.Memandangkan semburan itu memakan masa yang agak lama jugak,ak join satu group ni.Nak tau diorang tengah buat apa?Layan cerita Indonesia(atau singkatannya adalah INA).TV kat bawah tu hanya boleh buka satu siaran j kalau tak silap ak n kebetulan time petang-petang camni hanya ada cerita dongeng Indonesia je.

Tak pasti pula tajuk cerita itu tapi ceritanya ala-ala cerita jack and the beanstalk. Ak tak berminat nak cerita tentang jalan cerita kisah ini sebab rasenya memang dah ramai yang tahu cerita ni camner kan.

Apa yang ak nak komen pasal cerita ini adalah Computer-generated imagery (CGI). Agak menyedihkan sedikit mengenai CGi cerita ni.Nampak sangat tak real.Cerita yang sepatutnya penuh dengan debaran menjadi cerita komedi.Bayangkan saiz itik yang dipegang oleh raksasa berubah menjadi kecil bila dipegang oleh manusia.Begitu jugak dengan syiling emas.Mereka agak kurang cakna untuk bab-bab ini.Begitu jugak dengan dinding rumah yang kelihatan seperti siling rumah j.Mungkin mereka mensasarkan golongan kanak-kanak sebagai penonton mereka jesteru perincian tidak dibuat sebaik mungkin.


Walaubagaimanapun,mereka patut dipuji kerana berani menayangkan cerita tersebut.Tak ramai yang begitu.Walaupun menyedari ada kelemahan,namun mereka tak menyerah.Mudah-mudahan mereka mampu memperbaiki segalakelemahan itu.Papepon,Congrate.

No comments:

Post a Comment