Monday, March 21, 2011

~d.e.m.a.m~

Setelah beberapa hari berjemur panas untuk menyiapkan 'edible garden' & bermandi hujan,akhirnya ak demam..Dah lama tak demam.Bak kata orang alim-alim,sakit-sakit macam ni penghapus dosa kecil.Alhamdulillah sebab sakit.

Tapi as a normal human,demam ni agak mengganggu konsentrasi ak.Malam-malam ak agak susah nak stay up untuk gerakkan projek 'lembah bujang' tu.Bukan tu je.Kepala jadi sakit bile banyak berfikir..Konsep design pon ak tak sempat nak fikir lagi.Sempat ke nak siapkan kerja dalam masa yang ditetapkan?Tinggal 3 minggu je lagi.

Ditambah dengan beberapa personal problems,hidup ak agak horrible this week.Ak prefer untuk jadi pendiam daripada bercakap banyak.Kepala tak bape nak tenang,so macam mana nak bergumbira.Lagipun,kan lebih baik jadi pendiam..kurang la probability untuk sakitkan hati orang.

Ingin ditekankan di sini bahawa bila kita diam,langsung tak terniat yang kita sedang moody.Buat apa nak berpura-pura tengah gembira umpama sedang jatuh cinta kalau memang bukan itu yang sedang dirasai.Buat apa nak berpura-pura banyak cakap kalau memang dah xde modal nak borak pasal pe.Sangat letih la hidup dalam kepura-puraan ni.So,just be shut up.

Teruk sangat ke orang yang pendiam?Hina sangat ke kalau memang dah dilahirkan tak banyak cakap?Penting ke untuk melatih diri sendiri menjadi insan yang paling talkative dalam sesuatu group?

Tak salah untuk bercakap banyak tapi kadang-kadang mulut ni perlu senyap seketika untuk memikirkan sumthing yang lebih penting.

No comments:

Post a Comment