Monday, January 24, 2011

~bangkok~

salam..
Sori sebab dah lama tak menjengah blog yang tersayang ni.Tak ada mase + internet wat hal,menyebabkan hari ni baru dapat ak buke blog ni.

Sebenarnya ak baru je sampai Malaysia pada hari ahad(11.30 malam).Seminggu di sana.Camner?urm....Ak ase bez+teruja+letey+rugi..

Bez sebab ni pengalaman first ak untuk ke luar negara.Banyak tempat menarik yang ak lawat.Dengan suasana yang berbeza dari segi cuaca dan keadaan,banyak landskap2 menarik yang ak g.Banyak pemandangan baru yang sangat-sangat memukau.Culture di sini banyak dipengaruhi oleh agama...Memang tabik la sebab diorang sangat menyanjungi raja mereka.Setiap hari (8 pagi n  6 petang),mereka akan menyanyikan lagu kebangsaan mereka dan semua orang(termasuk foreigner) kena berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan mereka.Budaya mereka pon sangat kuat.Mereka juga sangat menghormati orang lain.Yang paling bez,bandar ni sangat meriah dengan penduduk yang tak putus-putus berusaha mencari rezeki.Susah nak cari kaki lepak kat sini.

teruja sangat-sangat sebab dapat merasai pengalaman di tempat orang.Even cuacanya tak adalah beza sangat dengan Malaysia,tapi still dapat rasa perbezaannya.Ramai yang mengadu kulit muka menggelupas.Ak pon same..=p
Peluang untuk ke tempat-tempat menarik kat sana memang tak dapat dilupakan.bez!! Cuma ada masalah bahasa sikit la..