Sunday, March 17, 2013

be profesional

Selamat pagi pada semua 'burung hantu' yang tak tido lagi.hehehehe

Hurm..kenapa aku buat entry "be profesional" di pagi hari setelah lama menghilang ni?

Sebenarnya tetiba je ada mood nak bagi tazkirah pagi yang tak berapa cerah lagi ni. Pernah tak kamu bekerja dengan atau terpaksa satu group dengan musuh ketat kamu? atau pernah tak kamu satu group dengan kekasih hati yang tersayang?

Apa reaksi kamu kalau terpaksa satu group dengan golongan di atas?
Jika kamu boleh buat kerja dengan baik tanpa rasa tergugat atau boleh buat tugasan dengan bahagiannya, tahniah!!

ok.Pasal musuh ketat...Tak tahu la kalau masih ada musuh ketat di usia yang sepatutnya berfikiran matang ni...tapi make sure sentiasa be positif dan cuba berlagak biasa walaupun susah. Jangan lah buat tak endah kalau dia tanyakan pasal tugasan yang perlu dilakukan. Dan yang paling penting, jangan pula kita hasut groupmate yang lain untuk pulaukan dia..Be mature..Kontrol emosi tu.Kikis sikit sifat kebudak-budakan tu..

"awak jangan kawan dengan dia..kalau awak kawan dengan dia, saya tak nak kawan dengan awak"

Pernah dengar dialog tu? Zaman budak-budak dulu memang la boleh..Tapi tak kan umur dah boleh jadi mak budak pon nak buat perangai yang sama kan. Kalau memang tak boleh hadap  musuh abadi tu, just buat tak nampak dan bercakap bila perlu je. Not a big deal kan?

Pasal kekasih hati pula..kalau kekasih kamu dalam kelas yang sama, for sure kamu berdua akan nak satu group at least once.Betul tak. Kat sini nak nasihat sikit bagi golongan kekasih yang tengah loving-loving dan tak dapat dipisahkan sampai semua perkara perlu dilakukan bersama-sama even untuk grouping, just be profesional. Jika kekasih anda ketua kumpulan, make sure dia tak berat sebelah. Just lebihkan anda je sampai timing meeting group atau apa-apa tugasan, perlu dapatkan cop mohor anda. Haish.. 

Tak salah pon nak tunjukkan kasih sayang yang tiada tandingan tu, cuma kadang-kadang perlu tengok tempat dan situasi jugak. Jangan sampai tak ada orang nak jadi groupmate anda.

sekian..=]