Saturday, March 2, 2013

~when everything goes wrong~

Pernah tak kamu semua bangun tidur dengan mood yang sangat bahagia but then everything yang kamu buat jadi huru hara? Semuanya jadi tak kena?
Menyakitkan kan??

Kita cuba untuk keep positif tapi makin lama makin haru..Makin menyakitkan..Makin besar dugaannya..

Semalam aku bangun tidur dengan mood yang tersangat bahagia. Nothing to worry even nak hantar report praktikal.Semua dah siap.Cuma tunggu print je.
So dalam tengahari aku ke kedai print biasa (Darn Lukis punya kedai print). Bila dah print baru tau ada part yang tetinggal..Auch..Tapi okla.Baru jam 1.30 petang. Kena hantar sebelum jam 4 petang. So sempat la aku save balik apa yang patut ditambah dan diprint. Tak ada lah susah sangat. Aku ambil kesempatan ni untuk edit apa yang patut.

Since Drn Lukis tutup time solat jumaat, so aku santai-santai je dalam studio.Online..tonton cerita.. Ada member nak pinjam selipar untuk solat jumaat since dia pakai selipar.So aku on je la.Bukan aku nak kemana-mana pon.Time ni mood still ok.

Darn Lukis buka balik jam 2.30 petang tapi member yang pinjam selipar tu still tak muncul-muncul lagi even dah jam 3. Haish..Lama bebeno solat jumaatnya. Aku pon pinjam selipar member walaupun tak berapa muat.Janji boleh pakai.

Elok aku baru nak start motor, member aku tu sampai.Aiks..Selipar yang dia pakai tu bukan selipar aku.Hurm..Tak apalah.Nantilah setelkan. Aku nak setel pasal report tu dulu.Sampai je kat Darn Lukis, ramai sangat orang dan semuanya muka budak studio aku yang nak print out report juga. So aku decide just nak print out je report dan akan binding kat tempat lain. Memandangkan report tu aku dah binding masa first print, jenuh jugak nak cari kedai yang ada binding yang sama. Nak pusing ke Darn Lukis balik, memang jauh jugak la.Plus malas nak patah balik.Nasib baik ada jugak kedai yang ada lepas hampir 8 kedai yang aku tanya. Ok la walaupun binding tu tak berapa kena sangat.Just hampir sama.

Time tengah-tengah rushing ni, banyak betul transport especially kereta bawa slow je depan aku. Wahai  sayang-sayang sekalian, aku nak cepat ni..haish..Potong? Jalan sempit la sayang..Akhirnya aku berjaya hantar report tu tepat pada masanya. NO!! Lewat 2 minit kalau tak silap.Nasib baik tak Kak Linda tak ambil kira masa.
OK.Skang pasal selipar aku pula.Rupa-rupanya selipar aku tu hilang.Means dah dirembat.Paham-paham lah kalau time solat jumaat kan. Dan member aku rembat selipar lain yang nampak lebih kurang sama macam selipar aku.Wait.. aku kenal selipar aku ok.Walaupun hanya selipar jepun fipper yang beli kat downtown je, tapi tu la yang duk teman aku beberapa minggu ni.Sayang kot.

Time ni mood aku boleh tahan lagi la.Just sedikit panas.Then aku ke Pejabat Keselamatan.Nak dapatkan stiker UPM untuk motor. (sebelum ni pernah kena tahan dengan pegawai keselamatan UPM). Dengan niat murni suci tu, aku cuba luangkan masa yang ada tu.Tapi ramai sangat orang. Tunggu dann buat je la?NO!! Dengan mood yang tak berapa stabil ni, memang tak mungkin aku boleh tunggu dalam pejabat tu semata-mata untuk dapatkan stiker kolej tu. Kirim salam lah.Mungkin ini bukan rezeki aku lagi.Kalau satu sem aku boleh bawa motor tanpa stiker, tak kan tak boleh bertahan untuk beberapa hari lagi kan? Minggu depan la aku Ambil stiker tu.

Memandangkan baru jam 4 lebih(tak sampai 4.30 petang lagi), aku consider jalan tak jem lagi time-time macam ni. So aku decide nak ke Mines. Boleh hilangkan rasa tension kalau tengok buku-buku yang comel konon-kononnya. Tapi jalan jem giler.WAIT..Baru jam berapa ni??BUkan ke jam 5 petang baru habis kerja ke? Kalau kerajaan pon, jam 4.30 kan?? kenapa kamu semua keluar awal ni????? Time ni memang aku tak boleh control emosi aku. Memang heavans la...

Sampai je kat Mines, parking pula tak ada.Ramainya motorist yang datang Mines time macam ni.Tak ada masa lain ke yang kamu semua nak datang.Kalau aku tahu macam ni, awal-awal lagi aku balik kolej je.Boleh rehat-rehat.Dua kali round juga baru boleh dapat parking.Hurm...Nasib baik ada. Then alang-alang dah sampai ni, aku masuk je la.

Kebetulan masa aku sampai, bau masuk Asar.Alang-alang tu solat dulu la.Bajet boleh spend masa lama sikit dalam bookfair (big bad wolf kat MIECC, sebelah Mines).Memang ramai yang tak terkira dalam bookfair tu.Yang nak bayar pon beratur panjang.Tapi it's fine la. Aku release tension je dulu dengan tengok buku-buku yang comel dan cambest. Dah sejam lebih belek-belek buku, decide nak bayar la kan.Tapi tak sanggup pula nak beratur panjang. Lagipun perut dah menyanyi lagu nasyid. OPs..baru teringat.dah seharian tak makan.jam dah pukul 6 petang.Memang pengsan dulu kalau nak tunggu bayar ni. So dengan perasaan berbaur, aku letak balik buku-buku yang aku dah pilih tu. Menangis dalam hati.

Memang Tuhan sayang aku lebih ahari ni...Resit parking hilang!!Macam mana ye?Aku try tanya kat kaunter security dan diorang cakap kena bayar ganti rugi rm20. Mungkin bagi kamu semua nilai tu sikit je tapi bagi aku, rm20 tu boleh buat duit makan untuk beberapa hari kot. Mungkin sebab tension dari awal lagi, aku rasa terbeban. Memang totally lost. Aku cuba call beberapa orang kawan.Tahu bukan diorang boleh membantu sangat tapi at least rasa lega sikit boleh share 'bebanan' tu dengan orang lain.Unfortunately, nobody answer me.Thanks a lot. Dengan kepala dah tak berapa betul, aku ke mall balik. Dah tak tahu nak buat apa. Mungkin aku terpaksa juga bayar rm20 tu. 

Dalam kepala duk fikir, "kenapalah aku hilangkan resit tu..Kalau tak , bayar rm1 je.tak ada lah burn rm20"..

Tapi Alhamdulllah aku jumpa juga resit aku.Terjatuh kat area parking kereta. Memang rasa nak sujud syukur je. Then akhirnya aku boleh keluar. Kepala aku nampak katil je.Tak sabar nak sampai kolej.Tapi tak semudah tu.Jam 6 petang memang timing yang paling 'tepat' untuk aku keluar.Peak hour kot. Memang pack.Even moto, tak ada ruang nak menyelit.Yang paling best, terpaksa u-turn jauh sebab jalan biasa kena block oleh pegawai yang berdedikasi.

Memang kepala aku dah tak boleh fikir. Kenapa hari ni hidup aku jadi huru hara? Apa yang Tuhan nak tunjuk sebenarnya? Mungkin aku tak sedar betapa aku banyak buat dosa.Mungkin aku tak sedar aku jauh dari-Nya. Mungkin aku tak sedar yang aku tak letak sepenuh pengharapan kepada-Nya. Mungkin Allah nak aku jadi insan yang lebih kuat. Aku pernah dengar satu ayat yang menyatakan Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu menghadapinya.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Aku sedar bukanlah besar sangat dugaan yang aku hadapi n kalau nak dibandingkan dengan orang lain, tapi bila bermain dengan emosi dan perasaan...perkara tu menjadi berat. Tapi yang pasti, perkara-perkara sebegini membuatkan kita semakin dekat dengan-Nya. Bila jiwa terasa kosong dan akal seakan tak boleh berfungsi, kita akan jadi telus untuk meluahkan segala-galanya pada-Nya. Masa ni kita akan sedar yang tak ada sebaik-baik pendengar selain dari-Nya.

jadi sentiasalah berbaik sangka dengan segala sesuatu yang berlaku dalam hidup kita..=]


No comments:

Post a Comment