Wednesday, March 2, 2011

~a.i.r.m.a.t.a~

Minggu ni rasa macam ada awan mendung yang sentiasa ikut ak.Kestabilan emosi agak tergugat.
Beberapa hari yang lepas,kitorang kena present inventori dan analisis untuk site Lembah Bujang.Memandangkan ini adalah kerja berkumpulan,setiap orang ada bahagian masing-masing.
Disebabkan sebelum ni kitorang pernah menyiapkan satu projek secara berkumpulan,so kitorang ikut bahagian2 yang sama untuk projek Lembah Bujang ni.
Tak tahu mana silapnya,ak terpaksa pegang dua board.Tak sangka pula site kali ini besar dan banyak perkara yang perlu dikaji.
Disebabkan dua board yang ak pegang dan masing-masing adalah A0 paper,ak tak boleh fokus semuanya.Ak cume dapat fokus pada satu board sahaja.Satu board lagi disiapkan dalam keadaan kelam kabut.Mane sempat nak siapkan dua board sekaligus dalam mase beberapa hari je.
Pada mase presentation,kawan ak tolong presentkan board pertama (yang ak berjaya siapkan dengan jayanya-kawan ak tu pon ad la jugak tolong sikit-sikit).Dan ak present board kedua (yang ak buat dalam keadaan kelam kabut tu).
Tengok je board kedua tu,lecturer ak terus mengamuk.
"sebagai student tahun dua sem 4,memang grafik awak ni tidak boleh diterima..unacceptable!!"
"kalau awak nak fail,awak fail sorang-sorang.Jangan babitkan ahli group awak yang lain!!"
Memang sangat-sangat pedas bagi ak.Lepas panjang lebar dia marah-marah,barulah ak dapat bersuara yang ak siapkan dua board.(padahal ad je kawan ak yang buat dua orang untuk satu board).
Ayat-ayat tu menyebabkan ak rasa ak ni sangat-sangat menyusahkan orang lain. dan depan semua studiomate ak tu,air mata ak mengalir.Ak memang tak pandai nak tahan.
but i really thanks my lec coz make me realise sumthink..i need to change..i need to work hard..

No comments:

Post a Comment