Tuesday, September 17, 2013

kerjaya


Alhamdulillah..esok genap sebulan aku kerja. Seronok juga dunia kerja ni.Hari-hari ulang alik dari Serdang ke Subang.Nasib baik tak jauh sangat. Dalam setengah jam je dengan motor.

Teringat pula masa interview kat sini. Dua hari sebelum puasa tahun ni.Mula-mula melangkah kaki ke dalam ofis ni, aku dah terpegun dengan kesederhanaan interior dalam syarikat ni. Sangat simple tapi menarik. 



First task yang diberi: design kid area dalam masa satu jam.wow...selama ni ambil masa satu sem untuk buat 1 projek.means untuk design something pon, ambil masa berminggu-minggu. Boleh ke dalam tempoh masa satu jam?? Tapi betul la orang cakap, otak akan berfungsi bila kita dalam keadaan stress. Semua yang terlintas kat kepala otak, aku gunakan.Dalam hati memang aku agak aku memang akan fail la.Memang tak akan dapat job ni. Masa ni boleh pula aku lupa berapa lebar walkway. hahaha..dan masa present depan bos, aku bantai je.Yang penting buat muka confident.



Second task: listkan 20 jenis pokok, 20 jenis shrub, 20 jenis palm dan 20 jenis groundcover. sciencetific name please..Memang gila. Memang semua yang ada dalam kepala lesap tiba-tiba. Semua nama yang aku pernah ingat dah hilang. Nasib baik ada classmate yang terer bab-bab pokok ni. Terus je aku mesej dia. Tapi tu pon banyak je lompong. Memang tawakal je la.



Lepas lebih kurang 2 jam untuk dua-dua task ni, baru dia ajak masuk bilik dia dan start interview. Aku memang dah low confident.Aku rasa memang aku dah tak dapat kerja ni sebab aku tak boleh complete task yang diberi. Tapi aku jawab semua soalan dengan sebaik mungkin.Sesi interview pun ok la.Aku just be myself. Ops.Dua orang yang interview aku.Bos dan partnernya. 



Lastly, diorang tanya bila aku boleh start kerja. Aku bagitahu selepas raya sebab aku dah ada plan lain untuk bulan puasa. Dan diorang cakap tak sabar nak tunggu aku join diorang. Aku macam terkedu kejap.

 "means saya dah dapat kerja ni ke?"
"yup, nanti kami hantar offer letter"


Memang aku lah makhluk paling gembira hari tu.Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat. My 1st time interview as junior landscape architect and i get the job. Alhamdulillah sangat-sangat. Lepas tu aku terus gerak ke melaka sebab malamnya aku kena balik Terengganu.=]



Memang tak salah pilihan aku untuk kerja di sini. Everything just so amazing. Sangat enjoy kerja kat sini.



Normal lah minggu pertama banyak benda baru nak belajar tapi lama-lama dah makin selesa.Hopefully jodoh aku dengan company ni bertahan lama.amin..



Aku doakan juga moga kawan-kawan semua dipermudahkan urusan untuk mendapat kerja.=]

No comments:

Post a Comment