Monday, January 28, 2013

~m.a.k~

salam..apa khabar kawan-kawan semua?macam mana dengan hari minggu?mesti seronok kan sebab ada extra sehari sempena perayaan Thaipusam ( entah betul ke tak aku eja) kan?mesti semua pakat ambil peluang balik kampung, lebih-lebih lagi yang bekerja..

sama juga dengan aku.weekend kali ini sangat menyeronokkan dengan kelahiran anak saudara baru.perempuan..hari ni (28 JAN 2013), genap 11 hari kelahiran puteri abang aku yang menetap di Melaka.Paling best, mak aku datang Melaka.yeay!!

sebenarnya hampir 4 atau 5 bulan aku tak balik kampung...means tak jumpa mak aku yang tersayang.setakat dengar suara di corong telefon je.mana nak sama dengan jumpa depan mata kan.at least kalau depan mata, kita boleh bermanja (bermanja la sangat)..

mak aku datang melaka dari hari selasa minggu lepas (kalau tak silap la).so memang aku dah niat nak balik melaka.nak tengok baby baru plus jumpa mak plus tukar motor dengan abang.

jarak melaka dengan serdang tak ada lah jauh sangat.dalam sejam setengah ke dua jam je dengan motor.tak  boleh bawak laju-laju, bahaya.
aku sampai ke rumah abang aku sekitar jam 10.30 pagi. dan tengahari tu mak aku masakkan masakan kegemaran aku. sebenarnya 2 hari sebelum balik melaka lagi aku dah order makanan kegemaran aku tu.hehehe..walaupun aku ada kakak kat puchong yang boleh tolong masakkannya, tapi manakan sama dengan air tangan mak.sangat jauh bezanya.

erm..sebenarnya aku nak sambung lagi tapi mata dah bagi sign untuk tidur..haish..so baik aku undur diri dahulu buat seketika.nanti aku sambung pasal weekend yang menyeronokkan ini..=]

No comments:

Post a Comment