Tuesday, January 11, 2011

deSign..(#..#)

Bila ak cakap je ak ni budak design,sume akan cakap:'ala..senang je tu.Tak payah baca buku tebal-tebal.Tak payah menghafal.Setakat melukis j'.Hurm..Susah kalau pemikiran seseorang macam tu.

Sebenarnya tak semudah tu untuk jadi budak design.Bukan mudah untuk mencipta sesuatu yang tak pernah wujud.Rekaan sendiri.Kalau dulu,memang syok bab2 melukis ni.Biasa la,seni kan subjektif.Tak ada yang salah tentang seni.Tapi sekarang lain ceritanya.Bile nak stat melukis je,mula la kena fikir design punya principal,space dan macam-macam lagi.

Kalau difikir-fikirkan balik,kos yang 'menghafal nota' ni lebih senang.Belajar dan praktikkan apa yang dah ada.Dunia design betul-betul mencabar.Bukan senang nak perah idea untuk design something.

Minggu idea development la minggu paling  tensen bagi budak-budak design. Mase ni la kita dapat lihat semua orang dah berubah karakter.Masing-masing bertafakur sensorang.Kesensitifan masing-masing naik mendadak.Studio pon rase panas semacam je.Dan pada masa ni la classmate akan jadi gila-gila.

Tu pon belum masuk bab kena kritik dan idea ditolak lagi.ryTak masuk time presentation lagi.Time tu memang berdebar giler.Tengok member kena hentam pon rase nak pitam.Tu belum kena batang hidung sendiri lagi.Sangat-sangat scary.Memang kena pandai goreng la mase ni.Bukan saje-saje diorang hentam,diorang sengaja nak tengok cara kita mempertahankan design kita.Tengok cara kita communicate.Bab ni ak memang masih lemah.

Saat paling bez bagi kami adalah bila selesai je presentation.Fuh..memang lega gila.Ibarat batu besar kat bahu ni dah jatuh.lega sangat-sangat.Nak jalan pon rase ringan sangat.Tapi kadang-kadang rase janggal sikit.Bayangkan lah,berminggu-minggu mengadap kertas kerja kat studio tu (sampai rase nak muntah tengok kertas A0), tiba-tiba dah boleh tidur kat bilik dengan leganya..memang rase cam something missing.hahahaha..

Ni adalah contoh design ak untuk projek sem lepas.Even grafik sangat-sangat lemah lagi,ak still nak tunjuk..=p

ni projek satu sem lepas.area Cahaya Suria.dekat dengan Puduraya.

ni plak projek 2 sem lepas jugak.site dekat Pulau Budaya.kat Rumah Pena.saje je kawan ak jadi model tu..=p

Walaupun nampak simple,tapi memakan mase yang agak lama.Tapi kalau korang tengok design kawan2 ak,lagi gempak.diorang punye grafik pon hebat.


No comments:

Post a Comment