Thursday, May 29, 2014

Tak percaya..

Dalam hidup ni,kita berdiri sebagai kita.aku adalah aku dan kau adalah kau. Setiap orang mempunyai personaliti berbeza. Melalui perjalanan hidup yang berbeza.mengharungi takdir hidup yang berbeza. Membesar dengan suasana berbeza dan membentuk insan yang berbeza. Membentuk pemikiran yang berbeza. Pendek kata, semua orang sangat berbeza.

Aku terkejut bila tiba2 ada seorang kawan rapat bagitahu dia jeles dengan aku.hahaha. tak sangka ada juga makhluk yang jeles dengan aku yang serba kekurangan ni. Macam tak percaya je. Rasanya itu adalah statement paling mrngarut yang aku pernah dengar.

Aku tak rasa ada yang sanggup jadi aku. Tak ada apa yang istimewa. Kadang2 lone ranger. Banyak menghabiskan masa depan tv. Blur dan tersangat blur. Hidup yang sangat tidak sempurna.

Jauh dari keluarga. Tak ada siapa yang akan bimbang kalau aku balik lambat atau langsung tak balik. Tak ada siapa yang akan call kalau aku masih di ofis hingga larut malam. Tak ada siapa yang akan kisah kalau aku masih di atas motor di jalanan walau masa sudah melepasi 12 tengah malam. Senang cakap, kewujudan aku langsung tak disedari.

Jeles? Aku yang jeles dengan orang sekeliling. Sentiasa ada orang yang ambil berat. Mestilah aku jeles. Perasaan dihargai. Diperlukan. Aku bukannya langsung tak berhubung dengan family. Dalam seminggu,adalah 2 3 kali aku call mak.

Kawan? Yup. Aku ada ramai kawan. Ada bff. Masih manusia yang normal. Paling kurang seminggu atau 2 minggu sekali kami akan lepak2 and do some activities together. Tapi masing2 ada hidup memasing. Takkan lah hari2 nak tanya khabar kot.

Memang aku manusia yang tidak norma. Hidup dalam dunia sendiri. Membuat keputusan mengikut gerak hati sendiri. Tapi aku sangat bersyukur atas ketidaksempurnaan aku. Aku bersyukur menjadi aku. Kejelesan anda membuatkan aku rasa berbesar hati.hahahaha