Thursday, January 24, 2013

~k.e.m.b.a.l.i~

Assalamualaikum..apa khabar kawan-kawan semua?harap sihat macam selalu..keep smile..maintain cun..=]

Rasanya memang dah tersangat lama aku tak update apa-apa kat blog ni.dan sejujurnya aku hampir lupa yang aku ada blog.haish...

aku memang ada satu tabiat buruk :hangat-hangat tahi ayam..masa mula-mula nak buat something, memang semangat gila.then bila dah boring, terus lupa.tinggalkan macam tu je.jangan ikut perangai tak elok ni.sangat tak elok ok.

kawan aku pernah nasihat aku masa aku mula-mula try nak buat blog ni..."pastikan sentiasa update.jangan hangat-hangat tahi ayam je.at least seminggu sekali pom tak apa."..dan aku cuba untuk ikut nasihat dia..mula-mula memang tak miss seminggu sekali tu, but bila dah mula masuk sem baru...dengan projek yang bertimbun...dengan tekanan yang melampau....aku jadi makin jauh dengan blog ni.

kenapa aku nak aktif balik? aku rasa aku perlukan satu ruang untuk luahkan apa yang aku rasa.aku tak kisah kalau tak ada siapa yang nak baca blog aku. aku cuma nak luahkan apa yang bermain kat fikiran aku.at least boleh kurangkan sikit tekanan perasaan..

kali ini aku akan cuba mantapkan guna bahasa melayu standard walaupun ayat berterabur dan terselit perkataan-perkataan inggeris.aku cuma nak improve komunikasi (even ni hanyalah penulisan) aku je.


apapun, harap ni adalah permulaan untuk aku terus berblog..=p