Sunday, March 17, 2013

char kuey teow

Hari ni mood rajin terlampau sikit untuk post sekali lagi.hehehehe

Semalam seharian aku tak keluar cari makanan.Mood nak buat kerja datang tiba-tiba. Kalau aku keluar cari makanan, takut mood tu lari pula. So aku makan megi je..

Malam pula, aku ajak seorang kawan untuk temankan aku makan char kuey teow.

Honestly, aku kureng sikit char kuey teow dan segala adik beradik kuey teow. Tak kira la masak macam mana pon, aku tak makan.Bukan cerewet, tapi susah sikit nak terima.Orang kampung kan..

Niat di hati nak cuba la makan sesuatu yang aku selalu elakkan ni.Kawan-kawan pernah cakap char kuey teow tempat tu sangat sedap. Dengan perut yang lapar, aku fikir senang la nak makan mende alah tu.

ni gambar miss google je.

Nampak sedap kan?Fuh..Memang nampak sedap. Tapi aku berjaya makan separuh je. Ok la bagi insan yang baru belajar nak makan kan?

Tapi yang tak bestnya, lepas makan aku rasa pening-pening dan rasa nak muntah. Normal ke? Mungkin sebab perut masuk angin tapi sedikit sebanyak aku jadi fobia sikit buat masa sekarang.

Mungkin boleh cuba lain kali..=p

Nasib baik ada member yang caring.boleh hilangkan sikit sakit kepala tu.=p