Thursday, February 21, 2013

~final sem~

Assalamualaikum dan selamat pagi..=]

Maaf sebab agak lama tak menulis (konon-kononnya).=p
Minggu ni sibuk sikit sebab minggu ni merupakan minggu pertama aku sebagai final year undergraduate student of landscape architecture.

Excited terlebih. Hehehehe..
Sem terakhir. Killer Sem. Fuh.... Mood untuk final sem ni macam berkobar-kobar disebabkan dah lebih kurang 8 bulan tak masuk studio sebab sem lepas aku praktikal selama 24 minggu (6 bulan). Maknanya 8 bulan tu jugak aku tak berjumpa kawan-kawan yang tercinta.Cewah..

Hari pertama (Isnin lepas) memang agak awkward sikit sebab dah lama tak jumpa. Masing-masing dah nampak mature. Nampak lah perubahan dari segi percakapan dan yang paling ketara pemakaian for sure.

Macam biasa, hari pertama pasal studio. Penyelaras studio untuk sem ni adalah En. Nazri. Tak pernah lagi bekerjasama dengan beliau. Beliau memang akan pegang final year students je. ops.Beberapa hari lepas dia dapat baby baru (anak keempat). Baby girl. Tahniah En Nazri..=]

Ok. Berbalik pada topik asal. Hari pertama bincang pasal FYP for sure. Then pasal trip dan sedikit nasihat berguna. Lastly pemilihan ketua kelas. Comel kan.hehehe
Nak tahu siapa tunjang kelas kami sem ni??
jeng....jeng...jeng....

ni dia ketua dan penolong kelas.Yup. That's me.
Selepas tadah telinga mendengar beberapa wasiat dari ketua kelas, kami setelkan setting studio. Keistimewaan final year student adalah masing-masing mempunyai space sendiri yang selesa dalam studio. Siap ada partition.

Jom kemas studio.
Ni base plan untuk layout studio. Cukup untuk 34 orang.


Studio di cat baru by lecturers and staffs.  Bak kata  ketua jabatan. "dengan penuh kasih sayang"..Love them..<3 <3 <3


Ni daripada pandangan depan.

Partition untuk setiap student. Macam kat ofis je.

'My studio, my heaven'. Penuh semangat nak jadikan studio macam rumah sendiri.

Ni tempat aku.Ops...bersepah sikit. Dah ada tempat tidur.hehehe
Harap momentum untuk sem baru ni tak merudum. Good luck kawan-kawan..Chaiyok-chaiyok!!

Doakan moga taun ni kami semua dapat bergraduate bersama-sama.=]

No comments:

Post a Comment