Tuesday, May 13, 2014

Jodoh-Telefon

Telefon...Pertama kali aku beli telefon masa form 4 kalau tak silap. Guna duit biasiswa. Bawa ke asrama. Senang nak berhubung dengan keluarga konon-kononnya. Lepas tu...eh, kat mana telefon tu sekarang? Dah hilang kot. Sebab aku pinjam telefon adik aku masa Matrikulasi. Okeh. Aku dah hilang memori pasal telefon tu.

Masa form 1, aku beli telefon nokia hitam putih. Tapi tak kekal lama juga. Maybe setahun je kot. Sepanjang tempoh tu sampai tahun 3, telefon asyik bertukar ganti. Bukan beli baru, tapi pinjam telefon adik beradik. Untung family ramai.hee

Dan sepanjang tempoh tu, macam-macam tragedi aku dengan telefon. Rosak la, hilang la, jatuh la, tertinggal dalam teksi la, terjatuh dalam toilet la dan macam-macam lagi yang aku dah lupa. Fuh. Memang jodoh kitorang tak panjang.

Tahun 4, aku beli telefon nokia hitam putih balik. Guna duit upah tolong lecturer. Selagi boleh meseg dan call, tu dah syukur sangat-sangat. Lama juga jodoh aku dengan telefon tu.Dekat setahun. Sampai kerja. Alhamdulillah..

Bila masuk kerja, semua sibuk guna whatsapp dan semua yag sama waktu dengannya. Client pun tanya ada mende alah tu ke tak. Jadi konon-konon nak upgrade, aku beli telefon yang ada aplikasi tu. Yang paling cikai je la. 

Rasanya baru je beberapa bulan aku guna telefon tu, tapi sekarang telefon tu pun dah nazak. Alkisahnya, mminggu lepas aku janji dengan kawan-kawan untuk jumpa kat Paradigm mall. Paradigm mall tak adalah jauh sangat. Dalam 20min je kot dari tempat aku. memang excited sangat nak jumpa mereka. Tapi memandangkan aku tak pernah pergi sendiri, satu hal pula nak explore jalan. Memang ofismate ada bagitahu cara nak pergi.Siap lukis map lagi. Tapi aku dah terlepas satu simpang dan terus sesat dengan jayanya. Paham-paham la jalan KL. Kalau dah terlepas jalan, bukan boleh patah balik macam tu je. Satu hal nak kena pusing jalan. 

Dalam masa yang sama, hujan pula. Terus lebat. Tak sempat nak berteduh. OPs.Aku naik motor je. Memang tak sempat nak buat apa. Aku redah je la. Bila dah basah kuyup, memang tak ada perasaan la nak berhenti memana. Sebab  yang pasti, kebanyakan yang berhenti berteduh tu adalah lelaki. Jarang jumpa yang perempuan. Memalam pula. Memang aku tak berani. Aku lebih rela mandi hujan daripada berteduh dengan mreka.

3 jam juga aku berhujan dan aku balik rumah terus. Tak sampai hati jumpa mereka dalam basah kuyup camtu. SAmpai rumah, telefon ok lagi. setengah jam macam tu, dah ada tanda-tanda tak sihat.Lepas tu , terus gelap. Rosak~~~sobs2..Sekarang terpaksa guna telefon pinjam lagi..

Tapi walaupun jodoh aku dengan telefon tak panjang, tapi jodoh aku dengan nombor aku masih panjang.heee..Aku guna nombor yang sama sejak PLKN lagi. Sebelum tu aku asyik tukar nombor. Ramai kawan yang marah. Jadi sejak PLKN aku guna nombor yang sama je. Setiap kali aku jodoh aku dengan telefon tu dah tak ada, muka aku akan menapak depan celcom centre. Dapatkan nombor yang sama balik. Ntah berapa ratus kali muka aku muncul depan celcom centre.

Jadi kalau tetiba aku tak kenal siapa yang meseg atau call, janganlah marah. Aku jarang buang nombor orang.