Saturday, September 21, 2013

kerja weh..

Malam ni ada dua task yang perlu disiapkan. 
1- kerja ofis. Isnin ni ada submission.
2- Lecturer punya. Pasal research on tourism walkability.

Semuanya perlu disiapkan secepat mungkin memandangkan laptop yang aku guna ni adalah pinjaman semata-mata.Takut nanti tak sempat nak setel kalau empunya laptop datang menagih barangnya. Hahahaha..

Masalah sekarang adalah bila mengadap laptop dengan ada wifi, laju je tangan duk online. Please help me.Hahahaaha..

Dan paling seksanya, aku masih suka stalk dia. memang la dia dah block akaun aku, tapi aku still nak stalk dia.Gila kan. Dah berbaldi bebelan member yang mengharap aku move on.. Hahaha..Memang aku move on pun tapi aku cuma nak pastikan dia semakin bahagia. Aku nak pastikan dia sentiasa mencapai impiannya sebab aku gembira melihat kegembiraan dia, tak kisah la samada dengan atau tanpa kehadiran aku. Gila dramatis ayat.Hahahaa..Ni la hasilnya berjaga malam-malam.Hahahaa.. 




Ignore je ayat-ayat mengarut kat atas. Sal, sila offline dan teruskan kerja anda. Masih banyak yang perlu disiapkan. ok, misi siapkan kerja sebelum subuh.At least yang ofis punya. Chaiyok2!!


No comments:

Post a Comment