Monday, September 16, 2013

saya dengan awak


awak..
tak tahu kenapa hati ni berdebar kencang
lambat betul masa berlalu
bila cikgu nak keluar ni?
saya nak balik cepat-cepat
saya nak tengok awak
awak selalu duduk kat bawah  pokok ru tu
awak duduk menyandar sambil baca buku
tiap-tiap hari saya pergi tempat tu
semata-mata nak tengok awak
hai saya jadi kembali tenang bila boleh tengok senyuman awak
hati saya jadi lebih tenang bila boleh dengar gemersik suara awak
hati saya jadi sangat tenang bila boleh tegur awak

awak
dulu saya tak suka awak
awak sombong je
bila saya tegur awak
awak buat derk je
ramai girl minat awak
tapi awak tak layan
saya fikir awak bajet smart
sebab tu saya malas nak ambil tahu pasal awak
bila kawan-kawan cerita pasal awak
saya pekakkan telinga
saya butakan mata
saya bisukan mulut
saya tak nak tahu apa-apa tentang awak

awak
hari tu awak tegur saya
rasa tak percaya je
masa tu saya tengah baca komik tepi dewan
saya nampak awak datang
tapi saya buat derk je
bila saya dengar suara lelaki tegur saya
saya angkat muka...awak!!
saya terkejut gila
awak tanya, saya baca apa?
saya jawab, baca utopia
awak tanya saya lagi, saya memang minat komik ke?
saya jawab, minat gila !
dari situ, kita borak lama sangat
banyak yang awak tanya tenang saya
banyak yang awak cerita tentang awak
kita punya banyak persamaan
saya semakin selesa dengan awak
baru saya sedar
awak tak sombong macam yang saya fikir

awak
sejak hari tu kita jadi kawan
tiap-tiap petang kita jumpa bawah pokok ru tu
tenang sangat duk kat sini
kita belajar sama-sama
awak banyak bagi tunjuk ajar kat saya
awak pandai
ramai yang kata kita kapel
tapi saya tak kisah
awak pun tak kisah

awak
hari tu saya pergi tempat biasa kita
tapi awak tak ada
saya jadi bimbang
petang tu saya pergi lagi
tapi awak still tak ada
awak pergi mana?
awak buat saya bimbang
saya tanya kawan-kawan awak
tapi diorang sendiri pun tak tahu
seharian saya tak boleh belajar
saya hanya fikir pasal awak

awak
lepas sekolah, saya telefon awak
tapi mak awak yang jawab
mak awak bagitahu awak masuk wad
saya jadi panik
mak awak bagitahu awak sakit jantung
awak kena tahan 2 minggu
kesiannya awak
kalau boleh, saya nak lawat awak hari-hari
nak bagi semangat moga awak cepat sembuh
tapi tak boleh
lamanya awak kena tahan kat wad
2 minggu tu macam 2 tahun je
tetiba je ada rasa aneh dalam diri ni
rindu kot

awak
masa awak tak ada
saya rasa macam kehilangan sesuatu
hidup saya jadi tak lengkap
semua yang saya buat tak kena
tak ada inspirasi langsung
betul kata orang tua-tua
dari benci, akan timbul perasaan lain
kalau dulu saya benci awak,
tapi sekarang....
susah betul nak jelaskan perasaan ini
terlalu indah

awak
esok awak dah boleh datang sekolah
tak sabar nak tunggu hari esok
wahai masa cepatlah berlalu
saya nak bagitahu satu rahsia
rahsia yang sangat besar
tak ada orang boleh tahu rahsia nni
rahsia yang saya tak boleh tanggung lagi
sebab ianya berkaitan isi hati saya
hanya awak yang layak untuk tahu
sebab hati saya hanya untuk awak


Tengah kemas-kemas buku-buku lama, terjumpa cerpen ni.Cerpen ke? Ni aku karang masa zaman sekolah menengah dulu.Untuk majalah sekolah konon-kononnya tapi awal-awal lagi kena reject.Kamu semua mesti faham kenapa kan?hee