Friday, May 23, 2014

yes, we did it!!!

Hujung minggu lepas merupakan hari minggu yang sangat meletihkan tapi sangat menyeronokkan. Kitorang panjat Gunung Nuang!!!

Pancit. Itu sangat pasti. Aku bukan kaki hiking. Satu-satunya tempat yang aku pernah panjat adalah Broga semata-mata. Itupun sekadar bukit. Bukannya gunung. Masa first time panjat Bukit Broga, memang senang je sampai ke puncat tapi ,masa last aku panjat Bukit Broga, memang pancit. Stamina memang hilang ntah ke mana. Badan dah makin tua.

Berbalik kepada Gunung Nuang. Memang dah lama kawan plan tapi tak sangka pula menjadi. Misi mendaki Gunung Nuang ni merupakan salah satu latihan untuk misi yang lebih mencabar dalam masa yang terdekat ni.Misi yang memerlukan stamina yang lebih mantap. At least latihan ni membolehkan kami mengetahui tahap stamina masing-masing dan tahu apa tindakan yang perlu kami ambil untuk mantapkan stamina kami.

Kitorang seramai 7 orang. 5 lelaki dan 2 perempuan. Memandangkan perempuan tak ramai, kitorang dilayan macam puteri la.hee. Kitorang start ekspedisi jam 530 petang dan bermalam di Kem Lolo.

Pepagi keesokkannya baru kitorang teruskan perjalanan untuk ke puncak Gunung Nuang. Perjalanan dari Kem Lolo ke puncak mengambil masa 4 jam.Tapi kami hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja untuk kembali ke Kem Lolo. 

Banyak pengalaman yang nak diceritakan sepanjang hiking ni, tapi sekarang aku dah lambat untuk balik. Kat luar pun dah hujan. Aku boleh tunjuk gambar je. Nanti aku sambung cerita.



Photo: #nuangtrip #love #nature
gambar ni masa kat Kem pacat.


Here we are. Puncak Gunung Nuang. Sejuk kot.

No comments:

Post a Comment