Wednesday, September 18, 2013

Roadblock

Hari ni agak kemalasan untuk buat apa-apa. Bangun awal tapi jam 0830 baru gerak pergi kerja.Nasib baik sempat sampai sebelum jam 9. Sampai-sampai dah nampak ofismate tercegat depan ofis.Dia tak dapat lagi kunci ofis. 

Banyak sebenarnya kerja yang perlu disetelkan hari ni. Tapi tak ada mood plus ada certain2 perkara lai yang perlu disetelkan, lepas magrib juga baru setel semuanya. Bos dah warning awal-awal supaya aku tak balik lewat macam biasa memandangkan aku seorang je yang bawa motor. 

Lepas tol Putra Height, ada roadblock. Tak ada la cuak sangat memandangkan aku tak rasa aku ada buat salah pape. ic ada..roadtax ada..lesen ada..So aku buat je la muka selamba. Muka cun aku belum mampu membuatkan abang-abang polis tu lepaskan aku terus. Still kena tahan.hahaha..Jadi dengan bangganya aku pas je la lesen dan roadtax. 

Aku ingatkan semuanya setel kat situ je. Tapi still tak lepas-lepas lagi. Apsal plak?? Rupa-rupanya aku lupa nak letak sticker P. Al-maklum lah motor pinjam. Motor aku? Motor aku ada tersadai kat bengkel. Problem teruk. Memang tak dapat diselamatkan. 

Abang polis tu just bagi amaran je la. Tapi bukan nada marah-marah. Siap senyum lagi. Terima kasih banyak-banyak. Aku pasrah je kalau kena saman pun. Memang salah aku. 

Nasib baik abang polis yang hensem-hensem tu sangat baik hati sebab dengan senang hatinya masih mampu bertimbang rasa dengan aku. Jasamu dikenang.

Disebabkan hari dah malam, rasanya semua bengkel dah tutup. Hopefully esok tak ada roadblock.Please. Minggu ni je aku guna motor ni.InsyaAllah.