Saturday, February 9, 2013

~sunyi~

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan-kawan semua? Hope maintain cute and cun.hehehehe

Sorry aku tak pandai sangat nak mukadimah panjang-panjang.So baik aku terus ke tajuk aku hari ni. SUNYI. But it doesn't mean aku tengah forever alone or what so ever.

Sepanjang cuti sem ni aku tak balik kampung sebab ada job sikit kat fakulti. Aku tak kisah sangat kawan-kawan balik kampung tapi aku kat sini sebab still ada budak kolej under UPM yang study kat kampus induk UPM. Diorang punya silibus lain sedikit. Kat floor aku ada beberapa orang dari golongan ni.Even rumet aku sendiri dari kolej Shahputra. So tak ada la aku rasa boring atau sunyi sangat.

Tapi minggu ni ramai yang balik kampung sebab cuti raya cina lama sangat.Sampai hari Isnin. Even pejabat kat fakulti pom cuti sampai hari selasa.Memang cuti sakan la.
Memang la rumet aku tak balik kampung tapi aku rasa macam tak ada sesiapa pun kat floor aku ni.Apatah lagi floor lain.Haish..

Memang best sebab internet laju je time-time macam ni. Tak payah berebut line tapi kebosanan terlampau. Rumet aku busy dengan study dan class. Nak makan tengahari pun aku terpaksa bungkus dan makan depan laptop.Sambil tengok cerita. Selalunya hari minggu aku akan makan dengan ex-rumet aku yang dah kerja tapi tinggal kat area ni tapi pagi tadi aku baru hantar dia ke LRT Sungai Besi.Dia pun dengan gembiranya balik kampung. Kalau tak pun, aku akan paksa 'teman tapi mesra' makan. Dia tak balik kampung juga sepanjang cuti sem ni sebab nak setelkan proposal fyp, cuma minggu ni dia bercuti dengan family. So bertambah-tambah perasaan kesunyian tu.Rasa kosong sangat-sangat.sobs2...

Kenapa aku tak ikut balik kampung? Memang aku tak suka balik kampung time-time ramai orang balik.Kesesakan yang nyata. Plus kalau aku balik kampung, for sure aku tak dapat siapkan job aku ni.
 
Memang banyak kelebihan kalau tak ada orang. Contohnya tak payah berebut-rebut nak guna toilet or shower room, internet super duper laju, jalan tak jem, tak ramai orang kat kedai makan, dan banyak lagi la.TETAPI sangat la bosan di kolej ni. Please jangan cuti lama-lama sangat.haish... Nak makan tak ada kawan (malam tadi rumet yang temankan makan,) , nak round-round or lepak-lepak tapi tak ada geng, dan banyak lagi la.The end aku kat bilik je mengadap kerja sambil online..

Tak sabar nak tunggu kawan-kawan datang dua minggu lagi.Cepat lah saing-saing weh~~
Kesian member mung yang kesunyian ni.hahahaha

No comments:

Post a Comment