Friday, March 11, 2011

~s.i.b.u.k~

Tanda-tanda projek studio sudah bermula:

1. Student dah tak ingat jalan balik bilik.Kalau dulu,tak habis lagi subjek studio tapi dah menghilang.Dah balik bilik.Sekarang,bilik pon dah tak ingat.24 jam hanyalah di studio.Rumet pon dah tak kenal siapa.Kadang-kadang sampai seminggu tak jumpa rumet.Maklumlah,time ambil barang kat bilik,rumet pergi kelas.Memang tak ada peluang la untuk beramah mesra dengan rumet tersayang.Studio only.Kalau keluar pon hanya untuk beli makanan dan ambil barang kat kolej.Suasana studio sangat meriah.

2. Studio aktif pada waktu malam.Time-time biasa,memang haram la nak stay kat studio.Tapi since kerja bertimbun and kejar dateline,studio lah jadi rumah pertama.Kaulah rumahku....kaulah syurgaku.Siap ada yang bawa toto (tilam).Semua jenis sumber makanan pon dibawa.Bekalan hidup.

3. Semua muka tensen.Pada masa inilah mood masing-masing dah tak terkawal.Kalau diorang senyum pon,nampak sangat senyum plastik.Dari jauh dah dapat rasa aura panas dan ketensenan.Tunggu masa nak meledak je.So jangan pandai-pandai nak jolok sarang tebuan.Teruk padahnya.

4. Gila.Time-time macam ni,pelbagai aksi pelik yang dapat dilihat.Masing-masing akan jadi gila-gila.Memang banyak la aksi-aksi baru yang korang dapat lihat.Bez.Dan yang common sangat pon adalah menyanyi,menari,main lari-lari,kacau orang dan lagak cam budak-budak.Memang semua akan jadi macam tu.Berubah karakter.Memang masing-masing dah tak sedar umur la.

5.Tak kenal orang luar.Kalau selalunya,dari jauh tegur member-member.Sekarang,member selisih tepi bahu pon dah tak perasan.Pada masa ni,memang dah tak ada istilah buddy.Semua masuk je.Memang bez sebab masa ni lah kita boleh kenal siapa-siapa yang sebelum ni tak berpeluang pon kenal rapat.Betul-betul merapatkan silaturahim.


*ni dulu kot serba sedikit perubahan yang sangat normal berlaku bila kerja studio berjalan.Nanti kalau ada sebarang tambahan,ak akan ceritakan lagi.

No comments:

Post a Comment